Rabu, 25 April 2012

DugaanKu - Ning Baizura

One of my favourite song,


Hati sedih menangis
Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini aku, bersendirian..
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu




Isnin, 23 April 2012

Kereta Oh Kereta

Ape hal plak isu keta ne?

Nak tukaw keta baru ke? Uuffhhh, tidak... belum ada bajet nak amek keta baru. Lenjan je lagik Kenari tu.

Kisah gini, semalam nk servis keta [rutinnye servis je], ganti minyak engine + oil filter. Sesambil tu abg pomen check le lain2, sekali tgk ade leaking lorr [asik buh petrol tak moh bukak2 check coolant ka apa ka, nah amek ko. Kekotoran minyak engine yang da itam bersepuk sekitar engine].

 Jadik kena pomen advise kena tukar cover gasket, timing belt dan ada a few things yang relate dgn problem ne. Total kalo buat kat dia dlm RM500+ la. Aku kata minggu depan le aku g.

 [Sebenonya major problem ne bila da taw, cukup survey harga kat sini then bikin g Perodua. Kenapa? Da pernah terkena dgn pomen luar, bila bikin x bersungguh hingga kena repeat g kedai dio..maleh aaahh].


Itulah kisahnya... Kenari kesayangan ku itew dah pandai nak bermanja dengan tuannya. Tak pe la, dia 'merap' baik turuti aje kehendak 'minor' dia tu. Lagipun Kenari ne dah banyak benor berjasa [ 7 tahun lebih ] pada keluarga ku khususnya aku sendiri la yang dulunya jauh berulang alik kerja. Dengan jimat minyak dan maintenance cost yang rendah. Tenkiu laling!!!

Dulu sebelum ada Kenari, pakai Iswara Sedan dan kereta itu telah dilarikan oleh Sang PERAMPOK durjana. Akibatnya, aku dan suami perlu menanggung hutang bank pada mendealah yang tiada pada kami. Insuran? Keta tu beli second hand [harga keta 2nd hand lebih mahal kerana interest tinggi]. 

Pakai tak sampai setahun da lesap. Insuran cover ikut market value masa tu hanya RM10k SAHAJA. Jadik RM18k itu kami kena bayor sendiri. Mana nak cekau sedepuk duit banyak tuh. Jadi, kami kenala bayar ansur2 sebulan dalam RM330 sehingga cukup RM18,000.00

Boleh bayangkan betapa RALATnya di hati membayar wang sejumlah itu pada barang yang tiada pada kita? Tapi kami redha dan terima takdir bahawa itu bukan rezeki kami. Insyaallah, dugaan ini sebagai penebus dosa2 kami atau mungkin ada hikmah yang akan kami perolehi kelak. 

Untuk itu, dari segi keselamatan keta baik si Kenari mahupun si Avanza kami sentiasa beringat. Semasa parking di mana2 [jika mengambil masa lama untuk tinggal atau parking yang tidak kelihatan pada pandangan mata], kami pasti akan stereng lock. Preventive Action. 

Betollah, kalo nak jadi, lilitla dawai penuh keta...nak hilang, hilang juga. Apa yang boleh buat usaha untuk kurangkan risiko kehilangan. cukup pengalaman lalu yang perit itu [kalo mok cik kayo, tak pe...anggap sedekah aje kat perampok tu]. Disebabkan mok cik tak berapa 'berWang', jadi nyumpah tak abis juga pada si Perampok tu dan sangat yakin bahawa idupnya tak kan senang dulu, kini dan selamanya.

Ok, kepada semua berhati2 dan sayangi la harta anda [keta tu liabiliti selagi lum abis bayor]. Memang agak tidak adil kepada pengguna seperti aku tapi dah tenyeh Hire Purchase Agreement masa beli keta, maka bersetuju la semua syarat maratnya kan?

:((((((  ))))):



Selasa, 10 April 2012

Maafkan Aku - Afee Utopia (Lagu Best Selalu di Suria.fm)




Setelah kau pergi tinggalah aku sendiri
Baru ku sedar semua pengorbanan mu
Selama ini ku tak peduli ku persiakan hidup mu
Keegoan ku ini memakan diri

Oooo…. Oooo….. Oooo….
Oooo…. Oooo….. Oooo….

L
Tuhan tolonglah kurindu dia
Kembalikanlah asmara cinta mekar sewangi dulu
Ku harap engkau maafkanlah diri ku
Aku bersalah mempermainkan mu
Hingga membuat kau sensara

L
Berilah peluang untuk kali kedua
Akan ku buktikan kasih dan sayang ku
Terhadap mu

P
Mengapa dulu
Kau hancurkan hati ini
Mengapa engkau
Tak serius dalam cinta
Kenapa kini baru
Engkau menyesalinya
Sedangkan aku kini
Telah dimiliki

L
Berilah peluang untuk kali kedua
Akan ku buktikan kasih dan sayang ku
Terhadap mu

L 
Tuhan tolonglah kurindu dia
Kembalikanlah asmara cinta mekar sewangi dulu
Ku harap engkau maafkanlah diri ku
Aku bersalah mempermainkan mu
Ooo… Dalam sengsara

Selasa, 3 April 2012

AIR ASIA VS MAS

haaa... da abis ngomel Kota Kinabalu, Sabah hingga
 Part 3, now nak tukar citer bab airlines yang ada kat Malaysia ni.

Umum tahu, Air Asia pesaing utama kepada MAS dari segi faktor harga dan juga fasiliti yang ditawarkan. Untuk makluman, AirAsia telah memenangi Skytrax World's Best Low-cost Airline Award untuk 2007, 2009, 2010 and 2011 [3 tahun terakhir yang berturut-turut]

Makna kata lain, Air Asia juga telah pecah monopoli perniagaan penerbangan di Malaysia oleh MAS terdahulu sehingga membolehkan ramai rakyat tempatan menggunakan perkhidmatan udara yang dahulunya sering dikaitkan dengan golongan yang 'ada-ada' aje yang mampu menaiki kapei teghebang :)

Apa isu nak diperkatakan di sini? Main hub AA terletak di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dengan beralamat pendaftaran di Petaling Jaya dan Ibu Pejabat di KLIA. Tidak ada rasa banggakah kamu sebagai rakyat Malaysia?

Sekalipun kamu rasa bangga dengan adanya Air Asia di Malaysia, ia mungkin tidak kekal lama. Sebab?

SEBAB di Malaysia masih terdapat ramai individu yang tidak bertanggungjawab ke atas harta hak milik awam seperti  TANDAS. SEBAB lagi ramai individu kurang hormat menghormati dan kurang adab apabila berada di tempat awam yang SESAK. Kedua-dua elemen ini telah mencacatkan airport Air Asia dan kecacatan itu berpunca dari segelintir masyarakat kita. Dua perkara ini dah cukup membuatkan aku kurang berminat untuk mendapatkan lagi perkhidmatan Air Asia 
[melainkan jika tiada pilihan lain].

Tidak dinafikan bahawa fasiliti airport AA agak ketinggalan berbanding airport MAS [boleh diumpamakan macam stesen bas yang 1st class] tetapi ini berpadanan dengan kos yang ditawarkan. Malang sekali perkhidmatan yang berpadanan dengan kos yang ditawarkan ini telah dicacatkan oleh TANDAS yang KOTOR dan manusia yang suka potong Q dan berebut2 untuk masuk boarding area [macamlah flite tu just touch down and then sapu aje passenger mana yang ada, take off balik...
bongok ka apa].

KOTOR sangatkah tandas airport Air Asia? Lazimnya aku tak pasti, tetapi berdasarkan experience aku yang terbaru ini, memang kotor [weekdays je pun, kalo weekend ntah macamane]. Berdiri di muka pintu utama nak masuk toilet pun, baunya...aduuuu.. [toilet si sudin hafal skrip dalam Seniman Bujang Lapok lagi bersih gamaknye]. Jika di airport KK, siap ada 'CIK T' a.k.a CTikuz berkeliaran dalam tandas. Mak aii...mujurla aku ni bukan penggeli kepada spesis itu. Kalo tak, mahu melompat2 aku.


Semoga dengan artikel aku ini dapat memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada semua pembaca blog ini termasuk diri aku sendiri. Jika ada kekurangan atau ketidaktepatan fakta, boleh tinggalkan komen untuk dikongsi bersama. Tata titi tutu :)





Isnin, 2 April 2012

KOTA KINABALU, SABAH - PART LAST


Malam akhir di KK, Bella & Fidot bawak aku dan Izan ke sesi Karoks. Bersama kami, ada 3 orang lagi kawan Fidot. Memula segan jugak, tetapi mereka ini sangat sporting dan akhirnya aku dan Izan layan jugak 'menSUMBANGkan' beberapa buah lagu. 4 jam weh karoks. 
Pertama kali!!!Kihkih. 

Nak citer kat sini, si Nur Ishabella a.k.a Bella ini sangat berbakat rupanya. Dia ne memang TOP 10 program realiti Astro : ON AIR. Terpegun bah melihat dan mendengar dia melontarkan suara untuk pelbagai jenis lagu. Melayu kah, omputeh ka..seeeemuaa sedap belaka untuk didengarin oleh cuping ku ini. Gagagaga. Serius sis, u memang talented! Good luck for ur future career!! 

Untuk teman2, sila ikuti Program On Air di Astro setiap malam rabu ya. Believe me, uols tak akan menyesal vote for her bcoz she's educated and really talented.

Khamis petang da selesai kerja2 odit, kami bergegas ke kedai jual seafood frozen. Ini perkara wajib kerana anakanda Erfan memang request nak lobster. 

Ok lah, malas lak nak sambung nuleh ne..enjoy aje la gambar2 ne ye??

Scallops frozen

Baby Lobster Frozen

Meals ataih flite...sama aje menu masa pegi ritu.

I + oder, hot chocolate :) [ alangkah bagus kalo sebelah i ne mamat ensem yang boleh dibawak borak2, sekali dpt mamat kertu derrr]

Isabella in Punjab suits. Suwit kan dia??

Nah, 2 ekor ini bernilai RM 80.00

Tengok si Nejad, geli2 pulok dia.

Scallop yang da di cuci dengan asam limau. Yang ini sekilo RM 50.00. Tapi aku amek 1/2 kilo aje.

Scallop masak sambal

Baby Lobster masak butter cream.







KOTA KINABALU, SABAH - PART 2

Malam mula kitaorg makan di Tanjung Lipat. Di sini terkenal dengan makanan laut dan jugak SAYAP ayam panggang/bakar. Kedudukan menghadap laut, cuma masa kitorg pegi cuaca kurang elok, hujan. Jadi makan dalam kedai aje la. Oh ya! KITAORG? Kami bertuah kerana ada kawan yang bantu bawak kami jenjalan iaitu Bella dan Fidot. Jika sebelum2 ini datang aku tak sempat blanjer diorg makan sebab diorg ni bab membayar mcm ERL, cepat benor ke kaunter. So untuk kali ini, awal2 lagi aku dah pesan...aku nak belanjae diorg. Baru senang hati bila mereka bersetuju, jika tak mahu kurang selesa kan?


Malam kedua, family Bella ajak makan sama2 di sebuah kedai seafood. Kedai ni memang famous di KK dan untuk aku sendiri dah lebih 3 kali ke sini. Cuma kali ini kami tidak digalakkan memilih Lobster dan Kerang kerana sekarang ada fenomena laut merah gitu. 

INFO dari http://www.anastasyea.com : Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah ! Sebenarnya tak la misteri mana pun. Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom. Oleh it, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.

Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya. Walaubagaimanapun, makanan laut dari seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.


Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.


Jadi kami punya menu malam itu Ketam; Udang; Fish Cake; Kerapu; Siput Tarik; Sayur. Tak sempat amek gambar sebab makan pakai tangan. Hahaha :))



Posing ngan IZAN di lobi hotel sebelum kluar makan malam

aii... bz pasal plat number keta baru kerr??

Makanan yang dihidangkan di sini, di ambil dari kolam2 ini la.

Tengok! King Lobster RM 32.00/ 100gm Kalo yang kitaorg beli baby lobster yang frozen RM 95/kilo.Untung weh kalo niaga kedai makan kat sini.   

Lepas makan malam, kami ke pasar malam di Kampung Air dan yang berdekatan hotel kami inap. Kemudian, sebelum balik hotel, kami singgah minum2 di Anjung Senja sambil berborak.

Nah... sampai sudah ke bilik untuk beradu. Tengok saja pintu bilik da terbayang keasyikan beradu di dalam sana.

KOTA KINABALU, SABAH - PART 1

Hamboi... tajuk entri siap ada 'part' pulak. Cam banyak benor nak nuleh ne :)

Ok. Start dengan xtvt sebelum ke sana la ye. Aku g KK Senin. Sabtu parent in law datang umah, saje nak jumpe & main2 ngan cucu (Erfan dan Nejad). Jumaat aku cuti untuk beli dan sediakan keperluan tamu nak datang. Sabtu malam juga ada sedara singgah bermalam di rumah kerana ada event di PICC. Pendek kata masa hujung minggu agak padat. 

Walaupun penat, tapi puas hati bila tamu yang datang hepi dan selesa. Dah hampir 10 tahun kawin, baru taw ayah mertua penggemar Asam Pedas Melaka. Unexpected juga sebab sebelum ni ayah asyik pulun kari aje. Dek terpandang satu buku resepi kat umah aku tu la, ayah bersuara...zaman muda dulu ayah memang suka AP Melaka. Memandangkan tiada aktviti luar malam itu, aku pun bergeas ke pasar untuk cari ikan nak dimasak AP. Ikan merah x de, jadi ada Ikan Pari fresh gitu, apo laeii rembat ajo yo. Pergh..kelicinan AP yang dimasak malam itu.

Sebelum ke KK, aku sediakan beberapa lauk untuk dijadikan stok dalam peti. [Memang rutin aku begini, kalo outstation mana2 aku akan simpan stok lauk dlm peti untuk memudahkan suami uruskan makan minum dirinya dan anak2. Kerana suami kurang gemar keluar makan kat kedai]. 

Aku masak pun simple aje. Untuk kali ini, aku masak Kari Udang Kacang Panjang; Kari Ayam; Ikan Kembong Masak Taucu; Sambal Sotong; Ayam Masak Merah; Goreng Sayur Campur dan Sup Sayur. Terpulang pada suami nak makan yang mana dulu. Suami hanya perlu masak nasik dan panaskan lauk yang dibekukan dalam peti. Jadik, aku yang dikejauhan nanti tak perlu risau makan minum mereka yang di umah kerana da ada makanan. If diorang nak lebih, agak2 la suami nak tambah goreng nugget ka sosej ka. Kalo dia rajin, dia bawakla budak2 g kedai [i don't think so bcoz suami ku tak cerewet pasal makan. Yang dititik beratkan kebersihan masa memasak dan persekitaran tempat makan, dan itu dia boleh perolehi di rumah sendiri]

Aku bergerak ke LCCT -+ jam 10.30 pagi. Selepas check in lugage, aku dan opismate Izan @ rehezanjamal@blogspot.com bersantai di Coffee Bean. Sebenarnya saja kami memilih Air Asia kerana macam aku dah biasa layan MAS. Cuma selepas ini jika outstation lagi, aku akan kembali ke MAS. Kenapa? Kerana persekitaran di Airport LLCT sangat tidak memuaskan terutamanya keadaan yang padat dengan manusia dan toilet yang kotor. Cukup bagi 2 sebab untuk tidak memilih Air Asia [kalo urusan kerja la, sbb ada pilihan MAS atau Air Asia...if travel sendiri masih kena amek AA sebab kos murah lagi kan..heh].


Sampai KK dalam hampir 4 petang dan terus pergi check in di Hotel Imperial Boutec. Tedahulu aku memang pernah lepak sini. Sekarang hotel ni dah berwajah baru. Agak cantik dengan konsep baru yang agak moden walaupun bilik yang agak kecil.

Bilik yang kitaorg tinggal +- sehari semalam

Aku ne agak memilih hotel bila outstation dan jika boleh mahukan bilik yang ada bath tub dan buffet yang variety. [Bukan selalu weh, sekali sekala memanjakan diri... ape salahnye]. Jadi di Imperial aku tak dapat kedua2 ini. 

Lantas hari kedua aku ngajak Izan bertukar hotel. Kami bertukar ke Le Meridien, kerana aku memang pernah ada experience dok situ. Lagipun rate hotel within bajet kami. Tak moh pusing2 lagi cari lain, terus ke Le Meridien dan kebetulan ada kosong dan boleh terus check in pagi [8.30 pagi..means tak perlu tunggu tghari]. Apa lagi, bergegas gi check out di Imperial terus ke hotel pilihan hati ini.

Ku ingin kembali lagi ke sini bersamanya jika berkesempatan :)

Bunga segar menyambut kedatangan kami

Bunga segar yang ditukar

Bilik yang kami inap

antara deco yang aku gemari

Kami memilih seaview.. sangat cantik. Boleh tgk laut, sunset, pasar Philipine dan kemeriahan tapak pasar dek payung2 yang dipasang.

Bilik mandi idaman ku [tunggu la masuk umah sendiri nti, ini wajib kena ada]

Lagi deco dalam bilik mandi


Waww!! Terselit di pintu bilik invitation card. [kitaorg tak pegi pun sbb bz memborong]
Dah masuk bilik, borak2 kejap... debuumm. Tido :))))


LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :