Isnin, 2 April 2012

KOTA KINABALU, SABAH - PART 1

Hamboi... tajuk entri siap ada 'part' pulak. Cam banyak benor nak nuleh ne :)

Ok. Start dengan xtvt sebelum ke sana la ye. Aku g KK Senin. Sabtu parent in law datang umah, saje nak jumpe & main2 ngan cucu (Erfan dan Nejad). Jumaat aku cuti untuk beli dan sediakan keperluan tamu nak datang. Sabtu malam juga ada sedara singgah bermalam di rumah kerana ada event di PICC. Pendek kata masa hujung minggu agak padat. 

Walaupun penat, tapi puas hati bila tamu yang datang hepi dan selesa. Dah hampir 10 tahun kawin, baru taw ayah mertua penggemar Asam Pedas Melaka. Unexpected juga sebab sebelum ni ayah asyik pulun kari aje. Dek terpandang satu buku resepi kat umah aku tu la, ayah bersuara...zaman muda dulu ayah memang suka AP Melaka. Memandangkan tiada aktviti luar malam itu, aku pun bergeas ke pasar untuk cari ikan nak dimasak AP. Ikan merah x de, jadi ada Ikan Pari fresh gitu, apo laeii rembat ajo yo. Pergh..kelicinan AP yang dimasak malam itu.

Sebelum ke KK, aku sediakan beberapa lauk untuk dijadikan stok dalam peti. [Memang rutin aku begini, kalo outstation mana2 aku akan simpan stok lauk dlm peti untuk memudahkan suami uruskan makan minum dirinya dan anak2. Kerana suami kurang gemar keluar makan kat kedai]. 

Aku masak pun simple aje. Untuk kali ini, aku masak Kari Udang Kacang Panjang; Kari Ayam; Ikan Kembong Masak Taucu; Sambal Sotong; Ayam Masak Merah; Goreng Sayur Campur dan Sup Sayur. Terpulang pada suami nak makan yang mana dulu. Suami hanya perlu masak nasik dan panaskan lauk yang dibekukan dalam peti. Jadik, aku yang dikejauhan nanti tak perlu risau makan minum mereka yang di umah kerana da ada makanan. If diorang nak lebih, agak2 la suami nak tambah goreng nugget ka sosej ka. Kalo dia rajin, dia bawakla budak2 g kedai [i don't think so bcoz suami ku tak cerewet pasal makan. Yang dititik beratkan kebersihan masa memasak dan persekitaran tempat makan, dan itu dia boleh perolehi di rumah sendiri]

Aku bergerak ke LCCT -+ jam 10.30 pagi. Selepas check in lugage, aku dan opismate Izan @ rehezanjamal@blogspot.com bersantai di Coffee Bean. Sebenarnya saja kami memilih Air Asia kerana macam aku dah biasa layan MAS. Cuma selepas ini jika outstation lagi, aku akan kembali ke MAS. Kenapa? Kerana persekitaran di Airport LLCT sangat tidak memuaskan terutamanya keadaan yang padat dengan manusia dan toilet yang kotor. Cukup bagi 2 sebab untuk tidak memilih Air Asia [kalo urusan kerja la, sbb ada pilihan MAS atau Air Asia...if travel sendiri masih kena amek AA sebab kos murah lagi kan..heh].


Sampai KK dalam hampir 4 petang dan terus pergi check in di Hotel Imperial Boutec. Tedahulu aku memang pernah lepak sini. Sekarang hotel ni dah berwajah baru. Agak cantik dengan konsep baru yang agak moden walaupun bilik yang agak kecil.

Bilik yang kitaorg tinggal +- sehari semalam

Aku ne agak memilih hotel bila outstation dan jika boleh mahukan bilik yang ada bath tub dan buffet yang variety. [Bukan selalu weh, sekali sekala memanjakan diri... ape salahnye]. Jadi di Imperial aku tak dapat kedua2 ini. 

Lantas hari kedua aku ngajak Izan bertukar hotel. Kami bertukar ke Le Meridien, kerana aku memang pernah ada experience dok situ. Lagipun rate hotel within bajet kami. Tak moh pusing2 lagi cari lain, terus ke Le Meridien dan kebetulan ada kosong dan boleh terus check in pagi [8.30 pagi..means tak perlu tunggu tghari]. Apa lagi, bergegas gi check out di Imperial terus ke hotel pilihan hati ini.

Ku ingin kembali lagi ke sini bersamanya jika berkesempatan :)

Bunga segar menyambut kedatangan kami

Bunga segar yang ditukar

Bilik yang kami inap

antara deco yang aku gemari

Kami memilih seaview.. sangat cantik. Boleh tgk laut, sunset, pasar Philipine dan kemeriahan tapak pasar dek payung2 yang dipasang.

Bilik mandi idaman ku [tunggu la masuk umah sendiri nti, ini wajib kena ada]

Lagi deco dalam bilik mandi


Waww!! Terselit di pintu bilik invitation card. [kitaorg tak pegi pun sbb bz memborong]
Dah masuk bilik, borak2 kejap... debuumm. Tido :))))


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :