Ape hal plak isu keta ne?
Nak tukaw keta baru ke? Uuffhhh, tidak... belum ada bajet nak amek keta baru. Lenjan je lagik Kenari tu.
Kisah gini, semalam nk servis keta [rutinnye servis je], ganti minyak engine + oil filter. Sesambil tu abg pomen check le lain2, sekali tgk ade leaking lorr [asik buh petrol tak moh bukak2 check coolant ka apa ka, nah amek ko. Kekotoran minyak engine yang da itam bersepuk sekitar engine].
Jadik kena pomen advise kena tukar cover gasket, timing belt dan ada a few things yang relate dgn problem ne. Total kalo buat kat dia dlm RM500+ la. Aku kata minggu depan le aku g.
[Sebenonya major problem ne bila da taw, cukup survey harga kat sini then bikin g Perodua. Kenapa? Da pernah terkena dgn pomen luar, bila bikin x bersungguh hingga kena repeat g kedai dio..maleh aaahh].
Itulah kisahnya... Kenari kesayangan ku itew dah pandai nak bermanja dengan tuannya. Tak pe la, dia 'merap' baik turuti aje kehendak 'minor' dia tu. Lagipun Kenari ne dah banyak benor berjasa [ 7 tahun lebih ] pada keluarga ku khususnya aku sendiri la yang dulunya jauh berulang alik kerja. Dengan jimat minyak dan maintenance cost yang rendah. Tenkiu laling!!!
Dulu sebelum ada Kenari, pakai Iswara Sedan dan kereta itu telah dilarikan oleh Sang PERAMPOK durjana. Akibatnya, aku dan suami perlu menanggung hutang bank pada mendealah yang tiada pada kami. Insuran? Keta tu beli second hand [harga keta 2nd hand lebih mahal kerana interest tinggi].
Pakai tak sampai setahun da lesap. Insuran cover ikut market value masa tu hanya RM10k SAHAJA. Jadik RM18k itu kami kena bayor sendiri. Mana nak cekau sedepuk duit banyak tuh. Jadi, kami kenala bayar ansur2 sebulan dalam RM330 sehingga cukup RM18,000.00.
Boleh bayangkan betapa RALATnya di hati membayar wang sejumlah itu pada barang yang tiada pada kita? Tapi kami redha dan terima takdir bahawa itu bukan rezeki kami. Insyaallah, dugaan ini sebagai penebus dosa2 kami atau mungkin ada hikmah yang akan kami perolehi kelak.
Untuk itu, dari segi keselamatan keta baik si Kenari mahupun si Avanza kami sentiasa beringat. Semasa parking di mana2 [jika mengambil masa lama untuk tinggal atau parking yang tidak kelihatan pada pandangan mata], kami pasti akan stereng lock. Preventive Action.
Betollah, kalo nak jadi, lilitla dawai penuh keta...nak hilang, hilang juga. Apa yang boleh buat usaha untuk kurangkan risiko kehilangan. cukup pengalaman lalu yang perit itu [kalo mok cik kayo, tak pe...anggap sedekah aje kat perampok tu]. Disebabkan mok cik tak berapa 'berWang', jadi nyumpah tak abis juga pada si Perampok tu dan sangat yakin bahawa idupnya tak kan senang dulu, kini dan selamanya.
Ok, kepada semua berhati2 dan sayangi la harta anda [keta tu liabiliti selagi lum abis bayor]. Memang agak tidak adil kepada pengguna seperti aku tapi dah tenyeh Hire Purchase Agreement masa beli keta, maka bersetuju la semua syarat maratnya kan?
:(((((( ))))):
Tiada ulasan:
Catat Ulasan