haaa... da abis ngomel Kota Kinabalu, Sabah hingga
Part 3, now nak tukar citer bab airlines yang ada kat Malaysia ni.
Umum tahu, Air Asia pesaing utama kepada MAS dari segi faktor harga dan juga fasiliti yang ditawarkan. Untuk makluman, AirAsia telah memenangi Skytrax World's Best Low-cost Airline Award untuk 2007, 2009, 2010 and 2011 [3 tahun terakhir yang berturut-turut].
Makna kata lain, Air Asia juga telah pecah monopoli perniagaan penerbangan di Malaysia oleh MAS terdahulu sehingga membolehkan ramai rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan udara yang dahulunya sering dikaitkan dengan golongan yang 'ada-ada' aje yang mampu menaiki kapei teghebang :)

Apa isu nak diperkatakan di sini? Main hub AA terletak di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan beralamat pendaftaran di Petaling Jaya dan Ibu Pejabat di KLIA. Tidak ada rasa banggakah kamu sebagai rakyat Malaysia?
Sekalipun kamu rasa bangga dengan adanya Air Asia di Malaysia, ia mungkin tidak kekal lama. Sebab?
SEBAB di Malaysia masih terdapat ramai individu yang tidak bertanggungjawab ke atas harta hak milik awam seperti TANDAS. SEBAB lagi ramai individu kurang hormat menghormati dan kurang adab apabila berada di tempat awam yang SESAK. Kedua-dua elemen ini telah mencacatkan airport Air Asia dan kecacatan itu berpunca dari segelintir masyarakat kita. Dua perkara ini dah cukup membuatkan aku kurang berminat untuk mendapatkan lagi perkhidmatan Air Asia
[melainkan jika tiada pilihan lain].
[melainkan jika tiada pilihan lain].
Tidak dinafikan bahawa fasiliti airport AA agak ketinggalan berbanding airport MAS [boleh diumpamakan macam stesen bas yang 1st class] tetapi ini berpadanan dengan kos yang ditawarkan. Malang sekali perkhidmatan yang berpadanan dengan kos yang ditawarkan ini telah dicacatkan oleh TANDAS yang KOTOR dan manusia yang suka potong Q dan berebut2 untuk masuk boarding area [macamlah flite tu just touch down and then sapu aje passenger mana yang ada, take off balik...
bongok ka apa].
bongok ka apa].
KOTOR sangatkah tandas airport Air Asia? Lazimnya aku tak pasti, tetapi berdasarkan experience aku yang terbaru ini, memang kotor [weekdays je pun, kalo weekend ntah macamane]. Berdiri di muka pintu utama nak masuk toilet pun, baunya...aduuuu.. [toilet si sudin hafal skrip dalam Seniman Bujang Lapok lagi bersih gamaknye]. Jika di airport KK, siap ada 'CIK T' a.k.a CTikuz berkeliaran dalam tandas. Mak aii...mujurla aku ni bukan penggeli kepada spesis itu. Kalo tak, mahu melompat2 aku.
Semoga dengan artikel aku ini dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada semua pembaca blog ini termasuk diri aku sendiri. Jika ada kekurangan atau ketidaktepatan fakta, boleh tinggalkan komen untuk dikongsi bersama. Tata titi tutu :)

haah, toilet airport terminal 2 kk kotor...geli...
BalasPadamboleh terbatal hajat...
Padam