Rabu, 25 Julai 2012

Sampai Hujung Nyawa ~ Purple






Tidak pernah
Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercinta

Aku bagaikan tak percaya
Bila kau melafazkan
Kau cinta kepadaku

Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu
Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang

Rinduku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Betapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa

Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...


Demi Kasih Sayang ~ Dato' CT




Lupakan aku saja
Dari kaca fikiran
Andainya bersamaku
Engkau tidak bahagia

Aku bukannya insan

Ingin cinta percuma
Sehingga aku sanggup menantimu
Walau berabad lama

Cintaku bukan kerana harta

Cintaku tidak kerana paras rupa
Sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
Bersama-samamu

Demi kasih sayang

Yang aku pertahankan
Sanggupku meniti
Malam tanpa mimpi
Aku berdoa kita dapat berdua
Hingga ke akhir hayat
Untuk selama-lamanya

Aku bukannya insan

Ingin cinta percuma
Tetapi aku sanggup menantimu
Walau berabad lama


Ahad, 22 Julai 2012

Alhamdulillah...Selesai Hari Pertama Puasa Ramadhan


Syukur Alhamdulillah, nikmat berpuasa pada hari pertama Ramadhan sangat berlainan. Terasa rugi jika x dpt berpuasa [sgt berdoa tidak kena sakit puan pada hari pertama Ramadhan..hehe].

Pada tahun ne juga dugaan agak kuat berbanding tahun sebelum ne. Kenapa? Kalo msih ingat entri sebelum ne, pasti ingat yang aku kurang sihat. Walaupun da masuk kerja macam biasa, tapi sakit masih ada..sekali skala menjadi2 ia menyucuk2 [saat ne terasa seram sejuk menggigil mcm orang demam..tp kalo g doktor...kompom dia kata x demam].

Sekarang pun masih kurang sihat. Alhamdulillah, dengan bantuan ubat tahan sakit dan diizinkan Allah AWT, dapat la tahan sakit untuk beberapa jam. Jika bulan tak puasa, makan ubat 3 kali sehari...selepas makan... means bfast, lunch n dinner.

Macam semalam, makan ubat tahan sakit selepas sahur...jadik lebih kurang dalam kol 2 gitu da mula la terasa sakitnya...cuba lawan dgn buat xtvt masak n ngemas sikit2...mujurlah membasuh dan melipat kain telah selesai buat lepas sahur tadi. Jadi tidak la byk kerja2 umah nak buat di siang hari. Sehingga jam 6 ptg gitu, mencapai tahap maksima...aku berbaring dan berselubung aje dlm comforter...nak kata sejuk tidak...tp rasa selesa begitu. Alhamdulillah, akhirnya bertahan hingga ke azan Maghrib dan selesai puasa hari pertama aku. Lepas berbuka, makan la ubat tahan sakit tu...cuma sebab dah melewati beberapa jam waktunya..kesan ubat agak lambat. Lantas, aku tido awal smlm, dan bangun Isyak dalam jam 12 tgh malam gitu [malam pertama dpt terawih berimamkan suami, malam kedua..dia berterawih seorang, sian...tp sungguh x larat sgt mlm td].

Sekarang memasuki hari kedua, sementara bertenaga lagi..selepas sahur rumah telah selesai disapu dan mop.  Carpet yang tertumpah beberapa kali ayor milo Nejad juga telah dibasuh [jenis yg boleh basuh sendiri..muat2 dia aje dlm mesin tu]. Jap lagi, mau gerak ke pasar mencari bekalan barang dapor untuk seminggu...semua kena buat segera sblm tghari kerana bimbang...sakit nti, ape pun x dpt buat.. :(

Tuhan ku, Ya Allah... semoga diberi penawar bagi sakit ini. Jika ubatan moden bukan penawarnya, berikanlah petunjuk pada hamba Mu yang sangat dhaif ini. Amin...




Rabu, 18 Julai 2012

UmmiErfaNejad Yang Kurang Sihat


Sakit??? Apakah???

Gini, dipendekkan citer hari ni da masuk hari ke 11 aku sakit2 leher + bahu + lengan. Bukan main2 nye sakit macam muscle pain tu, ne dalam nun terasa nyucuk2. Ngeri!!! Skrg bole update blog sbb ada masa santai..da makan ubat.. kurang sakitnya + siang xtvt tidooo saja.

Ada teman memberitahu, dia tlg tanyakan sorang ustaz based on my name n my mother name...nape aku gini. Ustaz tu kata 'ada menda' dok kt aku...huhu, scary mak!

Aku juga telah berurut dengan seorang bidan, tapi pas urut menggigil aku nahan sakit...lagik teruk beb.

Sudahnya aku kembali jumpe doktor [private, memula dulu jumpe doktor Kerajaan...ubat yg dikasi tak bagi effect positif pun]. Doktor syorkan aku jalani x-ray.  Semalam aku pun ke spital Putrajaya...ding dong ding dong [besa la hospital Kerajaan, masa nunggunya lebih lama dari masa jumpe doktor]...aku diberi tarikh untuk bertemu pakar pada 30.7.2012..dua minggu lagi la. Untuk tempoh tu, aku kena tahan n makan ubat yang ada.

Itulah kisah sakit ku kali ne. Tak menahan, pas makan ubat yg private klinik bagi tu aku muntah2 pening gila2 punya. Bila kol semula doktor tanya mmg gitu ke effect ubat tu? Huh, rupanya2 pembantu farmasi dia silap tulis instruction...makan ubat sebelum makan..sepatutnya SELEPAS makan. Gelong! Aku saman kang baru taw...[aih, sakit2 pun nak saman orang? Ye meh,bahaya taw! Tapi sebab dah  besa ngan doktor kinik ne n servis dia pun puas ati, x de la nak saman...gertak aje...]

Kesimpulannya gini lah, adakah :-

1) Benar ade 'menda' dok kat aku sampai sakit2 gini [boleh jadi juga sbb dua minggu suda aku blk kg + jem teruk n ade benti tepi hway dalam +- 1 pagi... Wallahu'alam]; atau

2) Mungkin gangguan pada saraf yang berpunca dari :

    - tahun 2000 aku pernah eksiden..aku bawak motor n terbabas kat stadium Shah Alam... tapi x de la teruk mana...terhumban ke tepi jalan je..sikit je lagi nak jatuh gaung stadium tu; atau

    - tulang belakang pernah kena inject masa nak deliver Nejad [epidural]...besau ke tak besau jarum tu, sampai sekarang berbekas lagik]; atau

    - aku ade ngangkat barang berat tanpa aku sedar 'keberatannya'..boleh jadik bcoz aku mmg agak lasak dlm xtvt harian, terutamanya on weekend aku kuar beli brg dapor sensorang aje..taw2 dah balik dgn berjinjit beg...untuk itu, aku kena cari mini troli untuk bw brg2 pas ne [troli yg ade kt umah ne besaw naa].

Apa2 pun, tunggu saja x-ray n result pakar 2 minggu lagik... jika treatment doktor tidak membawa perubahan, aku akan cuba dapatkan rawatan cara Islam pula di Darul Syifa. Insyaallah.

Sesungguhnya sakit itu sebenarnya ujian Allah SWT buat aku.

Tika membayangkan sesuatu yang buruk berlaku pada aku, amat risau membayangkan keadaan keluargaku. Pada suami dan anak2, selama aku sihat...makan minum pakai mereka aku yang jaga. Makan minum, mereka boleh dan merasa kepuasannya di rumah lebih dari di kedai. Pakai, mereka hanya menyarungkan pakaian yang telah sedia digosok...begitu juga keperluan lain2...boleh dikatakan telah tersedia. Mungkin suamiku seorang yang independent, boleh bergerak n sediakan keperluannya sendiri, tapi untuk anak2 aku kurang yakin anak2 aku bole dapat seperti mana ummi mereka sediakan, jauh sekali nak dapat yg lebih baik.

Ya, mungkin ada suami yang tidak terasa akan ketiadaan isterinya dan dia juga amat yakin dpt melakukan yg lebih baik dari isterinya...ya betol, tapi betol HANYA untuk sang suami yang memiliki isteri yang GAGAL melaksanakan tanggungjawab seorang isteri.

Cukuplah dulu coretan kali ini... Jika ada ehsan, doakan agar blogger Ummierfanejad ini kembali sihat dan aktif seperti sediakala. Amin.




Khamis, 12 Julai 2012

BEGINI CARANYA



Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu

Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu

Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku

Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu

Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu

Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu

Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu

Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku

Caranya bagi diriku



Jumaat, 6 Julai 2012

I am Red Lady???


Apsal plak tetiba jadik Red Lady?.... baca kat bawah ne.....


Salam Ceria untuk semua :))) 

Wow!! Triple smiley gitew, apsal?

Biase la, hari Jumaat kan...sok cuti dan malam ne nak balik kampung. 

Semalam cuti, aku sakit kepala a.k.a migrain. Lately ne memang kerap sakit kepala, mungkin kena tukar spec baru... huhu, ini yang aku tak suka. [also ada plan nak beli contact lens yang ade kaler skit..hehe].

Semalam juga da dapat swift baru. Dek kerana sakit kepala + aku puasa [Nisfu Syaaban], tak de la masa nak g ngetest si merah tu. Sekarang pun masih ade saki baki migrain tu, mata masih terasa sengal... [sebab tu aku kompom punca migrain ne dari mata].

Kenapa tetiba tukor keta? Sungguh... x de langsung dalam perancangan tahun ni. Pada asalnya Hb yang teringin benor nak tukar Avanza dia kepada kereta sedan. Aku masih sayang lagi ngan Kenari tu dan 2 bulan sudah baru je servis baek punya sebab ade licking skit dan lagi condition Kenari aku masih cun!

Nak jadik cerita, bulan lepas sebelum n selepas g JB si Avanza itu buat manja...servis total about RM3k jugak la plus ganti suma tayar dan absorber bagai. 
Jadik Hb sayang pulak nak tukor Avanza. 

Jadik dia mulakan aktiviti provokasi kepada binik dia neh... katanya nanti tunggu lama2 harga Kenari makin rendah..nak trade in keta baru nti rugi... kalo simpan nanti [konon dedulu la nak kasik Erfan], dia kata masa tu Kenari da outdated... bla bla bla.. dia pun offer nak tak tukor je Kenari tu. Dia offer dia bayar duit muka [also ape2 expenses nak kasik kuar keta baru] dan..hehe, dia nak tambah elaun bulanan binik dia.

Hmm, kurang waras la kalo aku tak setuju. Ding dong ding dong...aku pun rece la keta ape yang aku minat. Mungkin aku ne penggemar compact car dan terus la aku sebut Swift. Dia pun setuju, lantas menonong aje kami g showroom Suzuki. 

Hasilnya, trade in Kenari wif RM15k. [Seyes, kalo aku orang kaya aku x tolak kenari tu...huhu]. Masa nak serah Kenari pada salesman tu, berlinang jugak la air mata.

Untuk itu, jemputlah layan gambar2 di bawah ini ye :)


Sang Kenari ku Sayang ~ 2005 - 2012

Tools kit n fire extinguisher yang masih elok

Semi leather seat taw!!

Tengok, masih elok kan?

Pengganti Kenari ku...menyalakan?

ID... biasala compact car je kan?

Amek yang full spec... beza RM10k dari yang standard, tapi berbaloi...

Seterusnya aku nak share experience beli keta gini, kena rece beberapa showroom. Showroom pertama yang kami pegi agak besar berbanding showroom yang kami closed deal. 

Tapi dek kerana sikap salesman dia yang kerek dan suka condemn kereta lain2 jenama, kami abaikan la dia. Boleh dia kata orang yang beli Nissan Sylphy adalah buta matanya. Pastu berlagak lak cakap dia punya sales utk Swift ne senang2 je dia jual 5 bijik sebulan. Kalo dah senang, apsal ko dok chase aku n tanya ape offer showroom 1 lagi bagi... Dah tu, nak nipoo kami desak suh amek Standard nya bcoz boleh upgrade mcm GLX dengan cost hanya RM3k. Of course kami tak setuju, keta baru beli nak kena antor bengkel untuk upgrade bagai... lebih selamat amek ready full spec.



Itulah, amek pengajaran, jangan condemn keta orang. Suka hati la orang tu nak pakai keta jenama ape pun, dah itu pilihan dia. Masing2 ada citarasa dan kemampuan sendiri. Ko sebagai salesman sepatutnya advise client dengan lebih berhemah.

Bukan nak puji Mr Sam dari Showroom di Tmn Connaught, Ceraz tu... dia tak condem langsung keta jenama lain utk buat perbandingan. Malah dia juga tak gesa suh amek yang GX, client da minat GLX dia support aje. 

Bila tanya tentang upgrade wif RM3k, dia kata...dia tak tau mcmana boleh dpt kos macam tu sbb kunci aje RM1k. Dashboard n reflectable side mirror n lain2 spec...mau dekat atau lebih RM10k. Yang best dia cakap, dia tak mau tanya apa showroom lain offer, tapi dia nak tau apa yang kami nak. So ape lagi, kami mintak tinted [full glasses], pedal lock [pas ne tak yah pakai stereng lock, lebih smart dan tak perasan pun sekali pandang..kalo buat sendiri dalam RM300 jugak], rubber carpet mat dan full tank petrol. Kalo dikira lebih RM1k jugak nilai semua mendealah tu kalo buat kat luar sendiri.

So, bermulalah episod antara Red Lady [Gelaran adik aku kasik] ngan Swiftnya.

Ikutkan hati, mau sangat bawak orang2 yang kita sayang pusing2... pendek kata mahu berkongsi perasaan keta bau kedai... tapi kita mau, tak semestinya kita dapat... orang2 yang kita sayang mungkin dok bz, bila kita jenguk..tiada kesempatan untuk bersama pula... untuk itu, serahkan saja pada takdir. Niat baik, Insyaallah..baik jadinya. 

Apa2 pun, minggu ne kami nak balik kampung untuk menjenguk keluarga di sana dan memberi peluang mereka merasa kereta bau kedai ne. Harap, mereka dapat luangkan masa hujung minggu yang singkat bersama kami.


** pada new owner kepada Kenari ku sayang itu, jaga bebaik si comel itu. Ada jodoh..eceh, jodoh!! Kita akan bertemu...




Sekadar Di Pinggiran :: Francisca Peter




Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja

Biar aku pendam duka


Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...


Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...



Selasa, 3 Julai 2012

Dejavu


Perkongsian maklumat.



Pernah tak anda mengalami sesuatu peristiwa, dan anda merasa seolah-olah anda pernah melalui peristiwa tersebut sebelum ini. Dan adakalanya ia berbeza sedikit daripada yang pernah anda alami.
 Fenomena ini dikenali sebagai Dejavu. Dan saya yakin ramai yang telah melaluinya. Percaya tak anda bahawa apa yang berlaku semalam, hari ini, besok atau lusa, telahpun berlaku beberapa kali dan akan berlaku lagi. Hidup ini umpama satu kitaran. Semua kehidupan ini berputar mengikut paksinya. Dan akan terus berputar. Misterinya di sini, bagaimana tiba-tiba otak kita boleh mengingati apa yang belum berlaku seperti dalam fenomena Dejavu? 
Ada satu teori yang menarik yang ingin saya ketengahkan di sini.
Dejavu hanya berlaku apabila ada makhluk lain yang cuba mengubah time frame kita 
[adakah ini berkait rapat dengan doa seseorang kepada kita? Wallahu'alam]

Otak kita telah dicipta untuk mengenalpasti kehidupan ini sebagai satu garis yang lurus, jadi kita cuma nampak apa yang telah berlaku dan bukannya apa yang belum berlaku. 
Sedangkan makhluk ini hidup diluar time frame manusia. Ia boleh nampak apa yang berlaku esok dan seterusnya. Tindakan makhluk ini mengubah time frame kita adalah sama seperti manusia mengubah kedudukan pokok-pokok di laman rumah kita. 

Di alam kita, kita cuma boleh mengubah lokasi. Sedang di alam lain, mereka boleh mengubah masa kita. Menarik bukan? 

Namun dalam apa jua keadaan, yakinlah bahawa Allah SWT maha mengetahui segala isi alam dan kekuasaannya tiada tolok bandingnya. Yakini itu!


Berakhirnya satu Percintaan ::: Headwind

** lagu ne juga selalu dimainkan di Suria.fm...layanzzz!!!


Tak perlu kau nyatakan padaku
Curahan isi hati mu itu
Segalanya telah berakhir
Tak mungkin ku menerimamu

Hapuslah kenangan cinta lama

Angkara keterlanjuran cinta
Hentikan senda dan gurauan
Hanya menambahkan penyiksaan

Walaupun berat hati ku melepaskan dirimu

Itu sudah suratan takdir
Mungkin tiada kuntuman cinta
Jambangan kasih terkulai akhirnya
Berakhirnya satu percintaan



PUTRAJAYA FLORIA 2012


Amboi, link tak henggat... itu link ke web berkaitan Putrajaya Floria 2012 la.

Secara peribadi, aku bukanlah peminat fanatik bunga-bungaan ne. Aku hanya suka tengok, tak suka petik...makna kata biarkan saja bunga itu di pokoknya kerana di situ hayatnya lebih lama dan segar.

Aku ne minat untuk bercucuk tanam. Tanam pokok ulaman ke, bunga ke... cuma sekarang tak bole nak teruskan aktiviti itu kerana dok umah burung. 

Bab bunga pula, jika diberi pilihan...aku lebih suka bunga mawar biru dan carnation.

Biru yang mendamaikan

Lambang kehalusan perasaan

Untuk itu, jika ada yang berminat mahu berkunjung ke Putrajaya Floria 2012 adalah sangat dialu2kan... bagi sahabat handai yang berkunjung ke sana, dialu-alukan juga untuk singgah ke rumah, minum2 petang ke...but, plz inform me earlier ya!

Check it out babe!!




LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :