Memaparkan catatan dengan label FOODS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOODS. Papar semua catatan

Isnin, 15 Ogos 2016

Roti Ala Subway

Assalamualaikum.

Nk test hapdet kot hpone sat na...

Apa isu?

Isu byk... malaih nak layan ja kot!

Jom citer sal makan.

Aku suka mkn roti... mcm2 jenis roti. Paling suka The Loaf dan Subway.

citer sal Subway... nk promo dekat Pasar Tani Bandar Baru Bangi ade pakcik jual mcm2 jenis roti. Termasuk roti panjang ala Subway.


Sila la beli kompom x nyesal. Sedap weh. Makan camne? Neh nk bg cara mudah mkn roti ala Subway :

1-Beli roti ala Subway
2-Beli Sosej/Chicken Fillet/Sosej Peperoni (mcm yg letak atas pizza tu...ada jual kt Sri Ternak Pasar Borong Selangor)
3-Beli Cheese (yg petak mkn dgn beger tu)
4-Beli salad n tomato
5-Belah tengah roti
6-tabur (no.2)
7-tabur (no.3)
8-masukkan dlm microwave/oven (pusing 3 min-suhu tinggi)
9-tabur (no.4)
10-tabur sos ikut kegemaran. Siap!

Tengok 10 langkah tp pejam mata leh buat kan?

Update :


contoh roti RM3/sebatang. Beli kat Pasar Tani BBB hari Ahad.

Cheese Slices biasa beli Mothers Choice

Sosej Peperoni (Kat Pasar Borong Selangor ade jual borong)

Combine semua jadi cenggini. Perghhh sodap!



Jumaat, 11 Julai 2014

Kuih Raya 1 : Mini Popia Suci Dalam Debu

4G : Gulung, Gunting, Goreng, Gaul

Kita start upload citer kuih muih untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi. 

Mini Popia Suci Dalam Debu adalah pilihan pertama yang aku dah buat dalam bulan puasa tahun ni. Sebab? Selain mudah *4G, ia juga best dijadikan kudap2 lepas terawih. Tak sempat tunggu raya doh!

Resepinya :

Sebungkus kulit popia

Sebiji putih telur = dijadikan gam penghujung gulungan popia

Nestum + gula pasir + horlicks = kisar halus

Caranya :

Gulung popia memanjang jadi macam rokok resedung tu.

Bila gam gulungan tadi dah kering, boleh gunting kecik2 saiz yang diingini.

Goreng popia yang dah gunting tadi.

Gaul dgn bahan kisar halus (nestum + gula pasir + horlicks)

SIAP!!!

Sape berminat boleh try ye. All da best!




Kek Marble UmmiErfaNejad


Salam Jumaat semua. Moga kita semua sihat bertenaga menjalani ibadah puasa hari ini dan hari berikutnya. Amin.

Semalam aku berkesempatan wat kek marble. Tetiba teringin nak makan kek panas2 fresh from oven. So start kul 5.45 pm gitu aku mulakan xtvt mengadun bahan2 kek. Adunan tu aku pukul secara manual aje macam orang dolu2 wat kek/ bahulu. Alhamdulillah jadi aje.

Ini la alat pemukulnye. Pukul dlm mangkuk nasik je pun.

Kalo dolu2 masa zaman anak dare, kat umah mak pakai had ne.

Dah siap adunan, cuma kurang seri sbb x de kaler merah.

Dapat dua bekas ne.

 Kul 7.10 pm gitu dah siap!!!

Bukan nak puji diri tapi serius sedap kek kali ni aku wat. Mungkin sebab lapor ke Wallahu'alam lah. Aku berbuka dalam 2 potong kek ne + 2 cawan teh tarik panas2. Burpp!!! Alhamdulillah. Kenyang....

Jom usha resepi yang aku intai dari internet n aku alter sket2 :

250 gm tepung gandum
150 gm gula castor
240 gm marjerin Daisy (aku beli sebekas yg 240 gm, tinggalkan sket utk sapu kat bekas kek)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellette
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur ayam
1 sudu makan susu pekat manis

Caranya :

Pukul marjerin + gula sampai sebati

masuk sebiji demi sebiji telur dan pukul sebati

masukkan ovellette, esen vanila, susu pekat manis

masukkan tepung gandum (campur sesiap baking powder) sket2 dan sebatikan

asingkan beberapa bekas n masuk pewarna pilihan sendiri
susunla tingkek demi tingkek

*bila da siap adunan panaskan oven suhu 170 dalam 3 minit. 

*masukkan bekas kek tadi dengan suhu yang sama set time 40 minit (suhu atas bawah)
 
*dah siap..biarkan 5 minit kena udara, baru telangkupkan dan sedia untuk dihidang.... Alhamdulillah.

Ok, jika ada yang berminat dengan kekdah aku masak kek yang simple ne...cuba lah! All da best!

Wasalam.



Sabtu, 4 Ogos 2012

Lai lai... Borong Ikan!!!


Amboi, borong ikan ke cik kak?

Tak de la borong. Cuma ke Pasar Borong Selangor [PBS] pagi tadi, pegi dengan adik Sri Nur Ain dan Hb dia. Lama bangat tak g situ sbb x de peneman. Hari ne, adik ada...ajak sekali n Hb dia pun on aje, maka jadilah kami bertiga memasor bersama. Kihkihkih.

Borong ape?

Macam biasa beli stok lauk [bahan mentah] untuk seminggu. Lauk untuk berbuka n bersahur. Maleh nak berulang ke kedai banyak kali, penat n kos lebih tinggi.

Kebiasaan aku memasor di Presint 8 je atau malas2 sangat ke Carrefour/Mydin. Minggu ne je panjang sket langkah ke PBS di Seri kembangan. Dah namanya pasar borong, haruslah ikang ikangnye segar bugar.

Berikut bahan mentah yang bakal masterchef Farah Aida akan masak untuk hujung minggu ne hingga bertemu sahur Sabtu depan  :

Ikan Yu [payah jumpe kat pasor kecik, supermarket apo laie] 1 ekor : RM14.00
Ikan Pari sepotong [saiz 2 tapak tangan @ 800 gm] : RM 10.00
Ikan Kerisi [ 2 potong] : RM 10.00
Sotong Ayor [Ala yang selalu buat sambal makan ngan nasik lomak tuh] Sekor : RM4.00
Ikan Siakap sekor : RM10.00
Ayam 1/2 ekor : RM6.20
Daging 1/2 kilo : RM 11.00

... dan lain2 bahan sayur2, tauhu, ketiaw, fish cake n fish ball... total dlm RM70 lebih la.

Ape pendapatan anda? Murah dak? Bagi teman ne murah dah tu. Means kos untuk seminggu less than RM100. So bajet yg dlm RM30 tu leh intai2 kuih muih or ape2 sebagai santapan tambahan.

Selain dijadikan lauk pauk di atas sebagai menu utama, aku berselang juga dengan nasi goreng...masa sahur, menu nasi goreng boleh membangkitkan selera dowh. Nak plak nasik goreng ikan masin or nasik goreng kampung. Tapi sebenornya nasik putih panas2 + telur mata + kicap + pepak cili api, perghhh...da cukup bagi aku tuh.

Sekarang encik somi ke PUDU ngambek Mak N Ayah Murtua ku...ihikss. [Mak Abah aku x larat dtg key ell bulan posa ne, kalo dak...janji, selain belanja buffet aku akan masak best2 gak]

Murtua datang, tak sah kalo aku tak masak kari. Salah satu 'signature' aku adalah KARI ye...kari aku masak tanpa santan tetapi tetap pekat n kaww punya. Ceh! Puji diri senirik. Bukan la...tu ayat yang selalu aku dengar mehhh...tak cayer? Meh sini cuba.

Jadi untuk berbuka nanti, dalam kepala otak terbayang menu KARI IKAN YU + SAYUR CAMPUR TOFU MASAK TIRAM + TAUHU GORENG + SAMBAL BELACAN + ULAM PETAI. Simple je, tak sampai sejam je nak siapkan suma tu. Dalam simple itu la nanti bapak n mak murtua ku akan bertambah nasik.

Oklah...cukup untuk entri kali ne, x mo la citer panjang2 sal makanan ne...sian tekak neh!


Selasa, 19 Jun 2012

APAM POLKADOT



Again!!!

Aku merupakan penggemar kuih-muih. Sekarang apam polkadot memang menjadi pilihan ramai orang. Sebab, selain rasanya sedap... ia juga comeiii :)

Kalo sebelum nie aku promote kakak aku nye bisnes jual cookies, la ne aku nak promote adik aku nye bisnes plak. Jika berminat, boleh pm aku atau hubungi terus my sis @ 019-548 6392/ 019-462 2312 [Sri Nur Ain].

Harga sebiji RM0.35 [Apam Polkadot] dan RM0.45 [Angry Bird/Lady Bird/Design as User Requirement]. Ini semua harga yang ada filling [boleh request nak filling ape]. Harga bagi pesanan lebih 200 biji pasti boleh di runding, dan lagik banyak order lagi murah maa!!!

So far, ramai yang tempah untuk disumbangkan kepada taska anak2, untuk anak2 bawak ke sekolah, hantaran, dan tak kurang juga tempahan dari pejabat2 sekitar Bangi, Putrajaya dan Sepang. Alhamdulillah, setakat ini customer berpuas hati.

Layankan dua gambar ini dulu ye, ade masa aku hapdet lagik. Yukk!!








Vegie Fruity Cookies By AZ Cookies



Haloo haloo haloo...

Aku nak promote Vegie Fruity Cookies a.k.a VFC. Bukan aku la yang bikin, tapi kakak aku yang run bisnez ne. Jadi jika berminat untuk tempahan boleh saja pm aku atau terus hubungi my sis @ AZ COOKIES [019-432 9162].  
Dia cover satu Malaysia taw!!

So far ramai yang buat tempahan untuk jadikan door gift untuk majlis perkahwinan/ pertunangan, ada juga yang tempah untuk jadikan hantaran. 

Sempena Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, agak menarik jika dijadikan sebagai buah tangan kepada saudara mara dan kenalan. Wrapping boleh diuruskan mengikut user requirement. No prob!! 

Nah... layankan gambar2 di bawah ini ye?






Harga sebiji RM0.80
Boleh dibungkus mengikut keperluan pengguna. 
Kalo tempahan lebih 100 biji harga boleh dirundingkan. 
So, check it out!!!

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :