Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara tercinta Malaysia yang ke 56 tahun.
Memang sewajarnya kita bersyukur hidup di Malaysia. Dalam bersyukur, pandang seketika ke belakang... saat tok nenek kita berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Demi masa depan anak cucu cicit piut piat bagai. Kita2 neh la woi! Hahaha...
Jom layan beberapa gambar 'hiasan' yang sedikit sebanyak menggambarkan kehidupan sebelum merdeka. Zasss!!!
Dek kerana perjuangan mereka, kita...anak2 kita hidup aman damai. Bagaimana kegembiraan dan senyuman anak2 kita ini boleh dibeli? Senyuman dan kehidupan hari ini telah dibayar oleh keringat darah tok nenek kita. Mahukah pula kita menjualnya?
Sehingga terjadinya sejarah baru... kenderaan2 ini berada di jalan2 persekutuan.
Apakah maksudnya?
Maksudnya, telah berlaku ancaman terhadap keamanan yang kita miliki. Sehinggakan berlakunya pertempuran dan pertumpahan darah pembela tanahair.
Mereka tinggalkan keluarga mereka...demi agama, bangsa dan negara.
Di saat mereka menggadai nyawa...kita masih lena tidur di malam hari (siang hari pun ghamai yang sakan berdengkuq), kita bebas ke sana sini bekerja dan beriadah. Pagi pi keja, tengahari pi karok, malam pekena kopi abuk ngan kengkawan, hujung minggu bersantai ngan keluarga. Alhamdulillah.
Untuk itu, beringatlah wahai sahabat sekalian...
Kita pastinya tidak mahu menumpang di tanah tumpahnya darah kita. Jangan dijual harta tanah milik kalian, jangan digadai maruah bangsa demi kekayaan yang menuntut hak kita sebagai galang gantinya serta jangan, jangan dan jangan pernah lupa diri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Adat dikelek, agama dijunjung...seiring menuju kejayaan sejati. Insha Allah.
>> Aku tidak terpegun kerana harta benda milik mu kerana ia hanya sementara cuma. Aku juga tidak terpana dek cinta mu yang menjanjikan pelbagai mimpi indah kerana cinta manusia itu bisa berubah. Aku hanya berpaut pada ilmu, akhlak dan keperibadian mu kerana asas itu meyakinkan aku...lantas aku akan berdoa dan terus berdoa...dia yang ku miliki tidak hilang asas itu, jati diri lelaki yang 'merdeka'. Berdoa, hanya itu yang aku mampu... Wallahu'alam <<
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan