Jumaat, 30 Ogos 2013

Ulangtahun Kemerdekaan Ke 56 Tahun


Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara tercinta Malaysia yang ke 56 tahun.

Memang sewajarnya kita bersyukur hidup di Malaysia. Dalam bersyukur, pandang seketika ke belakang... saat tok nenek kita berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Demi masa depan anak cucu cicit piut piat bagai. Kita2 neh la woi! Hahaha...

Jom layan beberapa gambar 'hiasan' yang sedikit sebanyak menggambarkan kehidupan sebelum merdeka. Zasss!!!





 
 Dek kerana perjuangan mereka, kita...anak2 kita hidup aman damai. Bagaimana kegembiraan dan senyuman anak2 kita ini boleh dibeli? Senyuman dan kehidupan hari ini telah dibayar oleh keringat darah tok nenek kita. Mahukah pula kita menjualnya?





 Sehingga terjadinya sejarah baru... kenderaan2 ini berada di jalan2 persekutuan.
Apakah maksudnya?


Maksudnya, telah berlaku ancaman terhadap keamanan yang kita miliki. Sehinggakan berlakunya pertempuran dan pertumpahan darah pembela tanahair.


Mereka tinggalkan keluarga mereka...demi agama, bangsa dan negara.

Di saat mereka menggadai nyawa...kita masih lena tidur di malam hari (siang hari pun ghamai yang sakan berdengkuq), kita bebas ke sana sini bekerja dan beriadah. Pagi pi keja, tengahari pi karok, malam pekena kopi abuk ngan kengkawan, hujung minggu bersantai ngan keluarga. Alhamdulillah.

Untuk itu, beringatlah wahai sahabat sekalian...


Kita pastinya tidak mahu menumpang di tanah tumpahnya darah kita. Jangan dijual harta tanah milik kalian, jangan digadai maruah bangsa demi kekayaan yang menuntut hak kita sebagai galang gantinya serta jangan, jangan dan jangan pernah lupa diri. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Adat dikelek, agama dijunjung...seiring menuju kejayaan sejati. Insha Allah.

>> Aku tidak terpegun kerana harta benda milik mu kerana ia hanya sementara cuma. Aku juga tidak terpana dek cinta mu yang menjanjikan pelbagai mimpi indah kerana cinta manusia itu bisa berubah. Aku hanya berpaut pada ilmu, akhlak dan keperibadian mu kerana asas itu meyakinkan aku...lantas aku akan berdoa dan terus berdoa...dia yang ku miliki tidak hilang asas itu, jati diri lelaki yang 'merdeka'. Berdoa, hanya itu yang aku mampu... Wallahu'alam <<

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selasa, 27 Ogos 2013

Jamuan Hari Raya JKKP 2013


Halooo...

Jumaat lepas opis aku wat jamuan raya peringkat jabatan. Mcm biasa, opis aku kalo wat event memang gempak n meriah sebab request by KP n also team mate yang terlibat yang superb dlm bekerjasama. Tema tahun ne (ade tema lagi kau!) adalah RIMBA RAYA. Jom layan gambar (sekarang saya adalah malas nak menaip, sekian...tutup kurungan.


Dah tema rimba, harus ada flora n fauna nye. Ghimau n panda antara yg 'hadir'

eceh...menari2 pulak abang kita nee...

Setting table utk VIP

Rakyat jelata boleh pilih dok atas kerusi atau bersimpuh/bersila kat tikor

Bersama Dato' KP dan Datin nye

Ini adalah bos baru aku yg comel... satu batch ngan HB aku

WiF bos kosa dua, comel n hensem...kot, hikss...dua2 baru kat DOSH

Yang terjelir ne bos aku jugek, org lama la jgk kat DOSH. Pegawai popular plak tu! Ngeee

Haa...ne member duet aku masa meeting pengarah yg lepas. Sempoi orang nye. Pengarah salah satu bahagian kat DOSH.

Gambar makanan tak de ker? Tak sempat amek sbb dok sambut timang tetamu n bz record bideo org karok. Semua makanan masuk terus ke perut tak sempat snap. Sowi nek lowi :)

Untuk tahun ne yg berlainan sikit, kami anjurkan Anugerah Pegawai yg ade 5 kategori spt berikut :

Anugerah Pegawai Stylo
Anugerah Pegawai Ceria
Anugerah Pegawai Bising
Anugerah Pegawai Serius
Anugerah Pegawai Popular

Undi dibuka 4 hari sbelum majlis dan masuk lam kotak undi. Memang meriah. Bos aku yg terjelir tu dpt Anugerah Pegawai Popular. Jadi sape nak award ne tahun depan kena rajin menjelir...wakakaka...Guraw2 jerrrr


Ok...dats olllll...babaiiiii





Khamis, 22 Ogos 2013

Aktiviti Musim Cuti Raya Aidilfitri 2013

Salam Aidilfitri buat semua....

Masih dalam mood raya ker? Opcoz la...aku tak pueh makan lemang lagi ne. 
Jumaat ne jamuan raya jabatan, lemang jd target utama! Good luck!

Ok, raya kali ne kami blk kampung di Taiping Perak pagi raya. Gerak dari rumah dalam jam 4 pagi. Sempat solat raya kat kampung. Kami kurang bertandang umah sedara mara sebab belah mertua ada 2 org adik tak berapa sihat ( eksiden + bersalin ). Lepak layan tamu je kat umah ( aku lagi suka kot dr jenjalan umah org...hehe). Pastu balik kg mak jenguk abg aku kat Pantai Remis dan sempat juga berjalan ke Penang (plan nak g byk tmpt g tp tk smpt sebab rata2 jalan jem stoberi). 

Ok la nak citer banyak maleh teman nak menaipnya. Jom layan gambo....zasssss!


Encik suami agih2kan duit raya. Lega...duit raya tuk bdk2, anak buah dia n anak buah aku dia yg sediakan. Lap u lah darling!!!Muahhh seribu kali.

Sedikit sebanyak gambo masa raya pertama yg sempat snap. Aku pakai bj raya kejap je..kul 12 thari tukar uniform, masuk dapor...hehe

Jenjalan kat Penang, singgah Batu Feringgi


Berkurun lamanya (muhong btol)...org dok cerita yg spesel kat Tepeng adalah Mee Udang Mak Jah. Ne 1st time kami terai...ekekek.

Anak2 buah hb aku memang suka kalo aku layan gambar depa...naaa. Sonok bebeno bila ummi long bagi muka ye.

Ummi Long : Buat bintang semuaaaaaa.

Senam seni di petang hari....

cibok je cucu 3rd bongsu tu...tak line up plak dia. babap kang!

beriya erfan...poyos tol, mcm...apaknye kot! ahaks...amponnn...


terjumpe gambo lama...ecececeeehhh!

selit sket gambar baru....mengade!

Dah, aku benti jap hapdet blog ne sebab hold keja re org jabatan...nak sambung balek. 

Oh ye, kelmarin encik HB aku kasik duit rayee...eheh biase la tu, aku dpt duit raya pas cuti raya. katanye kalo bg awal2 aku akan belanja mcm org dpt 10 bakol durian runtuh, pastu wallet dia aku wat mcm aku punya...wahahaha... tenkiu again lalingg :)

OK BYE!



LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :