Selasa, 1 Oktober 2013

Berjaya dapat PPA1M. Alhamdulillah.


Alhamdulillah. Segala puji-pujian milik Allah SWT.

Syukur atas kurniaan rezeki yang Allah kurniakan dan semoga rezeki yang aku, suami, keluarga dan sahabat2, rakan taulan mendapat keberkatan. Amin.

Oktober datang lagi!

Hari ne 1 Oktober 2013. Rezeki di awal Oktober apabila hari ne secara rasmi surat pemakluman tawaran pemilikan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia telah keluar. Allah telah beri rezeki buat aku untuk beli rumah dalam Putrajaya dengan harga yang agak murah daripada harga pasaran semasa.

Untuk Fasa 1, sebanyak 1263 cabutan undian PPA1M telah dibuat pada satu majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Difahamkan, permohonan yang diterima adalah sebanyak 16,000 permohonan. Berikut antara gambar semasa sesi cabutan undi, sumber dari web Perbadanan Putrajaya.

Ada 3 kategori rumah ikut keluasan iaitu 1000, 1200 dan 1500kps.

Untuk Orang Kurang Upaya juga diberi keistimewaan. Kotak cabutan undi yang berlainan.

Ok...ne kotak undi aku. Ikut bajet aku je la, aku mohon 1000kps (RM150k - RM220k)

Alhamdulillah. Aku dapat rumah di Plot 17RK5 (Selasih), Presint 17. Jika tiada sebarang masalah, rumah Fasa 1 akan siap dalam tempoh setahun lagi. 

Jadi...tak gheti2 nak simpan duit??? Hok aloh, gheti memang gheti...cumanya, aku akui aku lemah tgk duit banyak2. Rasa kesian sgt kat duit tu kalo dok terperuk je, sebab tu aku selalu bwk dia g shopping mall. Tak dpt bwk g shopping mall, kedai runcit budak k-pop kat kuarters aku tu pun jadi...heeeeee!

 Tak pe, talian hayat aku ada....yang keja kat Kettha tuuuuu...hikss.**kenyit mata sket*

Ok, itu aje entri pemakluman ini. Kepada di luar sana, bila Kerajaan tawarkan peluang begini, cuba la mintak. Biarpun umum sedia maklum, beribu-ribu lemon mohon tapi jika Allah dah tetapkan rezeki kamu...Insha Allah dapat. Perlu usaha untuk itu. Kalo tak de rezeki, tak dapat...cuba lagi lain kali. Ingat rezeki Allah tentukan, namun kita perlu usaha untuk itu.

Kesian..eh, sekian. Time kaseyyy.

**Boleh dikira ini sebagai hadiah besday edisi 33 tahun**
*ceh, tak malu promo umur*pedulik!*





16 ulasan:

  1. heeee.... mmg bnyak yg kaler biru tue. mmg 'bertuah' badan tue namanya.. rezeki. Alhamdulillah.... - ezan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Masa apply tak de la beriya harap nak dpt, usaha apply dan tawakal. Sekali dapat...rezeki. Jadi, umah apaknye kat Salak Tinggi (Selangor) utk si Erfan sbb anak Selangor, umah ne nti untuk si Nejad sbb anak Putrajaya. Insha Allah.

    BalasPadam
  3. Dh hantar borang terima ke..ada kna byar apa2 lg tak..saya pn dpt..alhamdllah syukur..rezeki fmily ku

    BalasPadam
  4. dah hantar by fax...da call n diorg confirm terima. cuma ori tetap kena hantar jgk. bayaran x plak ckp kena byr skrg..mebi 70% umah siap dpt agreement tu br byr rm2k.

    BalasPadam
  5. Bestnya dapat Presint 17...saya nak sangat PPA1M di Presint 17 tu sebab dekat sangat dengan pejabat saya... Saya dapat Presint 11...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy pulak dpt P17 tp sy nk P11 sbb dkt dgn umh skrg

      Padam
  6. uols...tak pe..mane2 pun ok. masih dlm Putrajaya kan..rezeki tu.

    BalasPadam
  7. kita satu blok... dapat tingkat brapa? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu blok tu blok apa?saya blok D tingkat 7 unit 1

      Padam
    2. Satu blok tu blok apa?saya blok D tingkat 7 unit 1

      Padam
  8. salam, maaf bertanya, rumah2 ni freehold ker leasehold? bila fasa 2 akan buka pulak?

    BalasPadam
  9. sehingga bulan Februari kerja-kerja pembinaan belum mula lagi...

    BalasPadam
  10. 2nd week Mac 2014 pun belum bermula lagi. katanya agreement/kontrak akan diberikan bila kerja2 pembinaan bermula. So, kita tunggu aje lah...simpan surat menyurat yang ade :)

    BalasPadam
  11. Jadi x projek ni? Senyap je. Xde ape pun kt site. Pm kencing lagi ke ni?

    BalasPadam
  12. http://110.4.42.151/~ppa1m/kemajuan-projek/

    BalasPadam

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :