Isnin, 21 Februari 2011

JALAN OH JALAN...


Aku tidak perlu menunggu setahun 2x untuk raya,sebaliknya hampir hari2 aku menemui raya.

Jalan Raya & Lebuh Raya.

Aku sedar, cukai jalan yang dikenakan ke atas Kenari ku itu agak ciput (bagi mereka yang ber'wang)... tetapi, aku telah mematuhi undang-undang untuk membayar cukai tersebut. Untuk itu, aku berhak untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan beberapa JalanRaya di sekitar KL ini.

Paling menyakitkan hati, lopak yang merata2 di tengah jalan yang boleh mencacatkan rim kereta burung ku itu. Selain itu, agak kerap juga aku menemui para pekerja yang rajin 'make up' jalan tak kira awal pagi semasa orang awam ingin masuk pejabat mahupun, ketika lewat petang semasa orang awam ingin pulang ke rumah. Mereka ini agak rajin, tetapi tidak pasti samada mahu menyalahkan Pengurus Operasi atau Pemilik yang syarikat.

Terdahulu, aku yang pernah bekerja dengan syarikat 'construction' mempunyai sedikit pengetahuan tentang pengaturan kerja2 yang melibatkan kawasan laluan awam. Pengurus Operasi syarikat akan memastikan kerja2 pembaikan atau yang berkaitan tidak mengganggu orang awam. Fokus pelaksanaan kerja akan dilakukan di luar waktu puncak. Bukan hanya untuk kerja2 pembaikan/ menaiktaraf jalan raya tetapi untuk pedestrian walk, pemasangan bollard dan sebagainya juga perlu diteliti akan waktu pengoperasiannya. Untuk keselamatan baik para pekerja yang terlibat mahupun orang awam.

Namun aku agak bersyukur, setiap hari aku beraya tidak lagi pernah aku temui jalan2 seperti di bawah ini.






Jadi aku nak 'komplen' banyak pun serba tak kena, kerana aku masih punyai sifat bersyukur akan jalan2 raya yang aku pinjam... hu hu





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :