Hello semua!!!
Aku happy giler hari neh.
Aku berpeluang hadiri event
YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ok jom kiter main citer2 panjang sket naa...
Bila dapat taw ada event bersama TDM dalam Putrajaya, aku terlebih excited nak join. Ade jugak ajak kwn2...tp masing2 ada tugas yang perlu diselesaikan. Ajak juga HB aku tp dia bz naw ngan meeting.
Ahh, tak kisah...sorang pun aku sanggup redah.
Aku kol urusetia tanya sesi bersama TDM jam brapa. Dia bgtaw jam 4 dan kul 3 registration. Apa lagi, kul 2.30 ptg aku dah tercongok kat sana. Sampai awal, parking senang dan kaunter daftar pun da buka...daftar n booking seat then aku g solat Zohor.
Aku mencari seat yang paling hampir dengan laluan TDM [aku taw la dia masuk kot mana sebab sebelum ne penah dtg ngan x-bos aku...dia byk guide aku camne nak cari ruang utk lihat TDM dgn dekat...itu budinya yang tak mungkin aku lupa dan akan ingat sampai aku mati...huhu].
Memula aku pilih kerusi paling kiri row ke6...depan byk kosong lagi tp kalo depan sangat tak best...mcm mendongak je nanti. Kemudian aku nak pindah row ke5 dan serentak itu satu guy nak seat tu jugak. Guy ne org luar, then aku kasik chance kat dia n patah balik dok kat seat asal aku td...tapi kemudiannya dia panggil duk kt seat yang aku nak n dia dok sebelah kanan aku.
Then mula la sesi pengenalan..eceh ceh ceh.... memandangkan dia ne org luar n maybe i can get sumting info from him...dengan senang hati aku layan borak ngan dia.
Speaking London la sebab dia tak pandai ckp Melayu. Asal dari France...opis dia kat JB n dtg KL staying Hilton PJ.
Memang rancak kami borak, lantak la broken tak broken English aku janji dia paham aku cakap apa dan aku paham dia cakap apa ye tak? Nengokkan orangnye aku fikir aku salah dengar dia kata dari France sebab muka ala2 Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari [Pakistan/Timur Tengah].
Then beberapa kali aku trap dia untuk repeat asal, n btol la asal France. Dia siap tunjuk dalam handouts yang urusetia bagi tu ada gambar kawan dia yang biasa jadik translator untuk TDM bila interaksi dengan guest berbahasa French. And he told me that TDM doter has married wif his bestfren.
Kul 4 petang gitu TDM masuk ke audi dan aku dapat bersalaman dengan beliau. Ya Allah, sungguh tenang melihat wajah pemimpin ini, berbeza sungguh rasa jika nak dibandingkan nengok muka al juburi. Sesungguhnya kami rakyat Malaysia masih memerlukan mu TDM.
Kemudian TDM bagi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis. Content ucapan TDM banyak berkaitan dengan event ne. Secara ringkas TDM sekali menekankan pentingnya bahasa Inggeris. Tak perlu gah bebenor bahasanya, memadai apa kita cakap orang paham dan orang cakap kita paham.
Malah TDM mengakui beliau bermasalah masa belajr dulu dari segi grammar, verbs etc. Tapi TDM baiki penguasaan bahasa Inggerisnya melalui membaca buku2 berbahasa Inggeris. Beliau juga lahirkan rasa terkilan apabila Matematik dan Sains tidak diajar dalam bahasa Inggeris. Nanti ada masa aku detailskan sket ucapan TDM ye. Entri kali ne lebih nak citer experience terkini aku jumpe TDM.
Selesai majlis, masa TDM nak kluar audi, sekali algi aku dapat salam dengan beliau dan selang sorang aku selamba mengiringi beliau keluar. Hikss!! Sesuka hati kan???
Sampai area lobi orang memang ramai dok tunggu TDM, da start orang hulur buku untuk dapatkan tandatangan TDM. Aku pun sama, dan dapat la juga tandatangan TDM untuk 2 buah buku yang aku bawak.
Selepas simpan buku dalam beg, aku ikut lagi blkg TDM...masa nak amek tandatangan TDM aku nonong tinggalkan budak France tadi...then jumpe balik. Dia menyelit jumpe TDM..speaking English + French, betul la..TDM pun ingat dia... kira dia tak tipoo la. Then aku amek kesempatan tu ulur camera aku kat dia mtk tlg snap. Keadaan mmg crowded giler...orang pun dok mengasak...dapat la dia snap 2 gambar aku dengan TDM. Thanx ya buddy :)
Aduh...penat la tulis panjang2....jom layan gambar la pulak....zassss!!!
Stage backdrop |
TDM sampei |
My idol |
TDM nak kluar audi |
Masa ne aku nyelit nak amek gambar :) TDM tgh nak sign buku peminat2 beliau |
alamak...France guy dpt snap gini je sebab org dok ngasak n tolak dia... ok la buddy... masa ne, aku cuit lengan TDM nak mtk snap gambar satu... TDM alwiz smile i told u beb! |
Tengok...berduyun woo orang kerumun TDM. Al Juburi ade??? Eilek lol!!! |
Buku2 ne la aku bawak untuk dapatkan tandatangan TDM |
Taraaa...TDM da sign!!! |
Inilah France Guy a.k.a Shaker (sound gitu la) |
Ade soklan ttg that France guy??? Setakat di majlis tu je...mmg dia mintak contact no. tapi pepandai la aku ngelat. Seramah-ramah aku tak de la mudah2 aje tabur contact no.
Bior le kita neh orang pompuan jinak-jinak merpati : "Makan di tangan, ditangkap kita lari"
Alhamdulillah...rezeki Allah berikan pada aku hari ne. Tun Dr. Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia masih memerlukan mu. Semoga TDM sentiasa beroleh keberkatan kesihatan dan panjang usia.
Bior le kita neh orang pompuan jinak-jinak merpati : "Makan di tangan, ditangkap kita lari"
Alhamdulillah...rezeki Allah berikan pada aku hari ne. Tun Dr. Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia masih memerlukan mu. Semoga TDM sentiasa beroleh keberkatan kesihatan dan panjang usia.
Amin.
terima kasih sudi dtg ke open day library kami :)
BalasPadamsama2...jika ada program lagi jemput2 la ye :)
BalasPadam