Khamis, 3 Mei 2012

Kelahiran dan Si Ibu Berpantang


Kebelakangan ini, beberapa orang kenalan telah mendapat cahayamata baru. Ada yang melahirkan anak sulung dan ada juga yang da sedia ada pengalaman. Jadi info ini mungkin berguna untuk dijadikan panduan bersama.

disalin dari http://kamiltri.tripod.com/adat_selepas_bersalin.htm untuk dikongsi bersama...

Adat Selepas Bersalin
 
    JAGAAN selepas seseorang ibu yang bersalin amat penting bagi mempercepatkan proses pemulihan. Selepas seseorang ibu bersalin dia sepatutnya pulih seperti sediakala, iaitu dari segi kesihatan rohani juga mentalnya, kejelitaannya serta bentuk badannya.


    Setelah selamat melahirkan anak, ibu dan bayi hendaklah ditempatkan ataupun diasingkan dalam sebuah bilik atau ruang khas daripada ahli keluarganya yang lain. Dalam tempoh pantang si ibu dilarang berjalan atau membuat sebarang kerja yang berat. Semasa dalam pantang kesihatan ibu dan bayi dijaga dengan rapi. Semua kerja penjagaan bayi diuruskan oleh ibu kepada wanita yang bersalin atau orang yang dibayar khas untuk menjaga ibu dan bayi. Tukang urut akan datang selama hari berpantang untuk dan menjaga, memandikan, menyapu minyak ubat, Kapur dan limau pada perut si ibu. Selain itu tukang urut juga akan memasangkan bengkung pada perut ibu yang baru bersalin.

PEMULIHAN SECARA TRADISIONAL  


    Ubat-ubatan selalunya disediakan oleh bidan kampung untuk memulihkan semula kesihatan ibu. Kini ubat-ubatan boleh dibeli ubat tradisional. Kebanyakan ubat tersebut diperbuat  daripada akar-akar kayu yang dimasak dan airya diminum. Jamu dan majun adalah ubat tradisional yang kerap dimakan oleh ibu bersalin. Ia diperbuat daripada akar kayu, rempah dan dicampur dengan manisan lebah atau minyak sapi.
 
Bertangas (Aku Buat...)


    Perubatan secara tradisional masih mendapat perhatian ramai dinegara ini kerana ia terbukti bermanfaat. Salah satu amalan baik untuk ibu yang baru bersalin ialah 'bertangas'.
      Tujuan utama bertangas ialah untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan juga mengeluarkan kekotoran daripada badan ibu bersalin. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah daun senduduk dan sabut kelapa. Asap daripada bahan tersebut diasapkan pada selurnh anggota badan ibu. Amalan ini jika dilakukan pada setiap hari selama masa pantang dapat memberi kesegaran kepada tubuh ibu tersebut. Kulit ibu akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diresapi oleh asap bahan tangas itu.
 
Bertungku  (Aku Buat... skrg pun if ade terangkat barang berat, aku akan bertungku. Ikut keperluan la, tak de la selalu. Tapi dalam pantang,memang hari2 hingga genap 44 hari)


    Satu lagi amalan tradisi yang perlu dilakukan oleh ibu dalam pantang ialah bertungku. Ia dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri.
      Bahan yang dijadikan tungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besarnya. Batu ini perlu dipanaskan terlebih dahulu. Setelah panas, batu tungku tadi hendaklah dibalut dengan kain. Kemudian ia diulitkan pada anggota tubuh badan wanita berkenaan terutama bahagian perut.
      Bertungku dikatakan boleh menghindarkan kulit perut serta anggota tubuh lain daripada menjadi berkedut-kedut. Bertungku dan bertangas ketika dalam pantang memang mendatangkan manfaat. Bagaimanapun dalam amalan tradisional, wanita yang menggunakan tungku panas boleh mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Kesakitan dapat dikurangkan dengan meletakkan tungku.
 
Berbengkung (Pun Aku Buat Jugak dan Kain Bengkung Masih Elok Disimpan, sekarang ne ade jugak pakai sekali sekala, saje :))  )


    Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita melayu selepas mereka bersalin. Amalan berbengkung biasanya dilakukan dalam masa pantang selama kira-kira 44 hari. Berbekung dapat memberi sokongan kepada otot-otot perut dan mengendurkan otot-otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga memberi keselesaan kepada wanita selepas melahirkan anak.
   Wanita yang berbengkung memerlukan kain kira-kira 10 meter panjang dan 45 cm lebar. Kain ini dijahit supaya kelihatan kemas ketika dipakai. Untuk memakai bengkung, wanita berkenaan memerlukan seorang pembantu bagi melilit kain bengkung di sekeliling anggota paha, punggung dan perutnya.
   Sebelum bengkung dipakai, minyak ubat atau kapur bercampur asam limau disapukan pada perut wanita tersebut. Ini bertujuan untuk mengecutkan anggota perut seperti sediakala dan supaya perut tidak dimasuki angin.
 
Berurut  (Aku Buat Jugak)


    Berurut selepas bersalin masih diamalkan oleh kebanyakan wanita Melayu. Walaupun urut adalah perbuatan yang pasif, namun ia memberi keselesaan kepada otot-otot badan yang menjadi tegang semasa proses kehamilan. Berurutjuga dikatakan dapat menyegarkan badan yang lemah tetapi ia tidak dapat memperkukuhkan saraf dan otot badan.
    Biasanya urut dilakukan setelah disapu dengan minyak ubat. Ini bertujuan untuk melicinkan pergerakan semasa proses mengurut dan badan juga tidak terasa sakit. 
 
Makan Ubat/Jamu (Aku Buat Jugak...Sampai sekarang masih mengamalkannya, cuma jenis jamu harian sekarang tak sama dgn jamu org dalam pantang. Ingat lah wahai kaum pompuan, cantik bukan hanya pada badan yang kurus, sebaliknya badan yang sihat luar dan dalam. Pernah dengar ayat "jaga perut suami (makan minum), jaga tempat tidur suami (maknanya bukan jaga bilik tidur aje bg shantek sokmo...tapi..haa, pk sendiri la eh), di sinilah pentingnya jamu dalam kehidupan wanita.

     Selepas bersalin kebanyakan wanita Melayu akan memakan jamu atau majun. Jamu boleh dibeli atau diramu sendiri daripada akar kayu dan rempah ratus. Ramai wanita makan jamu selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan badan mereka. Kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak.
    Oleh itu mereka memakan jamu bagi memanaskan badan dan memberi keselesaan kepada badan. Tetapi bagi ibu yang menyusukan anak mereka, memakan jamu atau majun dikatakan akan mengganggu penyusuan. Ini boleh menyebabkan bayi mendapat cirit-birit.  
 
PANTANG LARANG MAKANAN SELEPAS BERSALIN 


    Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari (pantang dengan suami mahu 100 hari tahu??). Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut:


1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.
2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.
3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.
4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.
5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.
6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.


    Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.
    Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.


 
PANTANG LARANG LAIN  


    Selain daripada makanan terdapat pantang larang lain yang bersangkutan dengan ibu yang baru bersalin. Pantang larang ini diadakan untuk kebaikan ibu itu sendiri.
    Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah. Ini kerana dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah darah atau tersungkur. Tumpah darah yang berterusan boleh membawa maut.
    Jangan mengangkat benda-benda yang berat kerana ia boleh memudaratkan ibu.    Jauhkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh mengakibatkan darah naik ke kepala dan ini boleh menjejaskan kesihatan ibu.
 
PANTANG LARANG BAGI BAYI/KANAK-KANAK 
  
    Terdapat beberapa pantang larang bagi bayi dan kanak-kanak yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang masih berpegang pada adat (ada yang tiada rasionalnya, sila abaikan). Di antara pantang larang yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:


1. Bayi tidak boleh dicium sewaktu tidur, terutama pada ubun-ubun juga pada pusatnya. Ini dikatakan akan memendekkan umurnya.
2. Tapak tangan bayi juga tidak boleh dicium. Ini dikatakan akan menyebabkannya apabila besar nanti suka meminta-minta pada orang lain.
3. Bayi tidak boleh didukung atas bahu kerana dikatakan apabila besar akan melawan cakap ibu bapa.
4. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu atau bapa kerana dipercayai anak itu akan melawan  cakap tua/ibu bapanya.
5. Rambut bayi tidak boleh disikat, nanti giginya tumbuh jarang.
6. Dilarang memicit mulut bayi, nanti bayi tidak mahu makan.
7. Kain lampin bayi juga tidak boleh direndam, nanti perut bayi menjadi kembung.
8. Kain lampin bayi juga tidak boleh diperah selepas dibasuh, nanti bayi kerap menggeliat.
9. Bayi tidak boleh diletak atas lutut, nanti bayi mendapat sakit perut.
10. Kepala bayi tidak boleh dilangkah kerana dipercayai malaikat sedang mengawasinya.


Ok, semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan ya!!

2 ulasan:

  1. Ibu pantang selalu susah nak buat stok. Ira ada share tips kat sini http://www.momsmilkyway.com/2013/03/tips-mengepam-semasa-pantang.html

    BalasPadam

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :