Jumaat, 31 Ogos 2012

MESEJ KEMERDEKAAN KE 55 TAHUN [31 OGOS 2012]

Salam Kemerdekaan Ke 55 Tahun untuk semua rakyat Malaysia.

JANJI DITEPATI telah dipilih sebagai tema untuk kali ini.

Pasti ramai yang tahu akan kontroversi tentang tema dan lirik lagu tema kemerdekaan tahun ni. Pasti yang mula membangkitkan isu ini adalah dari pihak PEMBENGKANG [pembangkang yang lembik].

Sedarlah teman2 ku sekalian, jangan pernah termakan dengan taktik kotor mereka itu. Memang tidak dinafikan, setahun kebelakangan ini rakyat mendapat banyak bantuan dan kemudahan berbanding sebelum2 ini [lebih merujuk kepada bantuan kewangan dalam bentuk tunai]. Sedikit kesilapan pada lirik yang menyentuh tentang bantuan itu telah dijadikan asas mewujudkan kontroversi.

Teman2 ku...marilah sama2 kita celik mata dan minda. Bukan itu maksud tema kemerdekaan kali ini. JANJI DITEPATI itu secara keseluruhannya ingin membawa kita, mengingatkan kita tentang apa yang telah kita sebagai rakyat nikmati selama 55 tahun merdeka. Keamanan, kemakmuran, pembangunan dan segala macam kemudahan telah disediakan tidak lain tidak bukan oleh Kerajaan memerintah...Barisan Nasional. 

Untuk itu, JANJI DITEPATI bukanlah bermaksud apa yang PM sekarang buat tetapi turut merujuk kepada jasa2 PM2 sebelum ini dan keseluruhan jentera Kerajaan dari dulu hingga sekarang. 

Pesan ku, janganlah sekali-kali kita cuba menukar mandat sedia ada kerana ia umpama menggadai nikmat kemerdekaan yang kita perolehi kini. Sungguh, akibat menukar mandat itu amat mengerikan bukan hanya pada kita generasi sekarang tetapi bayangkan juga betapa perit getirnya anak cucu kita dan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan di tanahair sendiri. Jangan sampai kita merempat di tanah tumpahnya darah kita.

Percayalah, sekarang kita semua mempunyai peluang yang sama untuk meraih kesenangan di negara sendiri. Jika kamu mahu lebih, berusahalah sebaik mungkin...Insyaallah, ada rezeki untuk kamu. Bagi yang malas untuk berusaha, nikmati saja subsidi dan bantuan yang Kerajaan sediakan. Jangan pula mencemburui kesenangan oleh mereka yang rajin dan tidak putus asa dalam berusaha.

Pada rakan penjawat awam, kita adalah sebahagian daripada tulang belakang Kerajaan. Kerajaan tidak pernah memaksa kita bekerja sebagai kakitangan mereka, kita sendiri bersungguh2 memohon untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja Kerajaan. Jangan mengeluh tentang gaji yang boleh dikirakan agak rendah berbanding syarikat swasta yang sedia stabil kewangannya di luar sana. Jangan dibandingkan bonus yang berbulan2 mereka perolehi.

Jangan kerana faktor kewangan itu, kamu penjawat awam berpaling tadah menyokong PEMBENGKANG yang giat menabur janji palsu dan membuatkan mereka yang terpengaruh umpama MAT JENIN. Secara peribadi, gaji penjawat awam kini sudah cukup menjanjikan kesenangan [bukan kemewahan] hidup jika bijak dalam menguruskannya.

Jangan pula bergaji Kumpulan Sokongan, berbelanja umpama Kumpulan P&P... begitu juga jika gaji kamu P&P, perbelanjaan kamu umpama Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Renung2kanlah kuasa perbelanjaan masing2 dan aturkannya dengan bijaksana. Jika mahu lebih dari sedia ada, usaha mencari pendapatan tambahan dengan syarat tidak menyalahi peraturan dan undang2 yang berkuatkuasa. Begitu juga, kepada yang berkenaan... tanggungjawab membayar zakat dan cukai pendapatan jangan diabaikan, pasti kamu perolehi keberkatan rezeki. Wallahu'alam.

Ini sahaja coretan peribadi ku sempena 31 Ogos 2012.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :