Isnin, 2 April 2012

KOTA KINABALU, SABAH - PART 2

Malam mula kitaorg makan di Tanjung Lipat. Di sini terkenal dengan makanan laut dan jugak SAYAP ayam panggang/bakar. Kedudukan menghadap laut, cuma masa kitorg pegi cuaca kurang elok, hujan. Jadi makan dalam kedai aje la. Oh ya! KITAORG? Kami bertuah kerana ada kawan yang bantu bawak kami jenjalan iaitu Bella dan Fidot. Jika sebelum2 ini datang aku tak sempat blanjer diorg makan sebab diorg ni bab membayar mcm ERL, cepat benor ke kaunter. So untuk kali ini, awal2 lagi aku dah pesan...aku nak belanjae diorg. Baru senang hati bila mereka bersetuju, jika tak mahu kurang selesa kan?


Malam kedua, family Bella ajak makan sama2 di sebuah kedai seafood. Kedai ni memang famous di KK dan untuk aku sendiri dah lebih 3 kali ke sini. Cuma kali ini kami tidak digalakkan memilih Lobster dan Kerang kerana sekarang ada fenomena laut merah gitu. 

INFO dari http://www.anastasyea.com : Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah ! Sebenarnya tak la misteri mana pun. Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom. Oleh it, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya. Walaubagaimanapun, makanan laut dari seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.


Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.


Jadi kami punya menu malam itu Ketam; Udang; Fish Cake; Kerapu; Siput Tarik; Sayur. Tak sempat amek gambar sebab makan pakai tangan. Hahaha :))



Posing ngan IZAN di lobi hotel sebelum kluar makan malam

aii... bz pasal plat number keta baru kerr??

Makanan yang dihidangkan di sini, di ambil dari kolam2 ini la.

Tengok! King Lobster RM 32.00/ 100gm Kalo yang kitaorg beli baby lobster yang frozen RM 95/kilo.Untung weh kalo niaga kedai makan kat sini.   

Lepas makan malam, kami ke pasar malam di Kampung Air dan yang berdekatan hotel kami inap. Kemudian, sebelum balik hotel, kami singgah minum2 di Anjung Senja sambil berborak.

Nah... sampai sudah ke bilik untuk beradu. Tengok saja pintu bilik da terbayang keasyikan beradu di dalam sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :