Rabu, 18 Julai 2012

UmmiErfaNejad Yang Kurang Sihat


Sakit??? Apakah???

Gini, dipendekkan citer hari ni da masuk hari ke 11 aku sakit2 leher + bahu + lengan. Bukan main2 nye sakit macam muscle pain tu, ne dalam nun terasa nyucuk2. Ngeri!!! Skrg bole update blog sbb ada masa santai..da makan ubat.. kurang sakitnya + siang xtvt tidooo saja.

Ada teman memberitahu, dia tlg tanyakan sorang ustaz based on my name n my mother name...nape aku gini. Ustaz tu kata 'ada menda' dok kt aku...huhu, scary mak!

Aku juga telah berurut dengan seorang bidan, tapi pas urut menggigil aku nahan sakit...lagik teruk beb.

Sudahnya aku kembali jumpe doktor [private, memula dulu jumpe doktor Kerajaan...ubat yg dikasi tak bagi effect positif pun]. Doktor syorkan aku jalani x-ray.  Semalam aku pun ke spital Putrajaya...ding dong ding dong [besa la hospital Kerajaan, masa nunggunya lebih lama dari masa jumpe doktor]...aku diberi tarikh untuk bertemu pakar pada 30.7.2012..dua minggu lagi la. Untuk tempoh tu, aku kena tahan n makan ubat yang ada.

Itulah kisah sakit ku kali ne. Tak menahan, pas makan ubat yg private klinik bagi tu aku muntah2 pening gila2 punya. Bila kol semula doktor tanya mmg gitu ke effect ubat tu? Huh, rupanya2 pembantu farmasi dia silap tulis instruction...makan ubat sebelum makan..sepatutnya SELEPAS makan. Gelong! Aku saman kang baru taw...[aih, sakit2 pun nak saman orang? Ye meh,bahaya taw! Tapi sebab dah  besa ngan doktor kinik ne n servis dia pun puas ati, x de la nak saman...gertak aje...]

Kesimpulannya gini lah, adakah :-

1) Benar ade 'menda' dok kat aku sampai sakit2 gini [boleh jadi juga sbb dua minggu suda aku blk kg + jem teruk n ade benti tepi hway dalam +- 1 pagi... Wallahu'alam]; atau

2) Mungkin gangguan pada saraf yang berpunca dari :

    - tahun 2000 aku pernah eksiden..aku bawak motor n terbabas kat stadium Shah Alam... tapi x de la teruk mana...terhumban ke tepi jalan je..sikit je lagi nak jatuh gaung stadium tu; atau

    - tulang belakang pernah kena inject masa nak deliver Nejad [epidural]...besau ke tak besau jarum tu, sampai sekarang berbekas lagik]; atau

    - aku ade ngangkat barang berat tanpa aku sedar 'keberatannya'..boleh jadik bcoz aku mmg agak lasak dlm xtvt harian, terutamanya on weekend aku kuar beli brg dapor sensorang aje..taw2 dah balik dgn berjinjit beg...untuk itu, aku kena cari mini troli untuk bw brg2 pas ne [troli yg ade kt umah ne besaw naa].

Apa2 pun, tunggu saja x-ray n result pakar 2 minggu lagik... jika treatment doktor tidak membawa perubahan, aku akan cuba dapatkan rawatan cara Islam pula di Darul Syifa. Insyaallah.

Sesungguhnya sakit itu sebenarnya ujian Allah SWT buat aku.

Tika membayangkan sesuatu yang buruk berlaku pada aku, amat risau membayangkan keadaan keluargaku. Pada suami dan anak2, selama aku sihat...makan minum pakai mereka aku yang jaga. Makan minum, mereka boleh dan merasa kepuasannya di rumah lebih dari di kedai. Pakai, mereka hanya menyarungkan pakaian yang telah sedia digosok...begitu juga keperluan lain2...boleh dikatakan telah tersedia. Mungkin suamiku seorang yang independent, boleh bergerak n sediakan keperluannya sendiri, tapi untuk anak2 aku kurang yakin anak2 aku bole dapat seperti mana ummi mereka sediakan, jauh sekali nak dapat yg lebih baik.

Ya, mungkin ada suami yang tidak terasa akan ketiadaan isterinya dan dia juga amat yakin dpt melakukan yg lebih baik dari isterinya...ya betol, tapi betol HANYA untuk sang suami yang memiliki isteri yang GAGAL melaksanakan tanggungjawab seorang isteri.

Cukuplah dulu coretan kali ini... Jika ada ehsan, doakan agar blogger Ummierfanejad ini kembali sihat dan aktif seperti sediakala. Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :