Selasa, 5 April 2011

Perubahan Jadual di Minggu Pertama Selepas Posting

Rasanya tak banyak yang aku nak coretkan di sini. Hanya berkaitan perubahan schedule harian aku sahaja. Tentang kerja, aku masih tidak mahu komen kerana dalam proses 'mengenali hati budi'..cewah! Macam ayat artis-artis yang digosip aje..he he.

Ok la, gitau skit.. di opis & bahagian baru aku mempunyai seorang Pengarah Bahagian (Guy : M52); Timbalan Pengarah (Guy : M48 {difahamkan baru juga di sini selepas menjadi salah seorang org kanan  Timbalan Menteri}hee..teringat plak kat x bos); Ketua Unit (Women : M 41); 3 orang N17; seorang N4 dan 3 orang N1. OK, cukup info itu buat kali ni... x nak komen byk bmbg tak adil sbb hati masih memenangkan tmpt lama!!ha ha

My life... sekarang everyday dpt extra tido setengah jam..yang mana masa bangun pagi adalah jam 6.00. Seperti biasa sediakan breakfast dan siap2 ke opis. Sebelum ke opis, aku n hubby amek anak sorang satu utk antor ke taska dan sekolah. Kemudian, masing2 drive ke opis.. dan aku perlu menapak jauh dari paking lot ke bangunan opis ku yang ku kira mengambil masa lebih kurang 5 minit (aku seorang yang berjalan dgn laju, jadi kalo yg jalan slow mungkin leh amek masa seploh minit!).

Kemudian, tengahari 12.30 aku suka jenguk ke cafe. Sini cafe berbeza ngan Zetro. Besar ala2 food court Jusco. Kedai banyak menu pun banyak. Pendek kata tak perlu keluar dr Parcel ni.. semua makanan ada. Cumanya bahan mentah utk masak lauk minggu neh aku dh beli jadi masak malam sebelumnye juga la aku utk lunch abiskan stok. Aku tapau skit sayur2 yg pelbagai pilihan kat sini. Jadi perancangan minggu depan aku tak perlu masak lauk untuk lunch sebab aku leh tapau kat cafe neh. Dalam jam 1, hubby akan dtg pick up me..then pick up Erfan dari sekolah, balik umah lunch bersama. Kami solat Zohor siap2 kat umah, pastu hantar Erfan ke transit dan hubby hantar aku semula ke opis...

Petangnya, aku kembali menapak ke paking untuk drive balik ke umah. Mcm biasa, jika hubby amek si adik..aku amek si abang...

Sampai umah seawal lebih kurang 5.40 petang dan selepas solat Asar aku sempat buat minum petang utk suami n anak2. Dan kemudiannya sediakan makan malam sebelum Maghrib. Jadi aku mempunyai sedikit lebih masa santai...seperti sekarang boleh berbloging on weekdays!!Ahaks!

Sekian, sehingga bertemu di coretan akan datang...

Sabtu, 2 April 2011

Hari Terakhir di Zetro


Akhirnya, semalam sampai jua tarikh tamatnya perkhidmatan ku di JLKN.
Pagi, hanya mengemas sedikit saki baki barang peribadi. Kemudian, keluar sekejap untuk dapatkan sedikit cenderahati pada adik2 ku di sini. Ini tidak dirancang, tetiba saja rasa ingin berikan sesuatu pada mereka. Jadi, dapatlah sorang satu mug yang simple aje la. Harapnye, bila lihat mug tersebut mereka akan mengingati aku yang pernah bersama mereka untuk satu ketika dahulu.
Sebelum lunch hour, aku pergi menemui Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (TKPP) dan beliau sempat berpesan serba sedikit untuk kerjaya aku di tempat baru kelak. TKP (Latihan) tiada di opisnye ketika itu. Kemudian aku menjenguk pula Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah dan kebetulan pada masa yang sama Pengarah Kanan HR juga ada bersama. Teruk aku kena provoke dengan Dato’ sehingga dia kelihatan marah sgt dengan pertukaran aku ni. Rupa-rupanya beliau bergurau (dalam gurau ada juga kata2 yang aku rasa dia nyatakan dengan benar dan serius). Segala ucapan penghargaan Dato’ dan juga pesanan amat mengharukan.Thanx Dato’...
Tengahari, aku ajak adik2 ku lunch bersama. Buntu juga nak pilih tempat semalam. Tidak semua ikut serta jemaah lunch semalam... Aku; Mini Mom; Biey Cumiey; Zue; Jojie dan Fatin Cute. Dila tak join kerana memang kelazimannya, jika malamnye dia akan pulang ke kampong menaiki bas..maka dia tidak akan makan masa tengahari. Nor pula, seperti kebiasaannya juga apabila terdapat kerja yang Q padanya...dia akan focus untuk menyiapkan tugasan tersebut. Baginya, jika kerja tak siap walaupun due date masih jauh..jiwanya tidak tenteram. Nor memang seorang yang bekerja dengan pantas apabila dia telah ‘imune’ dengan satu-satu bidang tugas.
Asalnya ingin makan di Mango Chili’s tetapi dek padat sangat tempat tu dan bimbang masakannya tidak sempurna..kami beralih arah ke Georgetown White Coffee. Menu pilihan ku Asam Laksa dipadankan dengan Whitecofee Ice (1st time rasa ice punye, selalu amek yg panas..best siot!!).
Biey Cumiey & Zue

Bakal Pengantin tersenyum manis, Cik Fatin & Bakal ibu, Pn Jojie

Ini la Puan Sue kita..aka mini mom (bakal ibu juga..)

Whitecofee Cold!


Asam Laksa!

Kami bersantai le di situ sehingga jam 2.30 petang. Seronok dan terharu dengar cerita bagaimana dan bila mulanya plan untuk mengadakan majlis semalam. Terima kasih semua!!
Kemudian, di pejabat dalam jam 3.30 petang, aku mula menjenguk rakan2 di bahagian lain untuk memohon maaf atas salah silap dalam pertuturan atau perlakuan sepanjang aku di JLKN. Agak penat, tetapi puas hati kerana tiada bahagian yang tertinggal walaupun ada yang tak ditemui kerana ada urusan di luar pejabat.
Kemudian dalam jam 6 petang gitu, tiba saat perpisahan aku dengan rakan2 sekerja di JLKN. Basri n Wak Lemon... Dila; Zue; Zaharah; Nor; Jojie; dan Sue... sebak sangat tika memeluk mereka.
Opis menjadi sunyi dan hanya tinggal aku n PP(Pero). Aku terus melayari internet, sementara menunggu bos yang OTW dr Putrajaya ke opis.
Kemudian, bila bos sampai..aku selesaikan satu tugas akhir yang mana ada kisah disebalik kerja yang lama tertangguh itu (nanti aku ceritakan di lain episode..jika perlu la). Selepas selesai kerja tersebut, aku keluar dr bilik bos untuk siap2 utk balik...tetapi PP(Pero) tadi telah pulang..biliknye gelap dan bertutup...td ku fikir, dia mungkin blk lambat lagi..jadi sebelum balik aku akan temui dia..malangnya, tidak berkesempatan rupanya..(Cuma hari ni aku sms padanya apa yg perlu..hmmm walaupun tiada balasan darinya..mungkin dia di luar kawasan..)
Seterusnya, bos dtg ke tempat ku dan sempat berborak sedikit sebanyak tentang hal kerja.. dan tak lama kemudian tibalah saat akhir aku di situ sebagai kakitangan di Bahagian Perolehan, JLKN. MR K.. dia orang pertama dan juga terakhir aku temui di JLKN. Sayu... tak dapat nak cakap byk masa tu...wishing apa yang patut, begitu juga ngan dia. Cuma dalam keta, banjir juga bila sepanjang jalan asyik teringat kenangan di JLKN.
Setakat itu sahaja coretan hari terakhir di JLKN. Semoga panjang umur dan ada rezeki, aku akan datang ke JLKN sebagai pelawat untuk menemui orang2 yang pernah dan akan sentiasa bermukim di hati. Wallahu’alam.

Izin Ku Berundur



Sudah hukum dunia
Dalam memilih langkah
Ada kala perit adajua sebaliknya
Satu masa bersama
Tiba tika berpisah
Walau hati kita tak sepenuh rela
Bukannya ku sengaja
Timbulkan masalah
Tapi kehendaknya

Ku turut kaki melangkah
Kerna ada waktunya
Diri dapat beralah
Dan ada detiknya
Aku tak berdaya

Walau ditakdir tak dapat lagi bersama
Namun kenangan terus membara… di lubuk jiwa
Kerna tak pernah diri ini disakiti
Malah kau akan pastikan aku… tak tersisih

Oh… cuma jodoh kita tiada
Kerna aku perlu memikirkan
Mana aku, mana engkau

Tapi ku yakin kau tetap bersinar
Walau tak seiring seperti mana
Yang telah kita lewati
Aku terasa memilih cuma satu jalan
Biar keadaan sama ku sayang
Terkilannya hati namun apa daya
Itu hakikatnya
Izinku berundur… yeah

Namun apa ku pinta
Agar di hati tak akan menyimpan
Dendam dan benci

Maaf, maafkanlah aku
Jauh di hatiku
Kau bukan seteru
Panjang umur kan bersama tapi berbeza

Yang pentingnya kita dapat
Sama-sama mencapai cita-cita hidup kita

 

Jumaat, 1 April 2011

Hari Kedua Terakhir Bertugas di Wisma Zetro

Hari ini adalah terakhir aku bertugas sebagai penjawat awam di MinDef dan JLKN khususnya.

Semalam opismates di Bahagian Perolehan telah mengadakan satu sesi yang cukup istimewa. Dua-tiga hari lepas aku memang telah menjangkakan ada sesuatu yg tengah dirancang oleh opismates.

Ada 2 org tu, bila lunch hour ilang..bila sms tanya ada dimana? Jawapannya..SINGAPORE.. wah, sempat tuh!! Sorang nie plak, dok bz telefon catering, bila tanya..oo..untuk adik nak kawin...ha ha ha

Alkisah...semalam mesyuarat bahagian pun bermula...seperti biasa Tuan Pengerusi (Pemangku Pengarah) memaklumkan tentang tugas2 semasa dan mana perkara utama yang perlu diingatkan bagi memastikan proses kerja bahagian berjalan dengan lancar.

Seterusnya, Tuan Pengerusi (TP) memaklumkan untuk mengimbas perjalanan kerjaya ku di JLKN melalui slide yang pernah aku emelkan kpd semua kakitangan bahagian ini dan juga slide kreatif adik2 di sini. Masa ini, agak terharu cuma tidaklah sehingga membuatkan aku menitiskan airmata..mungkin disebabkan ini tayangan yang kedua kali.

Selesai tayangan slide, tetiba lagu kegemaran OST dari series Korea My Girl berkumandang... aduh!! ini bisa bikin kacau neh! Mata ku masih tertumpu pada screen..slide masih kosong dalam hati aku bertanya (ape lak bebudak neh nak buat skrg..)..aku masih menanti...tetiba lampu ditutup pulak!! jeng jeng...bos bersuara "eh eh..ade kek!!" lalu aku mengangkat muka menoleh mencari arah dtgnye kek..sebab pandangan terlindung dgn kerusi sebelah.. huuuuu..kek datang dengan cahaya lilin seh!! Farah,control ye..jangan nangis..malu... ok maintain..dapat control.

Selepas itu, aku diminta bangun untuk memberi sedikit ucapan di rostrum.. bos tidak benarkan berucap melalui mic di meja mesyuarat yang ada dpn mata... haaa...sememangnya aku ade byk menda yang nak cakap... tp dalam situasi ini, untuk ngelak termenangis, jadi kena pilih2 ayat utk ckp!! Bos provoke lagi, cakap tgk audiens...masa nie memang cakap ikut sesuka hati dan yang pasti ayat2 yang dikeluarkan amat simple tetapi cukup untuk dijadikan cover airmata!

Mataku ku juga meliar melihat suma kakitangan tetapi dengan pandangan yg kosong, tidak dengan perasaan..kerna jika tidak abis la aku!!huuuu.... cuma saat melafazkan "i luv u 4ever" untuk anak buah dan bekas anak buah...memang luahan dari lubuk hati... apabila airmata hampir menitis..aku perlu menarik nafas dalam2... aku sebenarnya terlupa untuk membawa sebotol air mineral bersama ketika ini...tips yg biasa digunakan sama seperti Tun Dr Mahathir (TDM)... ketika dengan minum air kosong, kita mampu kawal airmata daripada menitis...tips ini memang menjadi dan aku amalkan selama ini terutama ketika mengadap angin kus kus bos ku!!! Pernah satu ketika bila aku mempunyai satu urgent task yang mana menuju pengakhiran task tersebut aku menemui jalan buntu akan jalan penyelesaiannya..lalu merujuk kepada bos..dengan angin kus kus, bos hanya menjawab dengan sekilas pandang "ikut kesesuaian!" huaaa...bila aku suarakan beberapa usulku sbg jalan, dia tetap dengan ayat yang sama... apa lagi, tak tunggu lama hampir 1.5 liter air kosong abis ku teguk!!!berulang kali dituang dlm mug pada satu masa...

Hmmm...sambung semula.. selesai aku memberi ucapan, giliran bos pula mewakili bahagian untuk menyampaikan ucapan penghargaan... mukadimahnye ok lagik, tp bila dia mengulangi beberapa percakapan antara kami..aku x dpt tahan lagik..sedeh!!! Malah dia juga masih ingat pada pertemuan pertama kami, dia la orang pertama yang aku jumpe di Pero... ku sangka dia rakan sejawat tetapi dia adalah bos aku! Aku juga tidak menyangka, pertemuan itu akan menghasilkan satu ikatan persahabatan yang akrab...

Terdahulu, suamiku pernah berkata..di JLKN ada sorang kawan.. Mr.N yang sama batch PTD. Bila balik umah pada hari pertama di JLKN tu, suami bertanya..siapa nama bos... aku jawab Mr. K. Terus dia kata "K?Kawan abg tu...pernah jadi roomate.."

Keesokan harinye, aku ke pejabat macam biasa. Tak pula aku bgtau bos ku itu, suamiku mengenali dia.. aku mula bekerja seperti biasa.. sehingga lah satu hari, suami ku telefon direct line bos aku...ntah ape yg dicakapkan suamiku pada dia...tetiba dia melaungkan nama aku dari tempatnye.. haaa...dia suda tau maa..aku ni isteri kawannye...he heeee

Tetapi sebenarnya, hubungan aku dengannya sebagai staf dan kawan yang lebih akrab daripada hubungannye dengan suamiku.. malah suamiku juga menaruh kepercayaan kepada kawannye ini... sebab tu, suamiku tidak pernah bimbang kalo aku outstation bersama bos.

Kembali kepada ucapan bos ku tadi...
aku tak pasti apa nada suaranya ketika itu..kerana 30% konsentrasi ku pd ucapannye telah terkumpul untuk mengawal airmata yang dah macam paip bocor!!! Selesai ucapannya, aku dijemput untuk menerima hadiah sebagai penghargaan... ada 3 barang yang ku terima dan ketiga-tiga itu amat menyentuh hati..

Kemudian aku diminta untuk membuka satu persatu hadiah...oh no!!sepanjang masa ni, 'wak lemon' bertindak sebagai cameraman telah merakam dari semua sudut!siap ko nti, balik tgu gate!

Hadiah pertama... sebuah album yang mengandungi pelbagai gambar aku bersama orang Pero dan terselit juga gambar suami dan hero2 ku...dan paip kembali bocor...mencurah2 lagi...masa tu aku tak pasti berapa orang yang turut berjemaah paip bocor...hu huu... setiap individu di Pero mengambil 1 muka album untuk menyampaikan kata2 yang...sadish!!

Hadiah kedua... sebuah gadget yang canggih manggih!! Katanya, semoga gadget ini dapat membantu di tempat kerja baru nanti... ade ke staf yang sejawat aku terima hadiah cenggini??Aku tak mengharapkan hadiah semahal ini, tetapi amat berharga jika ianya dtg dari bos ku sendiri!Paling tidak seperti aku pernah bergurau dengannye, dapat set SKII pun jadi le..he he..tapi aku dpt lebih dari tu...huaa...paip yang bocor tak leh ditampal lagik..sadish!!

Hadiah ketiga... sebuah tafsir Al-Quran... ini hadiah istimewa..walaupun orang yang memberinya dengan rendah diri menyatakan, "hadiah aku murah je..tak macam hadiah bos"...tapi sebenarnya hadiah ini juga amat berharga...ini adalah medium bekalan akhirat aku!!tak mahal ke tu..?heeee....

Selepas membuka semua hadiah..tamat lah sesi di bilik mesyuarat... tidak byk pertuturan ku ketika itu..kerana lidah kelu... terharu..sadish!! Keluar bilik mesyuarat aku terus ke toilet..kesan paip bocor mmg tak boleh dilindungi...bila perasaan kembali terkawal aku pun turun ke pejabat...

Dan, jamuan istimewa telah disediakan dengan begitu mantap seh!!


kambing panggang selepas dipotong

Ade sekor kambing panggang + black pepper gravy + fresh salad + coleslow +garlic bread + mushroom soup; nasik campur berlaukkan udang sambal; udang gulai lemak; bawal sweet n sour; ayam goreng rempah; buah buahan dan kek secret recipe...
Puan Cici & Cik Fatin



mushroom soup yg aku sangat suka!


Me; My lovely sisters Dila n Zurina

Jiran2 dari bahagian lain juga dijemput serta.... sesungguhya, selama hampir 4 tahun (3 tahun 7 bulan) di Pero..ini adalah julung kali diadakan seperti ini...

Kegembiraan itu, dilengkapi dengan kehadiran puteri kembar bos yang dtg opis Pero petang itu... wahh..montel siot!!!Geram...rasa nak digomol2..tapi tak seperti pertama kali twin ni dtg Pero..kali ni dorang dh pandai menyebek...tak leh gomol lebih...nti dia "nyanyi!"... sempat juga aku amek gambar dengan dak2 dak neh!Leh wat nantu ke?Hmmm..tunggu besar nti.."tengok performance" (pinjam ayat daddynye)...ahaks!

Me n debab!
rasanye inilah pertama kali bergambar berdua dgn bos!!

Dan sebelum balik, aku bersalaman dengan CC kerana esok beliau bercuti. Nak jumpe juga bos utk salam perpisahan, tapi bos kata sok ptg dia masuk opis..(pagi bos ada majlis di luar atas urusan kenaikan pangkatnye..tahniah bos!!)..jadi...sok je la.. Aku juga dibekalkan oleh Dato' B, sepeha kambing golek untuk sambung ngadap kat umah..thanx bro!!

Cukup untuk hari ni..jika kelapangan aku akan sambung lagi untuk story Hari Terakhir Bertugas di Wisma Zetro..

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :