Khamis, 29 November 2012

Pantang Larang Aku Kat Umah


Uuuumang aii! Tetiba je pulak tajuk pantang larang, dah kenape?

Idok ape-apenye weiii... Saje untuk dikongsi bersama dalam mendidik disiplin kita kat rumah.

Secara ringkas berikut merupakan perkara-perkara yang aku amat tidak gemor a.k.a pantang larang la kiree :

  1. Tudung, baju, tuala atau apa2 bentuk kain yang tidak berkenaan disangkut sewenang2nya di kerusi meja makan, sofa ruang tamu, kabinet tv, tepi tingkap [Aku nak sangkut la kat penyangkut baju dalam bilik atau masuk je bakul baju kotor kalo tak mau pakai da].
  2. Mesti clear ya tuan2 dan puan2. Tiada kain yang bersangkutan
  3. Makanan atas meja makan. Hai dah kenape sampai makanan tak boleh ade atas meja makan. Idok...gini maksudnya, bior le makanan duduknya atas meja makan masa nak makan aje. Bila dah habeh makan, tak gheti2 nak kemeh ke? Kalo ada baki makanan, amek le simpan kat dapur. Kat dapur pun jangan le bersepah2 terdedah jugak [Aku suka masak cukup untuk sekali makan, maknanya tak dak lebihan makanan. Next meals masak yang baru. Cuma kadang2 ade jugak tak habis, kalo banyak masuk periuk balik atau kalo rasa tak mau makan da tapi sayang nak buang aku masuk tupperware dan simpan dalam freezer. Tiba masanya, terdesak boleh la hadap kalo tak ke tong la jawabnya...tapi ini jarang la terjadi].
  4. Comforter set bilik ne aku beli kat Nilai 3 dengan harga RM28 aje.
    Boleh la, buat tukar2.
  5. Katil bersepah. Dah tu kalo bangun tidor tak gheti2 nak kemeh ke yong...yeop? Tak kisahla bangun pagi ke tengah hari ke petang ke malam ke...opss!!Malam??? Ginila, aku nak pastikan katil tu kalo tak digunakan maknanya bukan masa tidur..ianya hendaklah kemas. Cadar tarik tegang-tegang, alaskan dengan comforter bior sedap mata memandang...ala2 katil hotel gitew la..kan molek. tak perlu nak membeli set comforter memahal...nun kat Nilai berlambak jual semurah RM30/set. Boleh la nak pakai belasah. Untuk hari2 tertentu baru la pasang yang mahei sket. Ye dok?
  6. Sebahagian pakaian kerja. Kemeja pun perlu sangkut berlipat
    kecuali kalo dah iron, kena la sangkut tak berlipat.
  7. Baju dalam almari bersepah. Peliz la, susun leklok ikut jenis pakaian la. Seluar,  t-shirt, kain pelikat/batik, tuala etc. [Aku selalu bising kat herox2, sebab nak baju yang bawah main tarik je...abis jatuh yang atas tu. Aku ajar suh angkat dulu yang atas letak tepi, amek baju yang nak pastu letak balik baju yang tak mau pakai elok2. Setakat ne, Erfan boleh mematuhinya...Nejad??? Uufhhh, budak ne la yang bagi kerja tambahan untuk ummi dia mengemas 'lemari' dia]. Untuk baju kerja aku n suami...pastinya bersangkut leklok dalam lemari. Contoh mcm kat atas ye.
  8. Dapur masak kotor. Haa....sebab tu aku kureng gemor masak ramai2. Sebabnya, lepas masak...sebelum makan, aku akan lap dapor masak, lap dekat dinding yang terpecik bahan masak dsb. Selalunya, periuk n kuali pun siap dibasuh dan disimpan, baru aku leh makan dengan aman.
  9. Contoh bekas sudu garfu.
    Kat umah aku warna kelabu, tak sampai RM5 pun.
  10. Pingan mangkuk sudu garfu bersepah kat sinki. Jenis aku, lepas makan terus basuh pinggan segala dan keringkan dan susun terus kat rak pinggan/ cawan. Sudu garfu senduk semua tu, pastikan lap kering dan susun dalam bekas yang disediakan. Ini wajib. Kadang-kadang Erfan selamba jugak basuh sudu terus masukkan dalam bekas sudu. Apo laie...den suh dia lap semula sudu tu termasuk sudu2 lain yang 'terbasah'. Ajar na...jgn tak ajar. Contoh mcm gambar ye.
  11. Peti bersepah. Pun aku tak suka. Kalau ikan, ayam, bahan2 masakan yang baru beli dan belum nak masak aku akan susun dalam bekas baru masuk dalam peti. Tak suka main masuk dalam peti dengan plastik2 masa beli tu.

Oklah, cukup dulu la pantang larang aku kat umah. Jika ada kebaikan kat situ, follow la ye. Kalo rasa tak n tak berminat nak follow pun tak pe. Cuma jika diteliti, itu antara perkara asas yang nak kena jaga dan bentuk disiplin kita. Check it out!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :