Rasanya tak banyak yang aku nak coretkan di sini. Hanya berkaitan perubahan schedule harian aku sahaja. Tentang kerja, aku masih tidak mahu komen kerana dalam proses 'mengenali hati budi'..cewah! Macam ayat artis-artis yang digosip aje..he he.
Ok la, gitau skit.. di opis & bahagian baru aku mempunyai seorang Pengarah Bahagian (Guy : M52); Timbalan Pengarah (Guy : M48 {difahamkan baru juga di sini selepas menjadi salah seorang org kanan Timbalan Menteri}hee..teringat plak kat x bos); Ketua Unit (Women : M 41); 3 orang N17; seorang N4 dan 3 orang N1. OK, cukup info itu buat kali ni... x nak komen byk bmbg tak adil sbb hati masih memenangkan tmpt lama!!ha ha
My life... sekarang everyday dpt extra tido setengah jam..yang mana masa bangun pagi adalah jam 6.00. Seperti biasa sediakan breakfast dan siap2 ke opis. Sebelum ke opis, aku n hubby amek anak sorang satu utk antor ke taska dan sekolah. Kemudian, masing2 drive ke opis.. dan aku perlu menapak jauh dari paking lot ke bangunan opis ku yang ku kira mengambil masa lebih kurang 5 minit (aku seorang yang berjalan dgn laju, jadi kalo yg jalan slow mungkin leh amek masa seploh minit!).
Kemudian, tengahari 12.30 aku suka jenguk ke cafe. Sini cafe berbeza ngan Zetro. Besar ala2 food court Jusco. Kedai banyak menu pun banyak. Pendek kata tak perlu keluar dr Parcel ni.. semua makanan ada. Cumanya bahan mentah utk masak lauk minggu neh aku dh beli jadi masak malam sebelumnye juga la aku utk lunch abiskan stok. Aku tapau skit sayur2 yg pelbagai pilihan kat sini. Jadi perancangan minggu depan aku tak perlu masak lauk untuk lunch sebab aku leh tapau kat cafe neh. Dalam jam 1, hubby akan dtg pick up me..then pick up Erfan dari sekolah, balik umah lunch bersama. Kami solat Zohor siap2 kat umah, pastu hantar Erfan ke transit dan hubby hantar aku semula ke opis...
Petangnya, aku kembali menapak ke paking untuk drive balik ke umah. Mcm biasa, jika hubby amek si adik..aku amek si abang...
Sampai umah seawal lebih kurang 5.40 petang dan selepas solat Asar aku sempat buat minum petang utk suami n anak2. Dan kemudiannya sediakan makan malam sebelum Maghrib. Jadi aku mempunyai sedikit lebih masa santai...seperti sekarang boleh berbloging on weekdays!!Ahaks!
Sekian, sehingga bertemu di coretan akan datang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan