Khamis, 29 November 2012

Pantang Larang Aku Kat Umah


Uuuumang aii! Tetiba je pulak tajuk pantang larang, dah kenape?

Idok ape-apenye weiii... Saje untuk dikongsi bersama dalam mendidik disiplin kita kat rumah.

Secara ringkas berikut merupakan perkara-perkara yang aku amat tidak gemor a.k.a pantang larang la kiree :

  1. Tudung, baju, tuala atau apa2 bentuk kain yang tidak berkenaan disangkut sewenang2nya di kerusi meja makan, sofa ruang tamu, kabinet tv, tepi tingkap [Aku nak sangkut la kat penyangkut baju dalam bilik atau masuk je bakul baju kotor kalo tak mau pakai da].
  2. Mesti clear ya tuan2 dan puan2. Tiada kain yang bersangkutan
  3. Makanan atas meja makan. Hai dah kenape sampai makanan tak boleh ade atas meja makan. Idok...gini maksudnya, bior le makanan duduknya atas meja makan masa nak makan aje. Bila dah habeh makan, tak gheti2 nak kemeh ke? Kalo ada baki makanan, amek le simpan kat dapur. Kat dapur pun jangan le bersepah2 terdedah jugak [Aku suka masak cukup untuk sekali makan, maknanya tak dak lebihan makanan. Next meals masak yang baru. Cuma kadang2 ade jugak tak habis, kalo banyak masuk periuk balik atau kalo rasa tak mau makan da tapi sayang nak buang aku masuk tupperware dan simpan dalam freezer. Tiba masanya, terdesak boleh la hadap kalo tak ke tong la jawabnya...tapi ini jarang la terjadi].
  4. Comforter set bilik ne aku beli kat Nilai 3 dengan harga RM28 aje.
    Boleh la, buat tukar2.
  5. Katil bersepah. Dah tu kalo bangun tidor tak gheti2 nak kemeh ke yong...yeop? Tak kisahla bangun pagi ke tengah hari ke petang ke malam ke...opss!!Malam??? Ginila, aku nak pastikan katil tu kalo tak digunakan maknanya bukan masa tidur..ianya hendaklah kemas. Cadar tarik tegang-tegang, alaskan dengan comforter bior sedap mata memandang...ala2 katil hotel gitew la..kan molek. tak perlu nak membeli set comforter memahal...nun kat Nilai berlambak jual semurah RM30/set. Boleh la nak pakai belasah. Untuk hari2 tertentu baru la pasang yang mahei sket. Ye dok?
  6. Sebahagian pakaian kerja. Kemeja pun perlu sangkut berlipat
    kecuali kalo dah iron, kena la sangkut tak berlipat.
  7. Baju dalam almari bersepah. Peliz la, susun leklok ikut jenis pakaian la. Seluar,  t-shirt, kain pelikat/batik, tuala etc. [Aku selalu bising kat herox2, sebab nak baju yang bawah main tarik je...abis jatuh yang atas tu. Aku ajar suh angkat dulu yang atas letak tepi, amek baju yang nak pastu letak balik baju yang tak mau pakai elok2. Setakat ne, Erfan boleh mematuhinya...Nejad??? Uufhhh, budak ne la yang bagi kerja tambahan untuk ummi dia mengemas 'lemari' dia]. Untuk baju kerja aku n suami...pastinya bersangkut leklok dalam lemari. Contoh mcm kat atas ye.
  8. Dapur masak kotor. Haa....sebab tu aku kureng gemor masak ramai2. Sebabnya, lepas masak...sebelum makan, aku akan lap dapor masak, lap dekat dinding yang terpecik bahan masak dsb. Selalunya, periuk n kuali pun siap dibasuh dan disimpan, baru aku leh makan dengan aman.
  9. Contoh bekas sudu garfu.
    Kat umah aku warna kelabu, tak sampai RM5 pun.
  10. Pingan mangkuk sudu garfu bersepah kat sinki. Jenis aku, lepas makan terus basuh pinggan segala dan keringkan dan susun terus kat rak pinggan/ cawan. Sudu garfu senduk semua tu, pastikan lap kering dan susun dalam bekas yang disediakan. Ini wajib. Kadang-kadang Erfan selamba jugak basuh sudu terus masukkan dalam bekas sudu. Apo laie...den suh dia lap semula sudu tu termasuk sudu2 lain yang 'terbasah'. Ajar na...jgn tak ajar. Contoh mcm gambar ye.
  11. Peti bersepah. Pun aku tak suka. Kalau ikan, ayam, bahan2 masakan yang baru beli dan belum nak masak aku akan susun dalam bekas baru masuk dalam peti. Tak suka main masuk dalam peti dengan plastik2 masa beli tu.

Oklah, cukup dulu la pantang larang aku kat umah. Jika ada kebaikan kat situ, follow la ye. Kalo rasa tak n tak berminat nak follow pun tak pe. Cuma jika diteliti, itu antara perkara asas yang nak kena jaga dan bentuk disiplin kita. Check it out!!!


Jumaat, 16 November 2012

Aku Seadanya...


Nak layan lagu pojiah??? Klik link neh....


..::.. AKU SEADANYA - FAUZIAH LATIFF ..::..

Tiada pernah sekali kau bertanya
Tiada kau ungkiti kisah lama
Menulikan telinga
Memejamkan mata
Menerima ku seadanya

Kau meletakkan diriku ini
Di sana nun di puncak nan tertinggi
Namun ku menyedari hakikat diri
Tak layak berada di sisi

Kau permata berkilauan tiap ketika
Di mana pun ditempatkan kau bercahaya
Sedang aku hanya kaca
Kehadiran tak ketara
Walau sering digilap
Sering tak terserlah

Pengalaman kehidupan di masa lalu
Tiada beza sejarahmu sejarahku
Kerana kau di persada
Aku di sini di lurah
Pandangan manusia pada kita tak serupa

Aku seadanya...
Aku seadanya...



Khamis, 8 November 2012

Duri Terlindung ..::.. Nike Ardilla





 
 

Mempunyai Seorang Teman Seperti Mu
Seumpama Duri Menikam Hati
Biar Serupa Hakekatnya Berbeda
Hilang Kejujuran Sering Kau Ucapkan
Sewaktu Dulu...

Pemikiran Kita Yang Sering Bertentangan
Menjadikan Hidup Tak Sehaluan
Jalan Akhirnya
Adalah Perpisahan
Yang Akan Dapat

Memberi Suatu Kesan Yang Mendalam

Didalam Ketiadaanku
Hilanglah Dosa Menghindari
Diri Dan Hatimu Yang Simpati
Dengan Apa Sudah Kau Lalui


Sementara Ada Orang Tuaku

Aku Bersama Doa Yang Tak Henti
Agar Sadar Dari Mimpi
Yang Tiada Menjadi Pasti...


Aku Menjadikan Diri
Satu Kenangan Yang Paling Hitam
Yang Tak Mungkin Aku Lupakan Dimana Kau Berada




Rabu, 7 November 2012

PERDANA LIBRARY OPEN DAY WIF TUN DR MAHATHIR


Hello semua!!!

Aku happy giler hari neh.

Aku berpeluang hadiri event
YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ok jom kiter main citer2 panjang sket naa...

Bila dapat taw ada event bersama TDM dalam Putrajaya, aku terlebih excited nak join. Ade jugak ajak kwn2...tp masing2 ada tugas yang perlu diselesaikan. Ajak juga HB aku tp dia bz naw ngan meeting.
Ahh, tak kisah...sorang pun aku sanggup redah.

Aku kol urusetia tanya sesi bersama TDM jam brapa. Dia bgtaw jam 4 dan kul 3 registration. Apa lagi, kul 2.30 ptg aku dah tercongok kat sana. Sampai awal, parking senang dan kaunter daftar pun da buka...daftar n booking seat then aku g solat Zohor.

Aku mencari seat yang paling hampir dengan laluan TDM [aku taw la dia masuk kot mana sebab sebelum ne penah dtg ngan x-bos aku...dia byk guide aku camne nak cari ruang utk lihat TDM dgn dekat...itu budinya yang tak mungkin aku lupa dan akan ingat sampai aku mati...huhu].

Memula aku pilih kerusi paling kiri row ke6...depan byk kosong lagi tp kalo depan sangat tak best...mcm mendongak je nanti. Kemudian aku nak pindah row ke5 dan serentak itu satu guy nak seat tu jugak. Guy ne org luar, then aku kasik chance kat dia n patah balik dok kat seat asal aku td...tapi kemudiannya dia panggil duk kt seat yang aku nak n dia dok sebelah kanan aku.

Then mula la sesi pengenalan..eceh ceh ceh.... memandangkan dia ne org luar n maybe i can get sumting info from him...dengan senang hati aku layan borak ngan dia.

Speaking London la sebab dia tak pandai ckp Melayu. Asal dari France...opis dia kat JB n dtg KL staying Hilton PJ.

Memang rancak kami borak, lantak la broken tak broken English aku janji dia paham aku cakap apa dan aku paham dia cakap apa ye tak? Nengokkan orangnye aku fikir aku salah dengar dia kata dari France sebab muka ala2 Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari [Pakistan/Timur Tengah].

Then beberapa kali aku trap dia untuk repeat asal, n btol la asal France. Dia siap tunjuk dalam handouts yang urusetia bagi tu ada gambar kawan dia yang biasa jadik translator untuk TDM bila interaksi dengan guest berbahasa French. And he told me that TDM doter has married wif his bestfren.

Kul 4 petang gitu TDM masuk ke audi dan aku dapat bersalaman dengan beliau. Ya Allah, sungguh tenang melihat wajah pemimpin ini, berbeza sungguh rasa jika nak dibandingkan nengok muka al juburi. Sesungguhnya kami rakyat Malaysia masih memerlukan mu TDM.

Kemudian TDM bagi ucapan dan seterusnya merasmikan majlis. Content ucapan TDM banyak berkaitan dengan event ne. Secara ringkas TDM sekali menekankan pentingnya bahasa Inggeris. Tak perlu gah bebenor bahasanya, memadai apa kita cakap orang paham dan orang cakap kita paham.

Malah TDM mengakui beliau bermasalah masa belajr dulu dari segi grammar, verbs etc. Tapi TDM baiki penguasaan bahasa Inggerisnya melalui membaca buku2 berbahasa Inggeris. Beliau juga lahirkan rasa terkilan apabila Matematik dan Sains tidak diajar dalam bahasa Inggeris. Nanti ada masa aku detailskan sket ucapan TDM ye. Entri kali ne lebih nak citer experience terkini aku jumpe TDM.

Selesai majlis, masa TDM nak kluar audi, sekali algi aku dapat salam dengan beliau dan selang sorang aku selamba mengiringi beliau keluar. Hikss!! Sesuka hati kan???

Sampai area lobi orang memang ramai dok tunggu TDM, da start orang hulur buku untuk dapatkan tandatangan TDM. Aku pun sama, dan dapat la juga tandatangan TDM untuk 2 buah buku yang aku bawak.

Selepas simpan buku dalam beg, aku ikut lagi blkg TDM...masa nak amek tandatangan TDM aku nonong tinggalkan budak France tadi...then jumpe balik. Dia menyelit jumpe TDM..speaking English + French, betul la..TDM pun ingat dia... kira dia tak tipoo la. Then aku amek kesempatan tu ulur camera aku kat dia mtk tlg snap. Keadaan mmg crowded giler...orang pun dok mengasak...dapat la dia snap 2 gambar aku dengan TDM. Thanx ya buddy :)

Aduh...penat la tulis panjang2....jom layan gambar la pulak....zassss!!!



Stage backdrop


TDM sampei


My idol


TDM nak kluar audi

Masa ne aku nyelit nak amek gambar :)
TDM tgh nak sign buku peminat2 beliau

alamak...France guy dpt snap gini je sebab org dok ngasak n tolak dia...
ok la buddy... masa ne, aku cuit lengan TDM nak mtk snap gambar satu...
TDM alwiz smile i told u beb!

Tengok...berduyun woo orang kerumun TDM. Al Juburi ade??? Eilek lol!!!

Buku2 ne la aku bawak untuk dapatkan tandatangan TDM


Taraaa...TDM da sign!!!

Inilah France Guy a.k.a Shaker (sound gitu la)


Ade soklan ttg that France guy??? Setakat di majlis tu je...mmg dia mintak contact no. tapi pepandai la aku ngelat. Seramah-ramah aku tak de la mudah2 aje tabur contact no.

Bior le kita neh orang pompuan jinak-jinak merpati : "Makan di tangan, ditangkap kita lari"

Alhamdulillah...rezeki Allah berikan pada aku hari ne. Tun Dr. Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia masih memerlukan mu. Semoga TDM sentiasa beroleh keberkatan kesihatan dan panjang usia.

Amin.




Berbengkel di Port Dickson


30 Oktober 2012, jabatan aku menganjurkan satu majlis anugerah dan aku terlibat sebagai jawatankuasa protokol dan tetiba pula diarah menjadi usherer kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia. Umang aii...tak sempat cari baju baru, pakei aje mane ade :




Tema Pakaian : Korporat, black n white

Malam tu jugak ade artis jemputan iaitu favourite singer Dato' Maznah, Azharina yang femez ngan lagu Elegi Sepi tu. Sedap dia bawak lagu live. Comei lak tu, macam hanak fatung!!!


31 Oktober 2012 pula  mula bengkel yang mana aku bertindak sebagai urusetia di Corus Paradise, port Dickson. Memandangkan Hb aku kena duty kat parlimen, jadi aku bergerak ke PD hanya kamis pagi. Rabu malam tu, my opismate Cik Fiza (my Bos M41), Qairil a.k.a Q dan Mia yang cover kerja untuk aku...thanx buddies!

Jom la layan gambar2 kami berbengkel :


Backdrop la sangat!!! Aih, da x de hotel lain yang available...
janji keja jalan, kan?

Cik Fiza n Q (member seurusetiaan..hiksss)

Mia n me :)

Umang aii...seriusnye kami!!!

Ini pun dah hari last baru sempat snap gambar


Bilik aku, ngadap laut...damai ati melihat ciptaan alam yang tiada tandingannya...
Hanya Allah SWT Maha Pencipta.


Swimming pool dia lawa, tp tak bawak swimming suit plak.
Kalo bawak pun tak sempat terjun pun sbb hari2 kul 12 mlm abis keja...hahaha

Itu aje la latest update dari aku..ntah nape skang mood untuk hapdet blog sangat merudum!!!

Tata titi tutu....


LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :