Jumaat, 31 Ogos 2012

MESEJ KEMERDEKAAN KE 55 TAHUN [31 OGOS 2012]

Salam Kemerdekaan Ke 55 Tahun untuk semua rakyat Malaysia.

JANJI DITEPATI telah dipilih sebagai tema untuk kali ini.

Pasti ramai yang tahu akan kontroversi tentang tema dan lirik lagu tema kemerdekaan tahun ni. Pasti yang mula membangkitkan isu ini adalah dari pihak PEMBENGKANG [pembangkang yang lembik].

Sedarlah teman2 ku sekalian, jangan pernah termakan dengan taktik kotor mereka itu. Memang tidak dinafikan, setahun kebelakangan ini rakyat mendapat banyak bantuan dan kemudahan berbanding sebelum2 ini [lebih merujuk kepada bantuan kewangan dalam bentuk tunai]. Sedikit kesilapan pada lirik yang menyentuh tentang bantuan itu telah dijadikan asas mewujudkan kontroversi.

Teman2 ku...marilah sama2 kita celik mata dan minda. Bukan itu maksud tema kemerdekaan kali ini. JANJI DITEPATI itu secara keseluruhannya ingin membawa kita, mengingatkan kita tentang apa yang telah kita sebagai rakyat nikmati selama 55 tahun merdeka. Keamanan, kemakmuran, pembangunan dan segala macam kemudahan telah disediakan tidak lain tidak bukan oleh Kerajaan memerintah...Barisan Nasional. 

Untuk itu, JANJI DITEPATI bukanlah bermaksud apa yang PM sekarang buat tetapi turut merujuk kepada jasa2 PM2 sebelum ini dan keseluruhan jentera Kerajaan dari dulu hingga sekarang. 

Pesan ku, janganlah sekali-kali kita cuba menukar mandat sedia ada kerana ia umpama menggadai nikmat kemerdekaan yang kita perolehi kini. Sungguh, akibat menukar mandat itu amat mengerikan bukan hanya pada kita generasi sekarang tetapi bayangkan juga betapa perit getirnya anak cucu kita dan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan di tanahair sendiri. Jangan sampai kita merempat di tanah tumpahnya darah kita.

Percayalah, sekarang kita semua mempunyai peluang yang sama untuk meraih kesenangan di negara sendiri. Jika kamu mahu lebih, berusahalah sebaik mungkin...Insyaallah, ada rezeki untuk kamu. Bagi yang malas untuk berusaha, nikmati saja subsidi dan bantuan yang Kerajaan sediakan. Jangan pula mencemburui kesenangan oleh mereka yang rajin dan tidak putus asa dalam berusaha.

Pada rakan penjawat awam, kita adalah sebahagian daripada tulang belakang Kerajaan. Kerajaan tidak pernah memaksa kita bekerja sebagai kakitangan mereka, kita sendiri bersungguh2 memohon untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja Kerajaan. Jangan mengeluh tentang gaji yang boleh dikirakan agak rendah berbanding syarikat swasta yang sedia stabil kewangannya di luar sana. Jangan dibandingkan bonus yang berbulan2 mereka perolehi.

Jangan kerana faktor kewangan itu, kamu penjawat awam berpaling tadah menyokong PEMBENGKANG yang giat menabur janji palsu dan membuatkan mereka yang terpengaruh umpama MAT JENIN. Secara peribadi, gaji penjawat awam kini sudah cukup menjanjikan kesenangan [bukan kemewahan] hidup jika bijak dalam menguruskannya.

Jangan pula bergaji Kumpulan Sokongan, berbelanja umpama Kumpulan P&P... begitu juga jika gaji kamu P&P, perbelanjaan kamu umpama Kumpulan Pengurusan Tertinggi. Renung2kanlah kuasa perbelanjaan masing2 dan aturkannya dengan bijaksana. Jika mahu lebih dari sedia ada, usaha mencari pendapatan tambahan dengan syarat tidak menyalahi peraturan dan undang2 yang berkuatkuasa. Begitu juga, kepada yang berkenaan... tanggungjawab membayar zakat dan cukai pendapatan jangan diabaikan, pasti kamu perolehi keberkatan rezeki. Wallahu'alam.

Ini sahaja coretan peribadi ku sempena 31 Ogos 2012.






Rabu, 29 Ogos 2012

Aidilfitri 1433


Aidilfitri kali ni kurang sket snap gambar... ne campor2 hasil 'snappan' aku n adik aku si Nora. Ntah, dah balik Putrajaya baru pasan kurang amek gambaw. Skarang pun x brape ade mood nak nuleh a.k.a hapdet blog, tapi nanti lama2 basi plak citer sal raya kan. So... layankan aje gambar2 ne ye :------



Mercun roket je...haa, tala ke kebun apek. Kompom selamat...

My Family

Nak menyetankan orang pun, cover2 la perut tu..haih!!! [kahkahkah]

My big family [tak brapa big la...adik bongsu n abang beraya umah mertua depa]

Raya kedua berkelah nasik umah Cu Yang, kakak mak mertua aku. Nah..ne rebung asli punya, tak berbau pun... sedap!!!

Saya x de puteri, jadi anak buah ini lah puteri saya. [ Ada 4 orang lagik puteri yang x de dlm gambar]

Dak ne balik kampung memang suka main pasir, kayu kayan, pokok mokok...

Ini mak kepada mak mertua saya [Opah HB]. Dah 96 tahun kalo tak silap. Masih berkemampuan berpuasa penuh dan puasa enam.

Tak abis2 lagik men mercun...ke sini pun di usungnya.. Apa nak jadik tuan PTD neh, haih!!!

Kat umah Cu Yang ade bela Kera. Bukan main galak lagik kera ni buat show bila org nengok dia....comei!!!

Ini kat laman umah mertua..bdk2 ne main tembak2 [Abaikan longgokan kayu tu, itu Nejad punya kerja selepas 'membakaw' dapor opah dia].

Alhamdulillah... solat bdk2 ne tak lupa. Siap berpelekat lagik. Patrick pun Solat???

Sempat menjengah sahabat sepoli... KODOK a.k.a Azura. U R my BFF ya..ong gedek gedek!!!

Dan...sempat juga adakan sesi potong kek hari jadi Erfan pada 23 Ogos 2012.
Sekarang masih dalam mood raya, dan berkira2 nak buat open house. Kena plan bebaik, sebab tak leh nak ligat sakan kat dapor...al maklumlah masih dalam tempoh rawatan Fisioterapi lagi [anak dara x de, jadik masak memasak ambo sorang je la..hehe].


Ok, kalo rajin aku hapdet lagik citer kat sini...moh kite g beraya!!!


Isnin, 13 Ogos 2012

KaPaL yaNg kAraM


Nape tajuk entri KaPaL yaNg kAraM $ingh WaliA ??? Tajuk tak menahan tuh.

Gini citernye...

Mungkin kerana bahang kemenangan Pandalela Rinong yang berjaya merangkul Pingat Gangsa di Olimpik, makanya...ruang tamu umah aku [yang ada 3 carpet...huhu] telah bertukar menjadi Pusat Akuatik.

Paginya, aku telah kuar membeli barang @shopping ngan adik aku. G cari sikit barang dapor n baju raya aku [baju kedua]. Bila balik dalam kul doblas dan mengemas barang di dapur, menyuap si Nejad makan nasik...aku pun debum la nak tido kejap. Abg Qaf aku memang tengah debum, bila aku debum...dia pun debum la sama [sambung].

Dalam kul 2 lebih, aku terjaga dan terdengar bunyi yang kepelikkan... bunyi hero2 melompat kat ruang tamu n yang peliknya bunyi mcm ada percikan air. Berderau darah ummi dia ne...sampai ummi too scary nak turun katil. 

"Abang...macam pelik je bunyi kat luar tu...mcm bunyi air je"... Abg Qaf aku pun pasang tinge [masa tido tinge dia cabut letak kat side table...kuikui].

"Ooo... tu bunyi raket tu, depa main badminton..." Confident!!! Aku lega skit...btol kot, tapi bila aku amati, ishhh...bukan raket ne.

"Abang pi la tengok...ummi da rasa scary giler ne...macam bunyi air je tu..." Maka sang ayah pun bangun la. 

Kahkahkah...badminton apenye, memang sungguh carpet depan TV separuh basah lencun, carpet meja makan suku basah lencun [lencun means kalo pijak bukan lembab tapi berair..ada paham??]

Jeneralnya bukan si abang, tapi si Presiden Iran, Ahmadinejad. Yang abang tumpang sama main walaupun bukan idea dia. Jadi sebab kosa besar ada pada KING [King apa? King Kong...King Kong kpala otak kaw!!!], selamat lah dua beradik tu disekolahkan oleh ayah mereka. Aku memang x mo tgk, sebab satgi takut tak leh control marah...huhu, penat woo kalo marah2 ne.

Ayat tak tahan ayahnya... 

"Ayah, nak mandi nak solat...lepas solat ayah tgk tak bersih,tak kering lagi...siap! Tak kira nak buat macamana pun, nak lap ka, nak isap carpet sampai kering ka...pandai2 pikir" 

Aku kat atas katil dok nahan gelak plak...isap carpet??? [penah buat ke bang..hehe]Tapi Encik somi aku mmg bab2 didik anak memang tegas giler, sbb tu bdk2 ne gerun ngan ayah diorg. Kalo ngan ummi, diorg menmain je... dan selalunya untuk tangani situasi gini aku serah pd ayah diorg.

Itu hari Sabtu. Hari Ahad? Ada lagi xtvt UTAMA [Utama ye..makna nya, xtvt sampingan lain sentiasa ada].

Dengan kertas2 yang digunting, buku2 dikoyakkan, susu tepung berselerak kat dapor [meratah susu + nak bancuh susu sendiri], tumpahan susu/air dalam peti kat lantai dapor....Huh!!!

Jeneral yang sama iaitu Ahmadinejad, dia men basikal dalam umah dari dapur bwk ke bilik... track utama ruang tamu. Abis berbekas tayar kat lantai yang ummi da mop. Hari Ahad saja ummi kena mop lantai 5 kali. Gini la aku kata 2 hero mcm beranak seploh! Nak nangis ummi rasa kerana penat sangat :(

Haih...memang ade masa tak menahan, dari tak reti..jadik reti ummi diorg ne membebel macam mak cik mak cik, tapi sebenarnya...membebel membuatkan lagi penat. Yang tak penat, biorkan je dia buat ape je...umah sepah pun sepah la, tapi sakit ati...sakit mata tgk...huhu... 

Nak salahkan diorg sgt tak leh jgk. 

Diorang ne tgh develope pemikiran dan normal bagi kanak2 seusia mereka. Bila pikir gini, cool skit... Alhamdulillah, anak2 aku sihat dan normal. Seaktif mana diorang, janji di dalam rumah...tidak dibiar berkeliaran di luar rumah. Mujur umah x de balkoni, senang sikit ati lepas bebas mereka main dlm umah sendiri.

Kesian...ops, sekian.




Isnin, 6 Ogos 2012

..::.. Kembali Terjalin ..::..




Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari

Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian

Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya ku menumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci


Sabtu, 4 Ogos 2012

Lai lai... Borong Ikan!!!


Amboi, borong ikan ke cik kak?

Tak de la borong. Cuma ke Pasar Borong Selangor [PBS] pagi tadi, pegi dengan adik Sri Nur Ain dan Hb dia. Lama bangat tak g situ sbb x de peneman. Hari ne, adik ada...ajak sekali n Hb dia pun on aje, maka jadilah kami bertiga memasor bersama. Kihkihkih.

Borong ape?

Macam biasa beli stok lauk [bahan mentah] untuk seminggu. Lauk untuk berbuka n bersahur. Maleh nak berulang ke kedai banyak kali, penat n kos lebih tinggi.

Kebiasaan aku memasor di Presint 8 je atau malas2 sangat ke Carrefour/Mydin. Minggu ne je panjang sket langkah ke PBS di Seri kembangan. Dah namanya pasar borong, haruslah ikang ikangnye segar bugar.

Berikut bahan mentah yang bakal masterchef Farah Aida akan masak untuk hujung minggu ne hingga bertemu sahur Sabtu depan  :

Ikan Yu [payah jumpe kat pasor kecik, supermarket apo laie] 1 ekor : RM14.00
Ikan Pari sepotong [saiz 2 tapak tangan @ 800 gm] : RM 10.00
Ikan Kerisi [ 2 potong] : RM 10.00
Sotong Ayor [Ala yang selalu buat sambal makan ngan nasik lomak tuh] Sekor : RM4.00
Ikan Siakap sekor : RM10.00
Ayam 1/2 ekor : RM6.20
Daging 1/2 kilo : RM 11.00

... dan lain2 bahan sayur2, tauhu, ketiaw, fish cake n fish ball... total dlm RM70 lebih la.

Ape pendapatan anda? Murah dak? Bagi teman ne murah dah tu. Means kos untuk seminggu less than RM100. So bajet yg dlm RM30 tu leh intai2 kuih muih or ape2 sebagai santapan tambahan.

Selain dijadikan lauk pauk di atas sebagai menu utama, aku berselang juga dengan nasi goreng...masa sahur, menu nasi goreng boleh membangkitkan selera dowh. Nak plak nasik goreng ikan masin or nasik goreng kampung. Tapi sebenornya nasik putih panas2 + telur mata + kicap + pepak cili api, perghhh...da cukup bagi aku tuh.

Sekarang encik somi ke PUDU ngambek Mak N Ayah Murtua ku...ihikss. [Mak Abah aku x larat dtg key ell bulan posa ne, kalo dak...janji, selain belanja buffet aku akan masak best2 gak]

Murtua datang, tak sah kalo aku tak masak kari. Salah satu 'signature' aku adalah KARI ye...kari aku masak tanpa santan tetapi tetap pekat n kaww punya. Ceh! Puji diri senirik. Bukan la...tu ayat yang selalu aku dengar mehhh...tak cayer? Meh sini cuba.

Jadi untuk berbuka nanti, dalam kepala otak terbayang menu KARI IKAN YU + SAYUR CAMPUR TOFU MASAK TIRAM + TAUHU GORENG + SAMBAL BELACAN + ULAM PETAI. Simple je, tak sampai sejam je nak siapkan suma tu. Dalam simple itu la nanti bapak n mak murtua ku akan bertambah nasik.

Oklah...cukup untuk entri kali ne, x mo la citer panjang2 sal makanan ne...sian tekak neh!


Jumaat, 3 Ogos 2012

..::.. Kita Satu ..::..






Seringku bertanyakan
Dimanakah hatimu sayang
Kian lama ku simpan
Bersarang cinta dalam diam

Sampai bila harusku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan

Korus


Kita telah ditakdir bersama
Teman hidup di dunia

Malam siang kita jadi satu
Kerana engkau adalah milikku
 

Pegang tanganku seeratnya
Dunia ini berputar ligat
Mengapa harus ada sesal
Andainya tersungkur tetap bersama

Sampai bila harus ku pendam
Layan cinta dan perasaan
Dengan lafaz ku bisikkan .. oh ..
Satu….. wooooo..

Kita telah ditakdir bersama
Kerana engkau adalah milikku
Kerana engkau adalah milikku

Akulah Kekasih Mu .::. Francisca Peter

* Lagu ne juga pernah dijadikan lagu latar sebuah drama RTM, ingat citer tu lagik tapi tak tau tajuknya. [Lakonan Suhaila Sulaiman wife ke ex wife Faizal Hussein]
Hmm, layan je lah.



Di pertemuan semusim yang lalu
Harumnya suasana
Kehadiranmu sewangi haruman
Menyegarkan perasaan

Tanpa ku menduga
Bagaikan lautan menghempas
Menghanyutkan daku
Terlontar jauh dari sisimu

Mengapa mesti terpisah
Sedangkan aku sabar dalam kesetiaan
Biarkan wajah rinduku terdampar sepi
Menunggu berakhirnya nafas... ini

Sejenak itu aku menyedari
Betapa sayangnya aku
Andainya dikau menyesali diri
Pulanglah kerna akulah kekasihmu




Sekuntum Bunga Berduri


Tetiba teringat satu citer lama bertajuk Marah Marah Sayang. Lame dowh tak masuk tibi citer ne.

Suka nengok si comei Norlida Ahmad a.k.a conie.

Mak penah bagitau... nape ada NURLAIDA kat belakang nama aku. Sebabnya mak abah minat nama NORLIDA tu lah, tapi masa daftar nama pendaftar silap taruk NURLAIDA.  Tok Wan yang pada asalnya berhajat nak taruk nama aku Siti Hajar terpaksa menerima nama yang dipilih anak menantunya. Jadilah aku FARAHNURLAIDA [Rasanye tak penah lagi jumpe orang lain nama sejibik macam nama aku kan? Kalo ade bagitau, aku blanje aiskrim MC D].

Dalam citer tu ade satu lagu aku suka bangat sampei sekarang. Gini lirik dia :

sekuntum bunga yang merah
di dalam taman itu
bau nya harum dan mewangi
indah dan suci

Terpesonaku memandang mu
tersentuh jua hatiku
melambai-lambai bunga itu
ditiup bayu

inginku meraih
kubelai penuh hati
sayangnya bunga itu
dikelilingi duri

ku capai utk mengapaimu
tersusuk duri jariku
nampaknya luka dan berdarah
ku tak berdaya
ku tak berdaya 










Khamis, 2 Ogos 2012

~ Akulah Teman, Akulah Sahabat ~



Teman dan persahabatan mempunyai makna yang menjunjung prinsip kehidupan.

Aku hanya ingin menjadi teman yang sentiasa disenangi.

Sahabat setia yang sentiasa memahami.

Insyaallah... 

Alhamdulillah, aku juga dikurniakan gerak hati yang kuat untuk mengenali sesuatu ukhuwah.

Lantas, percayalah bahawa aku akan bersama-sama tika suka mahupun duka kalian, tanpa mengharapkan balasan kerana yakin penghargaan Allah SWT lebih bernilai. 

Rahsia kalian, amanahku. Aib kalian, akan ku kaburkan. Masyur kalian, aku akan iringi dengan senyuman.

Kerana hanya itu mampu aku janjikan.














LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :