Sabtu, 19 Februari 2011

TEORI R.A.H.M.A.N

Perkongsian maklumat kali ini akan menyentuh Teori Nama Perdana Menteri Malaysia yg dikatakan mengikut turutan R.A.H.M.A.N:

R: Tunku Abdul Rahman
A: Abdul Razak
H: Hussein
M: Mahathir
A: Abdullah Badawi
N: Mohd Najib


Berikut antara penjelasan yang agak similar dikalangan forumner/bloggeer bagi teori di atas dan sinonimnya dengan realiti yang berlaku (aku copy n paste dan menambah mana yang perlu ikut pandangan sendiri):

1) Teori Konspirasi:
Ini semua dah dirancang oleh barat.(mungkin bile melihat siri dokumentari The Arrival,kita bersetuju dengan teori ini)


2) Kebetulan aje sama:
Haa yg nie mungkin teori paling senang nk percaya.(bagi mereka yang tidak gemar berfikir)

3) Pemimpin2 atasan (PM yg dulu2) terpengaruh:
Dieorang nie terpengaruh dgn teori nie so, sbb tu la dieorng akan carik pengganti dgn mengikut kaedah ni.(hanya PM2 dulu saja boleh tolong jawab)

4) Ramalan Hamba Allah yg Kasyaf:
Katanya mungkin Ulama'2 atau orang2 dulu yg mendapat ilham/petunjuk dari Allah S.W.T mengenai hal ini (wallahualam)

5) Andaian oleh orang2 biasa yg suka bergurau:
Sekelompok orang awam yang suka berborak semasa lepak dengan kawan2, membangkitkan isu ini sebagai topik perbualan untuk didebatkan 

Seterusnya, persoalannya sekarang:

1) Apakah teori baru yang akan digunakan selepas teori R.A.H.M.A.N?

    a) Mungkin selepas ini A.B.D.U.L.R.A.Z.A.K; H.U.S.S.E.I.N; M.A.H.A.T.H.I.R; A.B.D.U.L.L.A.H dan N.A.J.I.B? (Kalau diambil asas teori bagi setiap nama penuh pemimpin,panjang nama panjangla era teorinya)

    b) Selepas N.A.J.I.B, apa teori selepas itu?

Kesimpulannya, aku ingin mencari fakta yang kukuh berkenaan teori R.A.H.M.A.N ini... siapa boleh bantu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :