Sabtu, 2 April 2011

Hari Terakhir di Zetro


Akhirnya, semalam sampai jua tarikh tamatnya perkhidmatan ku di JLKN.
Pagi, hanya mengemas sedikit saki baki barang peribadi. Kemudian, keluar sekejap untuk dapatkan sedikit cenderahati pada adik2 ku di sini. Ini tidak dirancang, tetiba saja rasa ingin berikan sesuatu pada mereka. Jadi, dapatlah sorang satu mug yang simple aje la. Harapnye, bila lihat mug tersebut mereka akan mengingati aku yang pernah bersama mereka untuk satu ketika dahulu.
Sebelum lunch hour, aku pergi menemui Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (TKPP) dan beliau sempat berpesan serba sedikit untuk kerjaya aku di tempat baru kelak. TKP (Latihan) tiada di opisnye ketika itu. Kemudian aku menjenguk pula Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah dan kebetulan pada masa yang sama Pengarah Kanan HR juga ada bersama. Teruk aku kena provoke dengan Dato’ sehingga dia kelihatan marah sgt dengan pertukaran aku ni. Rupa-rupanya beliau bergurau (dalam gurau ada juga kata2 yang aku rasa dia nyatakan dengan benar dan serius). Segala ucapan penghargaan Dato’ dan juga pesanan amat mengharukan.Thanx Dato’...
Tengahari, aku ajak adik2 ku lunch bersama. Buntu juga nak pilih tempat semalam. Tidak semua ikut serta jemaah lunch semalam... Aku; Mini Mom; Biey Cumiey; Zue; Jojie dan Fatin Cute. Dila tak join kerana memang kelazimannya, jika malamnye dia akan pulang ke kampong menaiki bas..maka dia tidak akan makan masa tengahari. Nor pula, seperti kebiasaannya juga apabila terdapat kerja yang Q padanya...dia akan focus untuk menyiapkan tugasan tersebut. Baginya, jika kerja tak siap walaupun due date masih jauh..jiwanya tidak tenteram. Nor memang seorang yang bekerja dengan pantas apabila dia telah ‘imune’ dengan satu-satu bidang tugas.
Asalnya ingin makan di Mango Chili’s tetapi dek padat sangat tempat tu dan bimbang masakannya tidak sempurna..kami beralih arah ke Georgetown White Coffee. Menu pilihan ku Asam Laksa dipadankan dengan Whitecofee Ice (1st time rasa ice punye, selalu amek yg panas..best siot!!).
Biey Cumiey & Zue

Bakal Pengantin tersenyum manis, Cik Fatin & Bakal ibu, Pn Jojie

Ini la Puan Sue kita..aka mini mom (bakal ibu juga..)

Whitecofee Cold!


Asam Laksa!

Kami bersantai le di situ sehingga jam 2.30 petang. Seronok dan terharu dengar cerita bagaimana dan bila mulanya plan untuk mengadakan majlis semalam. Terima kasih semua!!
Kemudian, di pejabat dalam jam 3.30 petang, aku mula menjenguk rakan2 di bahagian lain untuk memohon maaf atas salah silap dalam pertuturan atau perlakuan sepanjang aku di JLKN. Agak penat, tetapi puas hati kerana tiada bahagian yang tertinggal walaupun ada yang tak ditemui kerana ada urusan di luar pejabat.
Kemudian dalam jam 6 petang gitu, tiba saat perpisahan aku dengan rakan2 sekerja di JLKN. Basri n Wak Lemon... Dila; Zue; Zaharah; Nor; Jojie; dan Sue... sebak sangat tika memeluk mereka.
Opis menjadi sunyi dan hanya tinggal aku n PP(Pero). Aku terus melayari internet, sementara menunggu bos yang OTW dr Putrajaya ke opis.
Kemudian, bila bos sampai..aku selesaikan satu tugas akhir yang mana ada kisah disebalik kerja yang lama tertangguh itu (nanti aku ceritakan di lain episode..jika perlu la). Selepas selesai kerja tersebut, aku keluar dr bilik bos untuk siap2 utk balik...tetapi PP(Pero) tadi telah pulang..biliknye gelap dan bertutup...td ku fikir, dia mungkin blk lambat lagi..jadi sebelum balik aku akan temui dia..malangnya, tidak berkesempatan rupanya..(Cuma hari ni aku sms padanya apa yg perlu..hmmm walaupun tiada balasan darinya..mungkin dia di luar kawasan..)
Seterusnya, bos dtg ke tempat ku dan sempat berborak sedikit sebanyak tentang hal kerja.. dan tak lama kemudian tibalah saat akhir aku di situ sebagai kakitangan di Bahagian Perolehan, JLKN. MR K.. dia orang pertama dan juga terakhir aku temui di JLKN. Sayu... tak dapat nak cakap byk masa tu...wishing apa yang patut, begitu juga ngan dia. Cuma dalam keta, banjir juga bila sepanjang jalan asyik teringat kenangan di JLKN.
Setakat itu sahaja coretan hari terakhir di JLKN. Semoga panjang umur dan ada rezeki, aku akan datang ke JLKN sebagai pelawat untuk menemui orang2 yang pernah dan akan sentiasa bermukim di hati. Wallahu’alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :