Jumaat, 7 Disember 2012

Kembali ..::.. Akim & Stacy



Hati ini kan terasa sepi
Tanpa senyuman indah yang meruntunkan jiwa
Jadi kelam dunia bila kau menjauh

Bukan cinta membahagiakan
Hanya keihklasan di dalam hati mu
Untuk merasakan ikatan hati kita


Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta kau berikanlah kekuatan
untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari
Jalan ini


Ku ingin kau berada disisi ku
Dalam waktu sukar atau bahagia
Oh cinta panjatkanlah pinta hamba ini

Cinta berikanlah kekuatan
Untuk meniti cubaan dari mu
Semoga hari kami kembali menyinari jalan ini





Khamis, 29 November 2012

Pantang Larang Aku Kat Umah


Uuuumang aii! Tetiba je pulak tajuk pantang larang, dah kenape?

Idok ape-apenye weiii... Saje untuk dikongsi bersama dalam mendidik disiplin kita kat rumah.

Secara ringkas berikut merupakan perkara-perkara yang aku amat tidak gemor a.k.a pantang larang la kiree :

  1. Tudung, baju, tuala atau apa2 bentuk kain yang tidak berkenaan disangkut sewenang2nya di kerusi meja makan, sofa ruang tamu, kabinet tv, tepi tingkap [Aku nak sangkut la kat penyangkut baju dalam bilik atau masuk je bakul baju kotor kalo tak mau pakai da].
  2. Mesti clear ya tuan2 dan puan2. Tiada kain yang bersangkutan
  3. Makanan atas meja makan. Hai dah kenape sampai makanan tak boleh ade atas meja makan. Idok...gini maksudnya, bior le makanan duduknya atas meja makan masa nak makan aje. Bila dah habeh makan, tak gheti2 nak kemeh ke? Kalo ada baki makanan, amek le simpan kat dapur. Kat dapur pun jangan le bersepah2 terdedah jugak [Aku suka masak cukup untuk sekali makan, maknanya tak dak lebihan makanan. Next meals masak yang baru. Cuma kadang2 ade jugak tak habis, kalo banyak masuk periuk balik atau kalo rasa tak mau makan da tapi sayang nak buang aku masuk tupperware dan simpan dalam freezer. Tiba masanya, terdesak boleh la hadap kalo tak ke tong la jawabnya...tapi ini jarang la terjadi].
  4. Comforter set bilik ne aku beli kat Nilai 3 dengan harga RM28 aje.
    Boleh la, buat tukar2.
  5. Katil bersepah. Dah tu kalo bangun tidor tak gheti2 nak kemeh ke yong...yeop? Tak kisahla bangun pagi ke tengah hari ke petang ke malam ke...opss!!Malam??? Ginila, aku nak pastikan katil tu kalo tak digunakan maknanya bukan masa tidur..ianya hendaklah kemas. Cadar tarik tegang-tegang, alaskan dengan comforter bior sedap mata memandang...ala2 katil hotel gitew la..kan molek. tak perlu nak membeli set comforter memahal...nun kat Nilai berlambak jual semurah RM30/set. Boleh la nak pakai belasah. Untuk hari2 tertentu baru la pasang yang mahei sket. Ye dok?
  6. Sebahagian pakaian kerja. Kemeja pun perlu sangkut berlipat
    kecuali kalo dah iron, kena la sangkut tak berlipat.
  7. Baju dalam almari bersepah. Peliz la, susun leklok ikut jenis pakaian la. Seluar,  t-shirt, kain pelikat/batik, tuala etc. [Aku selalu bising kat herox2, sebab nak baju yang bawah main tarik je...abis jatuh yang atas tu. Aku ajar suh angkat dulu yang atas letak tepi, amek baju yang nak pastu letak balik baju yang tak mau pakai elok2. Setakat ne, Erfan boleh mematuhinya...Nejad??? Uufhhh, budak ne la yang bagi kerja tambahan untuk ummi dia mengemas 'lemari' dia]. Untuk baju kerja aku n suami...pastinya bersangkut leklok dalam lemari. Contoh mcm kat atas ye.
  8. Dapur masak kotor. Haa....sebab tu aku kureng gemor masak ramai2. Sebabnya, lepas masak...sebelum makan, aku akan lap dapor masak, lap dekat dinding yang terpecik bahan masak dsb. Selalunya, periuk n kuali pun siap dibasuh dan disimpan, baru aku leh makan dengan aman.
  9. Contoh bekas sudu garfu.
    Kat umah aku warna kelabu, tak sampai RM5 pun.
  10. Pingan mangkuk sudu garfu bersepah kat sinki. Jenis aku, lepas makan terus basuh pinggan segala dan keringkan dan susun terus kat rak pinggan/ cawan. Sudu garfu senduk semua tu, pastikan lap kering dan susun dalam bekas yang disediakan. Ini wajib. Kadang-kadang Erfan selamba jugak basuh sudu terus masukkan dalam bekas sudu. Apo laie...den suh dia lap semula sudu tu termasuk sudu2 lain yang 'terbasah'. Ajar na...jgn tak ajar. Contoh mcm gambar ye.
  11. Peti bersepah. Pun aku tak suka. Kalau ikan, ayam, bahan2 masakan yang baru beli dan belum nak masak aku akan susun dalam bekas baru masuk dalam peti. Tak suka main masuk dalam peti dengan plastik2 masa beli tu.

Oklah, cukup dulu la pantang larang aku kat umah. Jika ada kebaikan kat situ, follow la ye. Kalo rasa tak n tak berminat nak follow pun tak pe. Cuma jika diteliti, itu antara perkara asas yang nak kena jaga dan bentuk disiplin kita. Check it out!!!


Jumaat, 16 November 2012

Aku Seadanya...


Nak layan lagu pojiah??? Klik link neh....


..::.. AKU SEADANYA - FAUZIAH LATIFF ..::..

Tiada pernah sekali kau bertanya
Tiada kau ungkiti kisah lama
Menulikan telinga
Memejamkan mata
Menerima ku seadanya

Kau meletakkan diriku ini
Di sana nun di puncak nan tertinggi
Namun ku menyedari hakikat diri
Tak layak berada di sisi

Kau permata berkilauan tiap ketika
Di mana pun ditempatkan kau bercahaya
Sedang aku hanya kaca
Kehadiran tak ketara
Walau sering digilap
Sering tak terserlah

Pengalaman kehidupan di masa lalu
Tiada beza sejarahmu sejarahku
Kerana kau di persada
Aku di sini di lurah
Pandangan manusia pada kita tak serupa

Aku seadanya...
Aku seadanya...



Khamis, 8 November 2012

Duri Terlindung ..::.. Nike Ardilla





 
 

Mempunyai Seorang Teman Seperti Mu
Seumpama Duri Menikam Hati
Biar Serupa Hakekatnya Berbeda
Hilang Kejujuran Sering Kau Ucapkan
Sewaktu Dulu...

Pemikiran Kita Yang Sering Bertentangan
Menjadikan Hidup Tak Sehaluan
Jalan Akhirnya
Adalah Perpisahan
Yang Akan Dapat

Memberi Suatu Kesan Yang Mendalam

Didalam Ketiadaanku
Hilanglah Dosa Menghindari
Diri Dan Hatimu Yang Simpati
Dengan Apa Sudah Kau Lalui


Sementara Ada Orang Tuaku

Aku Bersama Doa Yang Tak Henti
Agar Sadar Dari Mimpi
Yang Tiada Menjadi Pasti...


Aku Menjadikan Diri
Satu Kenangan Yang Paling Hitam
Yang Tak Mungkin Aku Lupakan Dimana Kau Berada




Rabu, 7 November 2012

PERDANA LIBRARY OPEN DAY WIF TUN DR MAHATHIR


Hello semua!!!

Aku happy giler hari neh.

Aku berpeluang hadiri event
YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ok jom kiter main citer2 panjang sket naa...

Bila dapat taw ada event bersama TDM dalam Putrajaya, aku terlebih excited nak join. Ade jugak ajak kwn2...tp masing2 ada tugas yang perlu diselesaikan. Ajak juga HB aku tp dia bz naw ngan meeting.
Ahh, tak kisah...sorang pun aku sanggup redah.

Aku kol urusetia tanya sesi bersama TDM jam brapa. Dia bgtaw jam 4 dan kul 3 registration. Apa lagi, kul 2.30 ptg aku dah tercongok kat sana. Sampai awal, parking senang dan kaunter daftar pun da buka...daftar n booking seat then aku g solat Zohor.

Aku mencari seat yang paling hampir dengan laluan TDM [aku taw la dia masuk kot mana sebab sebelum ne penah dtg ngan x-bos aku...dia byk guide aku camne nak cari ruang utk lihat TDM dgn dekat...itu budinya yang tak mungkin aku lupa dan akan ingat sampai aku mati...huhu].

Memula aku pilih kerusi paling kiri row ke6...depan byk kosong lagi tp kalo depan sangat tak best...mcm mendongak je nanti. Kemudian aku nak pindah row ke5 dan serentak itu satu guy nak seat tu jugak. Guy ne org luar, then aku kasik chance kat dia n patah balik dok kat seat asal aku td...tapi kemudiannya dia panggil duk kt seat yang aku nak n dia dok sebelah kanan aku.

Then mula la sesi pengenalan..eceh ceh ceh.... memandangkan dia ne org luar n maybe i can get sumting info from him...dengan senang hati aku layan borak ngan dia.

Speaking London la sebab dia tak pandai ckp Melayu. Asal dari France...opis dia kat JB n dtg KL staying Hilton PJ.

Memang rancak kami borak, lantak la broken tak broken English aku janji dia paham aku cakap apa dan aku paham dia cakap apa ye tak? Nengokkan orangnye aku fikir aku salah dengar dia kata dari France sebab muka ala2 Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari [Pakistan/Timur Tengah].

Then beberapa kali aku trap dia untuk repeat asal, n btol la asal France. Dia siap tunjuk dalam handouts yang urusetia bagi tu ada gambar kawan dia yang biasa jadik translator untuk TDM bila interaksi dengan guest berbahasa French. And he told me that TDM doter has married wif his bestfren.

Kul 4 petang gitu TDM masuk ke audi dan aku dapat bersalaman dengan beliau. Ya Allah, sungguh tenang melihat wajah pemimpin ini, berbeza sungguh rasa jika nak dibandingkan nengok muka al juburi. Sesungguhnya kami rakyat Malaysia masih memerlukan mu TDM.

Kemudian TDM bagi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis. Content ucapan TDM banyak berkaitan dengan event ne. Secara ringkas TDM sekali menekankan pentingnya bahasa Inggeris. Tak perlu gah bebenor bahasanya, memadai apa kita cakap orang paham dan orang cakap kita paham.

Malah TDM mengakui beliau bermasalah masa belajr dulu dari segi grammar, verbs etc. Tapi TDM baiki penguasaan bahasa Inggerisnya melalui membaca buku2 berbahasa Inggeris. Beliau juga lahirkan rasa terkilan apabila Matematik dan Sains tidak diajar dalam bahasa Inggeris. Nanti ada masa aku detailskan sket ucapan TDM ye. Entri kali ne lebih nak citer experience terkini aku jumpe TDM.

Selesai majlis, masa TDM nak kluar audi, sekali algi aku dapat salam dengan beliau dan selang sorang aku selamba mengiringi beliau keluar. Hikss!! Sesuka hati kan???

Sampai area lobi orang memang ramai dok tunggu TDM, da start orang hulur buku untuk dapatkan tandatangan TDM. Aku pun sama, dan dapat la juga tandatangan TDM untuk 2 buah buku yang aku bawak.

Selepas simpan buku dalam beg, aku ikut lagi blkg TDM...masa nak amek tandatangan TDM aku nonong tinggalkan budak France tadi...then jumpe balik. Dia menyelit jumpe TDM..speaking English + French, betul la..TDM pun ingat dia... kira dia tak tipoo la. Then aku amek kesempatan tu ulur camera aku kat dia mtk tlg snap. Keadaan mmg crowded giler...orang pun dok mengasak...dapat la dia snap 2 gambar aku dengan TDM. Thanx ya buddy :)

Aduh...penat la tulis panjang2....jom layan gambar la pulak....zassss!!!



Stage backdrop


TDM sampei


My idol


TDM nak kluar audi

Masa ne aku nyelit nak amek gambar :)
TDM tgh nak sign buku peminat2 beliau

alamak...France guy dpt snap gini je sebab org dok ngasak n tolak dia...
ok la buddy... masa ne, aku cuit lengan TDM nak mtk snap gambar satu...
TDM alwiz smile i told u beb!

Tengok...berduyun woo orang kerumun TDM. Al Juburi ade??? Eilek lol!!!

Buku2 ne la aku bawak untuk dapatkan tandatangan TDM


Taraaa...TDM da sign!!!

Inilah France Guy a.k.a Shaker (sound gitu la)


Ade soklan ttg that France guy??? Setakat di majlis tu je...mmg dia mintak contact no. tapi pepandai la aku ngelat. Seramah-ramah aku tak de la mudah2 aje tabur contact no.

Bior le kita neh orang pompuan jinak-jinak merpati : "Makan di tangan, ditangkap kita lari"

Alhamdulillah...rezeki Allah berikan pada aku hari ne. Tun Dr. Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia masih memerlukan mu. Semoga TDM sentiasa beroleh keberkatan kesihatan dan panjang usia.

Amin.




Berbengkel di Port Dickson


30 Oktober 2012, jabatan aku menganjurkan satu majlis anugerah dan aku terlibat sebagai jawatankuasa protokol dan tetiba pula diarah menjadi usherer kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia. Umang aii...tak sempat cari baju baru, pakei aje mane ade :




Tema Pakaian : Korporat, black n white

Malam tu jugak ade artis jemputan iaitu favourite singer Dato' Maznah, Azharina yang femez ngan lagu Elegi Sepi tu. Sedap dia bawak lagu live. Comei lak tu, macam hanak fatung!!!


31 Oktober 2012 pula  mula bengkel yang mana aku bertindak sebagai urusetia di Corus Paradise, port Dickson. Memandangkan Hb aku kena duty kat parlimen, jadi aku bergerak ke PD hanya kamis pagi. Rabu malam tu, my opismate Cik Fiza (my Bos M41), Qairil a.k.a Q dan Mia yang cover kerja untuk aku...thanx buddies!

Jom la layan gambar2 kami berbengkel :


Backdrop la sangat!!! Aih, da x de hotel lain yang available...
janji keja jalan, kan?

Cik Fiza n Q (member seurusetiaan..hiksss)

Mia n me :)

Umang aii...seriusnye kami!!!

Ini pun dah hari last baru sempat snap gambar


Bilik aku, ngadap laut...damai ati melihat ciptaan alam yang tiada tandingannya...
Hanya Allah SWT Maha Pencipta.


Swimming pool dia lawa, tp tak bawak swimming suit plak.
Kalo bawak pun tak sempat terjun pun sbb hari2 kul 12 mlm abis keja...hahaha

Itu aje la latest update dari aku..ntah nape skang mood untuk hapdet blog sangat merudum!!!

Tata titi tutu....


Sabtu, 29 September 2012

Budak Galak


Ahmadinejad sekarang da 4 tahun, semakin hari semakin galak ngusik umminya. Nakalnya jugak len dr abangnya...tapi dek kenakalannya tu yang ummi selalu rindu kat dia..

Terjumpe video lama masa umur dia baru setahun dan kami baru nak masuk sebulan pindah dok kuarters. Tengoklah dia..mood yang sangat okey boleh bertukar serta merta walaupun silap sendiri...anak sapa la ne :)

Jom layan video lama dan boleh nengok 'akal' dk capang neh..zassss!!!



Layan lagu rock kapak, siap menari2 lagi...tak henggat [ikot sapa ney..emm, ummi kot]


semakin galak menari...dan, oppss!!!


habis satu umah ditawafnya..tanda protes tak dak sapa nak pujuk dia...
Abang pun buat tak gheti tak mo layan dia :)

banyak lagi video lama sal gelagat dia...ade masa aku upload ya...

to be con't...



Isnin, 3 September 2012

Kemas Rumah


Minggu lepas cuti ujung minggu agak lama,
Jumaat ke Ahad.

Jumaat dok umah, santai2. Sabtu bekerja keras kemas rumah. Ahad rehat kat umah. Begitu la secara ringkasnya.

Secara kurang ringkasnya atau kata lain, panjang sket citernye, gini...

Jumaat santai2 aje di rumah, masak sepesel skit iaitu Nasi Tomato + Ayam Masak Merah.
[Kira spesel la tu sbb jarang wat nasik tomato..hiks].

Petang tu HB kena g Bukit Jalil untuk sertai Perhimpunan Janji Ditepati. Kalo ikutkan aku pun kena g jugak, tapi mtk pengecualian dari bos...dah tu, nak kena bawak bdk2 ne pi sama ka? Tak koser nyah...

 Ingat nak bwk bebudak ne jenjalan [bukan ke mana pun, ingat nak g umah adik Sri Ain. Mak abah ade sana n windu plak ngan budak debab si Haziq]. Tapi memandangkan hero2 ne terlampau super duper hyper, HB suh dok umah je. Baik bozzz.

Sabtu, kluar beli barang sket termasuk barang2 untuk mengecat umah. Haa..sebut cat, dah terbayang kepenatan melampau.

Beli 2 tong cat, warna kuning untuk ruang tamu dan warna pink untuk bilik bdk2 tu. Dimulakan dgn ruang tamu [kali ne cat penuh, sebelum2 ne cat separuh je]...tak cukup satu tong maa...jadik HB bergegas beli satu lagi tong [7 liter setiap tong]. Kiranya untuk ruang tamu, mula ngecat kul 2.30 ptg gitu, selesai dalam kul 9.30 mlm. Penat!!! Tak daya nak sambung kat bilik.

Maka, siangnya tadi kitaorg x makan nasik, untuk malam ne..sempat la aku masak nasik sesambil. Ringkas aje, ikan goreng + sambal belacan + sup tauge masak kicap + nasik putih. Amek kau, penat nye pasal kul 10 hadap nasik. Fuhh!!

Pastu Encik Hb sambung ngecat bilik bersama Erfan, ummi tgk2 je...tak larat dah wei. Dah la masih dlm rawatan fisio, tak pasal2 kena kimio plak nti...ahaks!

 Kerja ummi, sediakan air untuk tukang cat, mop2 lantai kat ruang tamu yang dah siap cat...pasang langsir. Pastu tertido jap kat sofa, sedar2 dalam kul 3 pagi...HB baru abis cat. Si Erfan da tido. Satu tong pink kaler, 7 liter hanya cukup untuk satu bilik aje. Jadik la...lenkali la sambung bilik yang seterusnya.

Gambar x de ker? Huh! Tak gamak amek gambar dek keadaan somi isteri nye dress up...kuikui.
Janji selesa wat keje, ye dak?

Tapi untuk semua, boleh layan gambar bila kerja2 da selesai :-----

Ruang Tamu 1 [Tempat lepak nengok TV]
Sudut Kegemaran saya!!!

Ruang Tamu Kedua

Gambar Mak, Abah, Mak Mertua dan Ayah Mertua...mereka sentiasa bersama kami.

Plak nama yang beli kat Kota Kinabalu, SABAH.

Ruang makan [berkembar dengan ruang tamu, maklumlah...umah burung kan]

Inilah rumah saya, tak besar mana tapi cukup selesa.
[Umah 2 tingkat kami akan siap ujung tahun ne, tapi kami akan tetap tinggal di sini]

Bilik Ahmadinejad berwarna pink!!! [Tema Patrick la..ape lagik]

Untuk semalam, rumah saya berseri2 dan amat berpuas hati. Pesanan tak henti pd hero2 supaya jaga umah, jgn sepah. Biasala bdk2 ne, tak makan saman...si abang ok jgk, adik tu haih...kalo dah kuar kot tingkap tu memang lain perangainya.

Jenuh juga... adakala memang diorg ne langgar protokol menyepah umah, tapi kami x biar lama. Tak elok jadikkan habit, untuk itu mereka itu telah diajar adakala dikerah pegang penyapu, vakum untuk kemaskan balik apa yang mereka sendiri sepahkan.

Antara ayat wajib untuk diorang :

"Suka la sangat sepah umah...umah bersepah syaitan suka. Nak ke syaitan dok dlm umah kita"?

Ayat tu untuk Nejad yang agak penakut orangnya. Hahaha...

Ok, tu je nak citer...






Jumaat, 31 Ogos 2012

MESEJ KEMERDEKAAN KE 55 TAHUN [31 OGOS 2012]

Salam Kemerdekaan Ke 55 Tahun untuk semua rakyat Malaysia.

JANJI DITEPATI telah dipilih sebagai tema untuk kali ini.

Pasti ramai yang tahu akan kontroversi tentang tema dan lirik lagu tema kemerdekaan tahun ni. Pasti yang mula membangkitkan isu ini adalah dari pihak PEMBENGKANG [pembangkang yang lembik].

Sedarlah teman2 ku sekalian, jangan pernah termakan dengan taktik kotor mereka itu. Memang tidak dinafikan, setahun kebelakangan ini rakyat mendapat banyak bantuan dan kemudahan berbanding sebelum2 ini [lebih merujuk kepada bantuan kewangan dalam bentuk tunai]. Sedikit kesilapan pada lirik yang menyentuh tentang bantuan itu telah dijadikan asas mewujudkan kontroversi.

Teman2 ku...marilah sama2 kita celik mata dan minda. Bukan itu maksud tema kemerdekaan kali ini. JANJI DITEPATI itu secara keseluruhannya ingin membawa kita, mengingatkan kita tentang apa yang telah kita sebagai rakyat nikmati selama 55 tahun merdeka. Keamanan, kemakmuran, pembangunan dan segala macam kemudahan telah disediakan tidak lain tidak bukan oleh Kerajaan memerintah...Barisan Nasional. 

Untuk itu, JANJI DITEPATI bukanlah bermaksud apa yang PM sekarang buat tetapi turut merujuk kepada jasa2 PM2 sebelum ini dan keseluruhan jentera Kerajaan dari dulu hingga sekarang. 

Pesan ku, janganlah sekali-kali kita cuba menukar mandat sedia ada kerana ia umpama menggadai nikmat kemerdekaan yang kita perolehi kini. Sungguh, akibat menukar mandat itu amat mengerikan bukan hanya pada kita generasi sekarang tetapi bayangkan juga betapa perit getirnya anak cucu kita dan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan di tanahair sendiri. Jangan sampai kita merempat di tanah tumpahnya darah kita.

Percayalah, sekarang kita semua mempunyai peluang yang sama untuk meraih kesenangan di negara sendiri. Jika kamu mahu lebih, berusahalah sebaik mungkin...Insyaallah, ada rezeki untuk kamu. Bagi yang malas untuk berusaha, nikmati saja subsidi dan bantuan yang Kerajaan sediakan. Jangan pula mencemburui kesenangan oleh mereka yang rajin dan tidak putus asa dalam berusaha.

Pada rakan penjawat awam, kita adalah sebahagian daripada tulang belakang Kerajaan. Kerajaan tidak pernah memaksa kita bekerja sebagai kakitangan mereka, kita sendiri bersungguh2 memohon untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja Kerajaan. Jangan mengeluh tentang gaji yang boleh dikirakan agak rendah berbanding syarikat swasta yang sedia stabil kewangannya di luar sana. Jangan dibandingkan bonus yang berbulan2 mereka perolehi.

Jangan kerana faktor kewangan itu, kamu penjawat awam berpaling tadah menyokong PEMBENGKANG yang giat menabur janji palsu dan membuatkan mereka yang terpengaruh umpama MAT JENIN. Secara peribadi, gaji penjawat awam kini sudah cukup menjanjikan kesenangan [bukan kemewahan] hidup jika bijak dalam menguruskannya.

Jangan pula bergaji Kumpulan Sokongan, berbelanja umpama Kumpulan P&P... begitu juga jika gaji kamu P&P, perbelanjaan kamu umpama Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Renung2kanlah kuasa perbelanjaan masing2 dan aturkannya dengan bijaksana. Jika mahu lebih dari sedia ada, usaha mencari pendapatan tambahan dengan syarat tidak menyalahi peraturan dan undang2 yang berkuatkuasa. Begitu juga, kepada yang berkenaan... tanggungjawab membayar zakat dan cukai pendapatan jangan diabaikan, pasti kamu perolehi keberkatan rezeki. Wallahu'alam.

Ini sahaja coretan peribadi ku sempena 31 Ogos 2012.






Rabu, 29 Ogos 2012

Aidilfitri 1433


Aidilfitri kali ni kurang sket snap gambar... ne campor2 hasil 'snappan' aku n adik aku si Nora. Ntah, dah balik Putrajaya baru pasan kurang amek gambaw. Skarang pun x brape ade mood nak nuleh a.k.a hapdet blog, tapi nanti lama2 basi plak citer sal raya kan. So... layankan aje gambar2 ne ye :------



Mercun roket je...haa, tala ke kebun apek. Kompom selamat...

My Family

Nak menyetankan orang pun, cover2 la perut tu..haih!!! [kahkahkah]

My big family [tak brapa big la...adik bongsu n abang beraya umah mertua depa]

Raya kedua berkelah nasik umah Cu Yang, kakak mak mertua aku. Nah..ne rebung asli punya, tak berbau pun... sedap!!!

Saya x de puteri, jadi anak buah ini lah puteri saya. [ Ada 4 orang lagik puteri yang x de dlm gambar]

Dak ne balik kampung memang suka main pasir, kayu kayan, pokok mokok...

Ini mak kepada mak mertua saya [Opah HB]. Dah 96 tahun kalo tak silap. Masih berkemampuan berpuasa penuh dan puasa enam.

Tak abis2 lagik men mercun...ke sini pun di usungnya.. Apa nak jadik tuan PTD neh, haih!!!

Kat umah Cu Yang ade bela Kera. Bukan main galak lagik kera ni buat show bila org nengok dia....comei!!!

Ini kat laman umah mertua..bdk2 ne main tembak2 [Abaikan longgokan kayu tu, itu Nejad punya kerja selepas 'membakaw' dapor opah dia].

Alhamdulillah... solat bdk2 ne tak lupa. Siap berpelekat lagik. Patrick pun Solat???

Sempat menjengah sahabat sepoli... KODOK a.k.a Azura. U R my BFF ya..ong gedek gedek!!!

Dan...sempat juga adakan sesi potong kek hari jadi Erfan pada 23 Ogos 2012.
Sekarang masih dalam mood raya, dan berkira2 nak buat open house. Kena plan bebaik, sebab tak leh nak ligat sakan kat dapor...al maklumlah masih dalam tempoh rawatan Fisioterapi lagi [anak dara x de, jadik masak memasak ambo sorang je la..hehe].


Ok, kalo rajin aku hapdet lagik citer kat sini...moh kite g beraya!!!


Isnin, 13 Ogos 2012

KaPaL yaNg kAraM


Nape tajuk entri KaPaL yaNg kAraM $ingh WaliA ??? Tajuk tak menahan tuh.

Gini citernye...

Mungkin kerana bahang kemenangan Pandalela Rinong yang berjaya merangkul Pingat Gangsa di Olimpik, makanya...ruang tamu umah aku [yang ada 3 carpet...huhu] telah bertukar menjadi Pusat Akuatik.

Paginya, aku telah kuar membeli barang @shopping ngan adik aku. G cari sikit barang dapor n baju raya aku [baju kedua]. Bila balik dalam kul doblas dan mengemas barang di dapur, menyuap si Nejad makan nasik...aku pun debum la nak tido kejap. Abg Qaf aku memang tengah debum, bila aku debum...dia pun debum la sama [sambung].

Dalam kul 2 lebih, aku terjaga dan terdengar bunyi yang kepelikkan... bunyi hero2 melompat kat ruang tamu n yang peliknya bunyi mcm ada percikan air. Berderau darah ummi dia ne...sampai ummi too scary nak turun katil. 

"Abang...macam pelik je bunyi kat luar tu...mcm bunyi air je"... Abg Qaf aku pun pasang tinge [masa tido tinge dia cabut letak kat side table...kuikui].

"Ooo... tu bunyi raket tu, depa main badminton..." Confident!!! Aku lega skit...btol kot, tapi bila aku amati, ishhh...bukan raket ne.

"Abang pi la tengok...ummi da rasa scary giler ne...macam bunyi air je tu..." Maka sang ayah pun bangun la. 

Kahkahkah...badminton apenye, memang sungguh carpet depan TV separuh basah lencun, carpet meja makan suku basah lencun [lencun means kalo pijak bukan lembab tapi berair..ada paham??]

Jeneralnya bukan si abang, tapi si Presiden Iran, Ahmadinejad. Yang abang tumpang sama main walaupun bukan idea dia. Jadi sebab kosa besar ada pada KING [King apa? King Kong...King Kong kpala otak kaw!!!], selamat lah dua beradik tu disekolahkan oleh ayah mereka. Aku memang x mo tgk, sebab satgi takut tak leh control marah...huhu, penat woo kalo marah2 ne.

Ayat tak tahan ayahnya... 

"Ayah, nak mandi nak solat...lepas solat ayah tgk tak bersih,tak kering lagi...siap! Tak kira nak buat macamana pun, nak lap ka, nak isap carpet sampai kering ka...pandai2 pikir" 

Aku kat atas katil dok nahan gelak plak...isap carpet??? [penah buat ke bang..hehe]Tapi Encik somi aku mmg bab2 didik anak memang tegas giler, sbb tu bdk2 ne gerun ngan ayah diorg. Kalo ngan ummi, diorg menmain je... dan selalunya untuk tangani situasi gini aku serah pd ayah diorg.

Itu hari Sabtu. Hari Ahad? Ada lagi xtvt UTAMA [Utama ye..makna nya, xtvt sampingan lain sentiasa ada].

Dengan kertas2 yang digunting, buku2 dikoyakkan, susu tepung berselerak kat dapor [meratah susu + nak bancuh susu sendiri], tumpahan susu/air dalam peti kat lantai dapor....Huh!!!

Jeneral yang sama iaitu Ahmadinejad, dia men basikal dalam umah dari dapur bwk ke bilik... track utama ruang tamu. Abis berbekas tayar kat lantai yang ummi da mop. Hari Ahad saja ummi kena mop lantai 5 kali. Gini la aku kata 2 hero mcm beranak seploh! Nak nangis ummi rasa kerana penat sangat :(

Haih...memang ade masa tak menahan, dari tak reti..jadik reti ummi diorg ne membebel macam mak cik mak cik, tapi sebenarnya...membebel membuatkan lagi penat. Yang tak penat, biorkan je dia buat ape je...umah sepah pun sepah la, tapi sakit ati...sakit mata tgk...huhu... 

Nak salahkan diorg sgt tak leh jgk. 

Diorang ne tgh develope pemikiran dan normal bagi kanak2 seusia mereka. Bila pikir gini, cool skit... Alhamdulillah, anak2 aku sihat dan normal. Seaktif mana diorang, janji di dalam rumah...tidak dibiar berkeliaran di luar rumah. Mujur umah x de balkoni, senang sikit ati lepas bebas mereka main dlm umah sendiri.

Kesian...ops, sekian.




LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :