Jumaat, 1 April 2011

Hari Kedua Terakhir Bertugas di Wisma Zetro

Hari ini adalah terakhir aku bertugas sebagai penjawat awam di MinDef dan JLKN khususnya.

Semalam opismates di Bahagian Perolehan telah mengadakan satu sesi yang cukup istimewa. Dua-tiga hari lepas aku memang telah menjangkakan ada sesuatu yg tengah dirancang oleh opismates.

Ada 2 org tu, bila lunch hour ilang..bila sms tanya ada dimana? Jawapannya..SINGAPORE.. wah, sempat tuh!! Sorang nie plak, dok bz telefon catering, bila tanya..oo..untuk adik nak kawin...ha ha ha

Alkisah...semalam mesyuarat bahagian pun bermula...seperti biasa Tuan Pengerusi (Pemangku Pengarah) memaklumkan tentang tugas2 semasa dan mana perkara utama yang perlu diingatkan bagi memastikan proses kerja bahagian berjalan dengan lancar.

Seterusnya, Tuan Pengerusi (TP) memaklumkan untuk mengimbas perjalanan kerjaya ku di JLKN melalui slide yang pernah aku emelkan kpd semua kakitangan bahagian ini dan juga slide kreatif adik2 di sini. Masa ini, agak terharu cuma tidaklah sehingga membuatkan aku menitiskan airmata..mungkin disebabkan ini tayangan yang kedua kali.

Selesai tayangan slide, tetiba lagu kegemaran OST dari series Korea My Girl berkumandang... aduh!! ini bisa bikin kacau neh! Mata ku masih tertumpu pada screen..slide masih kosong dalam hati aku bertanya (ape lak bebudak neh nak buat skrg..)..aku masih menanti...tetiba lampu ditutup pulak!! jeng jeng...bos bersuara "eh eh..ade kek!!" lalu aku mengangkat muka menoleh mencari arah dtgnye kek..sebab pandangan terlindung dgn kerusi sebelah.. huuuuu..kek datang dengan cahaya lilin seh!! Farah,control ye..jangan nangis..malu... ok maintain..dapat control.

Selepas itu, aku diminta bangun untuk memberi sedikit ucapan di rostrum.. bos tidak benarkan berucap melalui mic di meja mesyuarat yang ada dpn mata... haaa...sememangnya aku ade byk menda yang nak cakap... tp dalam situasi ini, untuk ngelak termenangis, jadi kena pilih2 ayat utk ckp!! Bos provoke lagi, cakap tgk audiens...masa nie memang cakap ikut sesuka hati dan yang pasti ayat2 yang dikeluarkan amat simple tetapi cukup untuk dijadikan cover airmata!

Mataku ku juga meliar melihat suma kakitangan tetapi dengan pandangan yg kosong, tidak dengan perasaan..kerna jika tidak abis la aku!!huuuu.... cuma saat melafazkan "i luv u 4ever" untuk anak buah dan bekas anak buah...memang luahan dari lubuk hati... apabila airmata hampir menitis..aku perlu menarik nafas dalam2... aku sebenarnya terlupa untuk membawa sebotol air mineral bersama ketika ini...tips yg biasa digunakan sama seperti Tun Dr Mahathir (TDM)... ketika dengan minum air kosong, kita mampu kawal airmata daripada menitis...tips ini memang menjadi dan aku amalkan selama ini terutama ketika mengadap angin kus kus bos ku!!! Pernah satu ketika bila aku mempunyai satu urgent task yang mana menuju pengakhiran task tersebut aku menemui jalan buntu akan jalan penyelesaiannya..lalu merujuk kepada bos..dengan angin kus kus, bos hanya menjawab dengan sekilas pandang "ikut kesesuaian!" huaaa...bila aku suarakan beberapa usulku sbg jalan, dia tetap dengan ayat yang sama... apa lagi, tak tunggu lama hampir 1.5 liter air kosong abis ku teguk!!!berulang kali dituang dlm mug pada satu masa...

Hmmm...sambung semula.. selesai aku memberi ucapan, giliran bos pula mewakili bahagian untuk menyampaikan ucapan penghargaan... mukadimahnye ok lagik, tp bila dia mengulangi beberapa percakapan antara kami..aku x dpt tahan lagik..sedeh!!! Malah dia juga masih ingat pada pertemuan pertama kami, dia la orang pertama yang aku jumpe di Pero... ku sangka dia rakan sejawat tetapi dia adalah bos aku! Aku juga tidak menyangka, pertemuan itu akan menghasilkan satu ikatan persahabatan yang akrab...

Terdahulu, suamiku pernah berkata..di JLKN ada sorang kawan.. Mr.N yang sama batch PTD. Bila balik umah pada hari pertama di JLKN tu, suami bertanya..siapa nama bos... aku jawab Mr. K. Terus dia kata "K?Kawan abg tu...pernah jadi roomate.."

Keesokan harinye, aku ke pejabat macam biasa. Tak pula aku bgtau bos ku itu, suamiku mengenali dia.. aku mula bekerja seperti biasa.. sehingga lah satu hari, suami ku telefon direct line bos aku...ntah ape yg dicakapkan suamiku pada dia...tetiba dia melaungkan nama aku dari tempatnye.. haaa...dia suda tau maa..aku ni isteri kawannye...he heeee

Tetapi sebenarnya, hubungan aku dengannya sebagai staf dan kawan yang lebih akrab daripada hubungannye dengan suamiku.. malah suamiku juga menaruh kepercayaan kepada kawannye ini... sebab tu, suamiku tidak pernah bimbang kalo aku outstation bersama bos.

Kembali kepada ucapan bos ku tadi...
aku tak pasti apa nada suaranya ketika itu..kerana 30% konsentrasi ku pd ucapannye telah terkumpul untuk mengawal airmata yang dah macam paip bocor!!! Selesai ucapannya, aku dijemput untuk menerima hadiah sebagai penghargaan... ada 3 barang yang ku terima dan ketiga-tiga itu amat menyentuh hati..

Kemudian aku diminta untuk membuka satu persatu hadiah...oh no!!sepanjang masa ni, 'wak lemon' bertindak sebagai cameraman telah merakam dari semua sudut!siap ko nti, balik tgu gate!

Hadiah pertama... sebuah album yang mengandungi pelbagai gambar aku bersama orang Pero dan terselit juga gambar suami dan hero2 ku...dan paip kembali bocor...mencurah2 lagi...masa tu aku tak pasti berapa orang yang turut berjemaah paip bocor...hu huu... setiap individu di Pero mengambil 1 muka album untuk menyampaikan kata2 yang...sadish!!

Hadiah kedua... sebuah gadget yang canggih manggih!! Katanya, semoga gadget ini dapat membantu di tempat kerja baru nanti... ade ke staf yang sejawat aku terima hadiah cenggini??Aku tak mengharapkan hadiah semahal ini, tetapi amat berharga jika ianya dtg dari bos ku sendiri!Paling tidak seperti aku pernah bergurau dengannye, dapat set SKII pun jadi le..he he..tapi aku dpt lebih dari tu...huaa...paip yang bocor tak leh ditampal lagik..sadish!!

Hadiah ketiga... sebuah tafsir Al-Quran... ini hadiah istimewa..walaupun orang yang memberinya dengan rendah diri menyatakan, "hadiah aku murah je..tak macam hadiah bos"...tapi sebenarnya hadiah ini juga amat berharga...ini adalah medium bekalan akhirat aku!!tak mahal ke tu..?heeee....

Selepas membuka semua hadiah..tamat lah sesi di bilik mesyuarat... tidak byk pertuturan ku ketika itu..kerana lidah kelu... terharu..sadish!! Keluar bilik mesyuarat aku terus ke toilet..kesan paip bocor mmg tak boleh dilindungi...bila perasaan kembali terkawal aku pun turun ke pejabat...

Dan, jamuan istimewa telah disediakan dengan begitu mantap seh!!


kambing panggang selepas dipotong

Ade sekor kambing panggang + black pepper gravy + fresh salad + coleslow +garlic bread + mushroom soup; nasik campur berlaukkan udang sambal; udang gulai lemak; bawal sweet n sour; ayam goreng rempah; buah buahan dan kek secret recipe...
Puan Cici & Cik Fatin



mushroom soup yg aku sangat suka!


Me; My lovely sisters Dila n Zurina

Jiran2 dari bahagian lain juga dijemput serta.... sesungguhya, selama hampir 4 tahun (3 tahun 7 bulan) di Pero..ini adalah julung kali diadakan seperti ini...

Kegembiraan itu, dilengkapi dengan kehadiran puteri kembar bos yang dtg opis Pero petang itu... wahh..montel siot!!!Geram...rasa nak digomol2..tapi tak seperti pertama kali twin ni dtg Pero..kali ni dorang dh pandai menyebek...tak leh gomol lebih...nti dia "nyanyi!"... sempat juga aku amek gambar dengan dak2 dak neh!Leh wat nantu ke?Hmmm..tunggu besar nti.."tengok performance" (pinjam ayat daddynye)...ahaks!

Me n debab!
rasanye inilah pertama kali bergambar berdua dgn bos!!

Dan sebelum balik, aku bersalaman dengan CC kerana esok beliau bercuti. Nak jumpe juga bos utk salam perpisahan, tapi bos kata sok ptg dia masuk opis..(pagi bos ada majlis di luar atas urusan kenaikan pangkatnye..tahniah bos!!)..jadi...sok je la.. Aku juga dibekalkan oleh Dato' B, sepeha kambing golek untuk sambung ngadap kat umah..thanx bro!!

Cukup untuk hari ni..jika kelapangan aku akan sambung lagi untuk story Hari Terakhir Bertugas di Wisma Zetro..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :