Isnin, 28 Februari 2011

DALAM SEJARAH... (28 FEBRUARI 2011)

Isnin, 28 Februari 2011 merupakan hari yang amat mencabar dan penuh dengan chooobaan.

Seawal pagi, agak kelam kabut..dek ngantuk sgt terlewat tido malam ahadnya(layan Merlin),jadi bangun pagi Isnin short masa 10 minit... Seperti biasa masak nasi; buat bfast dan bekal utk putera ku...cuma ada extra satu task,iaitu memotong kuku adiknya pula..jika tak jadi ghuper kuku hantu nanti. Alkisah, Jumaat yang lalu terlepas nak memotong..eheh heh.

Chobaan pertama, bila masuk keta baru teringat touch n go x reload lagi..n x sure de berapa baki...untuk pergi kerja perlu melalui 1 tol. Jadi amek pilihan utk Q di lane Tunai. Bila tiba turn aku...

"dik..bole tlg scan TnG akak tak..mungkin cukup kot". Dengan gelabah aku buat le mimik muka yg ala2 adnan sempit. Mana taknye, bila tgk purse duit suma 50 hengget! Kira punya kira syiling,hmm..time ni la syiling x cukup..kalo x cukup 50 sen aku ok lagi la..ni tak cukup 5 sen je, de!!!

"maaf le kak, sini x de reader..."sopan dak neh jwb..nasib aku baik..kalo dpt yg kerek sure aku kena sound..x pe,salah aku pun.

"hmm kalau akak bg 50 hengget leh tukor ndak?"

"pun x de kak..."

"ala..mcmana neh ek..." Bertambah poyo le muka aku masa tu wasernye...tetiba super 'visa @visor dak tu kebetulan masuk kaunter dak tu terdengar percakapan kami...lalu dia menyampuk..

"cik..x pe je...jalan je dpn x de barrier pun.."katanye sambil ngeyit mater.

"ho?eheh heh..x per...saya ade syiling..cuma x cukup je..nah dek, kurang 5 sen aje..len kali akak byr extra. tq ek.." Aku bg je mana yg ada pd adek td..selamat.


Choobaan kedua semasa blk opis lepas lunch, di parking lot keta yang tidak berbumbung yang pastinye panaaass aku telah kenyanyukkan bentar...

sebenarnye lately ni otak byk memikiow...dengan rilek serileks nye aku kuar keta dengan membiarkan enjin n aircond yg masih idup. Wat makluman, remote alarm keta ku dh lebih 3 bulan wasernya rosak...dh ganti bateri..masih x ok gaks..dan dok bertangguh tak pegi-pegi lagi kedai nak repair. jadi kena guna manual le..itu yg lajak kuar, tekan central lock then manual kunci la kasik..dlm masa yg sama kepala dok memikir, nak naik solat sebb kang 2.30ptg de mtg..

dlm 6-7 tapak,member opis tegur.."oit, ko tak tutup enjin ke"..aduh..sudah...so pelbagai usaha nak mencongkil ape yg patut...alih2 lebih setengah jam berlalu, tingat le sorang member yang ala2 mat motor..kot la otai ni taw kekdah sonang nak nyungkil.. atas pertolongan sowang otai ni, dia antor member dia meh tlg bukak...solosai... Alhamdulillah...

Choobaan kali ketiga...
Hari ni kuar opis agak lewat..hari ujan dan ada la skit hal keje.. lebih kurang 6.30ptg, baru bergerak cargas..dek kegelapan semakin mampir...dan takut ujan lebat kembali..maka bergiatlah operasi mencilok sana sini nak lari jem..

masuk MEX hway dah lega sbb dlm tu Insyaallah la, jaghang jaghang jem..masuk terus Putrajaya. Bila dh slow down pas kuar MEX, baru aku terasa cam pelik ngan keta aku..berat semacam je..dlm ati..ni suma sal RON95 la neh..lambat 'pikap'...tapi makin lama makin berat siot! Sampai 1 traffic light tu, aku buka tingkap utk tinjau tayar depan..kiri n kanan..hoccay jer..hmmm.."keta orang blkg kot"..he he

Lepas je traffic light tu, aku dh rasa x leh nak ngontrol dh keta..asik nak menyenget je...aku pun benti..check. Ya Allah Ya Rabbi...Alhamdulillah, mujur x meletop ka atau tersadai dlm MEX td.. tayar belakang upernye...hangit..merekah..terkopak.. ntah x reti nak describe camne rupenye..tp bolehla kot nak disamakan ngan muka sorang mamat yg suke ngaco aku..huh...walaupun dia ngaku dia ensem..ramai pompuan minat..hmm,de aku khesah?(Ni menci tahap gaban tau).

Memandangkan dh dlm Putrajaya, aku kol le hubby..(siang td nye kes..dh setel baru gtau dia..bkn pe x nak nti dia susah ati n kelam kabut nak ngantor kunci spare kat opis aku). so tak lama kemudian, hubby dtg n tukar ngan tayar spare...

dh tukar baru perasan angin tayar spare x de,so kol adik mtk tlg antor pam basikal yg ade kat umah..then pam skit, pastu hubby bawak g petrol stesen untuk pam perfectly.

Dan aku, bawak le Avanza hubby.. Kemudian, smpi umah.. dek keletihan,x larat lew nak masak...jadi kol aje pizza. Hubby smpi umah, kami pun menjamu selera dlm kepenatan bersama..sian abg! Skrg dia pun dh tido,  sebelum tu kasik segelas susu omega plus agar badan lebih segar...aku ngantuk gak neh..tp sbb x sabar nak share pengalaman hari ni..jadi ngadap lappy dulu ler....hu hu...

Kesimpulannya,setiap yang terjadi ada hikmahnya.. Apa-apa pun aku nak berterima kasih pd adek jaga tol; Mr Harul dan my beloved hubby. O ya..tak lupa Dato' Basri yang sanggup berpanas... drpd semat berkemeja, telah bertukar macho ber't-shirt pagoda...thanks juga pd yg lenlain yang cuba membantu.. ZuZu, LaLa, NaNaz, Parid n lenlain... pastinya ini antara kenangan yang berlaku yang x akan dilupakan..

Jumaat, 25 Februari 2011

Kitalah Orang Ketiga

Perasaan itu bagai bayu yang menyapa
Lembut damai menyusuk ke jiwa
Pertemuan itu walaupun hanya sekali
Semacam kesannya di hati

Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan

Mengapa harus berjumpa
Setelah kita berpunya
Kenyataan ini pahit rindu ku luka yang perit
Mengingati dan memuja dari kejauhan saja
Kitalah orang ketiga
Tapi kenyataan yang wujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan

http://www.youtube.com/watch?v=Th5dWzY0epk

Khamis, 24 Februari 2011

Knowledge Sharing (1)

Knowledge Sharing (1)

The Millau viaduct is part of the new E11 expressway connecting Paris and Barcelona and

Features the highest bridge piers ever constructed. The tallest is 240 meters (787 feet)

High and the overall height will be an impressive 336 meters (1102 feet), making

This the highest bridge in the world.


Architect for this bridge is Sir Norman Foster.


Macam tak berani je nak drive kat sini..hu hu

Knowledge Sharing (2)

Question:
"How deep is the deepest sea?"
Jonas from Amsterdam, Holland

Answer:
The deepest known spot on the planet is called the Challenger Deep, found at the bottom of the Mariana Trench east of the Philippine Islands in the Pacific Ocean. Sounding of the depths in the Mariana Trench measure 11,033 meters (36,198 feet). This is approximately 2180 meters (7152 feet) deeper than the tallest mountain on the Earth抯 surface, Mount Everest (8,846 meters: 29,022 feet)! (Source: NOAA)

Rabu, 23 Februari 2011

ALKISAH...LUKISAN PEMANDANGAN TAHUN 1

Alkisah, Isnin lepas anak sulung ku Erfan dan rakan sekelas 1 Hamka telah diminta melukis pemandangan mengikut imaginasi masing2 sebagai kerja rumah.

Selepas makan malam, Erfan mula menyiapkan kerja sekolahnya. Apabila siap, dia menunjukkan kepada ku. Lalu aku bertanya satu persatu gambar yang dilukiskannya itu.

Boleh dikatakan 99% peratus tepat gambaran persekitaran rumahku menuju ke sekolah. Ternyata dia prihatin dengan persekitarannya. Daripada bangunan appartment, jalanraya yang mempunyai 'zebra cross' & signage, pokok, awan dan lain2 objek asas. Hanya satu yang membuatkan aku tertanya2 kenapa di tepi jalan ada objek 'Rumah Banglo'. Saiz lukisan itu menunjukkan 'Rumah Banglo' itu sgt kecil dan tidak membawa maksud ada banglo di tepi jalan yang mempunyai ruang yang terhad.

Lalu aku pun bertanya.."mana ada banglo kot umah kita.Ni abg tengok banglo kat mana"

Dengan yakin anakanda tercinta ini menjawab "ade..masa ayah bwk keta, kita nampak ader tulis 'rumah banglo untuk dijual'..

Hmm,baru aku perasan ada satu poster begitu telah dilekatkan pada satu tembok kecil berhampiran sekolahnya itu..Sememangnya, dia begitu prihatin!

Moral lain yang boleh dipelajari, salah lokasi untuk membuat pengiklanan juga boleh menyampaikan mesej yang salah kepada golongan anak2 yg baru mengenal dunia.

:))

Isnin, 21 Februari 2011

JALAN OH JALAN...


Aku tidak perlu menunggu setahun 2x untuk raya,sebaliknya hampir hari2 aku menemui raya.

Jalan Raya & Lebuh Raya.

Aku sedar, cukai jalan yang dikenakan ke atas Kenari ku itu agak ciput (bagi mereka yang ber'wang)... tetapi, aku telah mematuhi undang-undang untuk membayar cukai tersebut. Untuk itu, aku berhak untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan beberapa JalanRaya di sekitar KL ini.

Paling menyakitkan hati, lopak yang merata2 di tengah jalan yang boleh mencacatkan rim kereta burung ku itu. Selain itu, agak kerap juga aku menemui para pekerja yang rajin 'make up' jalan tak kira awal pagi semasa orang awam ingin masuk pejabat mahupun, ketika lewat petang semasa orang awam ingin pulang ke rumah. Mereka ini agak rajin, tetapi tidak pasti samada mahu menyalahkan Pengurus Operasi atau Pemilik yang syarikat.

Terdahulu, aku yang pernah bekerja dengan syarikat 'construction' mempunyai sedikit pengetahuan tentang pengaturan kerja2 yang melibatkan kawasan laluan awam. Pengurus Operasi syarikat akan memastikan kerja2 pembaikan atau yang berkaitan tidak mengganggu orang awam. Fokus pelaksanaan kerja akan dilakukan di luar waktu puncak. Bukan hanya untuk kerja2 pembaikan/ menaiktaraf jalan raya tetapi untuk pedestrian walk, pemasangan bollard dan sebagainya juga perlu diteliti akan waktu pengoperasiannya. Untuk keselamatan baik para pekerja yang terlibat mahupun orang awam.

Namun aku agak bersyukur, setiap hari aku beraya tidak lagi pernah aku temui jalan2 seperti di bawah ini.






Jadi aku nak 'komplen' banyak pun serba tak kena, kerana aku masih punyai sifat bersyukur akan jalan2 raya yang aku pinjam... hu hu





Sabtu, 19 Februari 2011

10 TABIAT MEROSAKKAN OTAK!

Perkongsian maklumat berkenaan amalan yang kita tidak sedari boleh merosakkan ota...

1.Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya
kurang aktif.
2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak! yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan     oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,perbincangan yang membina boleh menambah  keberkesanan kecerdasan otak kita.






















TEORI R.A.H.M.A.N

Perkongsian maklumat kali ini akan menyentuh Teori Nama Perdana Menteri Malaysia yg dikatakan mengikut turutan R.A.H.M.A.N:

R: Tunku Abdul Rahman
A: Abdul Razak
H: Hussein
M: Mahathir
A: Abdullah Badawi
N: Mohd Najib


Berikut antara penjelasan yang agak similar dikalangan forumner/bloggeer bagi teori di atas dan sinonimnya dengan realiti yang berlaku (aku copy n paste dan menambah mana yang perlu ikut pandangan sendiri):

1) Teori Konspirasi:
Ini semua dah dirancang oleh barat.(mungkin bile melihat siri dokumentari The Arrival,kita bersetuju dengan teori ini)


2) Kebetulan aje sama:
Haa yg nie mungkin teori paling senang nk percaya.(bagi mereka yang tidak gemar berfikir)

3) Pemimpin2 atasan (PM yg dulu2) terpengaruh:
Dieorang nie terpengaruh dgn teori nie so, sbb tu la dieorng akan carik pengganti dgn mengikut kaedah ni.(hanya PM2 dulu saja boleh tolong jawab)

4) Ramalan Hamba Allah yg Kasyaf:
Katanya mungkin Ulama'2 atau orang2 dulu yg mendapat ilham/petunjuk dari Allah S.W.T mengenai hal ini (wallahualam)

5) Andaian oleh orang2 biasa yg suka bergurau:
Sekelompok orang awam yang suka berborak semasa lepak dengan kawan2, membangkitkan isu ini sebagai topik perbualan untuk didebatkan 

Seterusnya, persoalannya sekarang:

1) Apakah teori baru yang akan digunakan selepas teori R.A.H.M.A.N?

    a) Mungkin selepas ini A.B.D.U.L.R.A.Z.A.K; H.U.S.S.E.I.N; M.A.H.A.T.H.I.R; A.B.D.U.L.L.A.H dan N.A.J.I.B? (Kalau diambil asas teori bagi setiap nama penuh pemimpin,panjang nama panjangla era teorinya)

    b) Selepas N.A.J.I.B, apa teori selepas itu?

Kesimpulannya, aku ingin mencari fakta yang kukuh berkenaan teori R.A.H.M.A.N ini... siapa boleh bantu...

Jumaat, 18 Februari 2011

Salam Perkenalan

Asalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hajat untuk mempunyai blog sendiri tercapai juga dan insyaallah aku akan sentiasa kemaskini blog ini dengan pelbagai info. Barangkali, blog ini akan mengandungi maklumat jika bukan semasa,sudah pasti akan ku selit unsur2 sejarah @ kenangan lalu...yang pasti semua informasi di sini bertujuan untuk perkongsian minda@maklumat yang positif bagi menjana kognitif yang mantap!

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :