Rabu, 23 Februari 2011

ALKISAH...LUKISAN PEMANDANGAN TAHUN 1

Alkisah, Isnin lepas anak sulung ku Erfan dan rakan sekelas 1 Hamka telah diminta melukis pemandangan mengikut imaginasi masing2 sebagai kerja rumah.

Selepas makan malam, Erfan mula menyiapkan kerja sekolahnya. Apabila siap, dia menunjukkan kepada ku. Lalu aku bertanya satu persatu gambar yang dilukiskannya itu.

Boleh dikatakan 99% peratus tepat gambaran persekitaran rumahku menuju ke sekolah. Ternyata dia prihatin dengan persekitarannya. Daripada bangunan appartment, jalanraya yang mempunyai 'zebra cross' & signage, pokok, awan dan lain2 objek asas. Hanya satu yang membuatkan aku tertanya2 kenapa di tepi jalan ada objek 'Rumah Banglo'. Saiz lukisan itu menunjukkan 'Rumah Banglo' itu sgt kecil dan tidak membawa maksud ada banglo di tepi jalan yang mempunyai ruang yang terhad.

Lalu aku pun bertanya.."mana ada banglo kot umah kita.Ni abg tengok banglo kat mana"

Dengan yakin anakanda tercinta ini menjawab "ade..masa ayah bwk keta, kita nampak ader tulis 'rumah banglo untuk dijual'..

Hmm,baru aku perasan ada satu poster begitu telah dilekatkan pada satu tembok kecil berhampiran sekolahnya itu..Sememangnya, dia begitu prihatin!

Moral lain yang boleh dipelajari, salah lokasi untuk membuat pengiklanan juga boleh menyampaikan mesej yang salah kepada golongan anak2 yg baru mengenal dunia.

:))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :