Khamis, 3 November 2011

~ KEASINGAN DALAM DUKA : JAY JAY ~



Kelembutanmu
Tiada sehalus perasaan
Untuk dilukiskan pengertian
Pada suatu
Percintaan

Manisnya cinta
Terselit duri yang menyakitkan
Namun ku teruskan penitian
Mendekati hatimu

Percintaan dalam sengsara
Tanpa pengertian
Namun ku iringkan
Keyakinan

Ketabahan tercalar luka
Dikau ku lepaskan
Setelah hati terkorban
Disusuk duri kelukaan

Kehilanganmu atas sebuah kerelaan
Walau keasingan dalam luka
Mengisi
Masaku

Meniti Hari ~ Amy Mastura


Merebahkan diri
Di rimba sepi
Cuba lenyapkan
Keresahan fikiran

Gerhana hariku
Merantai kalbu
Terlena dan buntu
Dalam lautan rindu

Terpenjara ku di dalam
Sendirian
Semakin lama aku merasakan
Begitu membosankan

(oh) alangkah damainya
Andai kau tiba
Di saat segalanya
Merah dan membara

Betapa hatiku
Luka berdarah

Daku bagaikan terjaring
Dalam sangkar
Meniti hati tanpamu di sisi
Asingnya ku rasai

Begini lamunan asmara
Sehari bagaikan setahun lamanya
Terpisah
Di saat rindu yang membara
Kau jauh dari mata

Peritnya diri ku tak dapat dilupa
Bagaikan ku meniti bara yang merah
Tersiksa gelisah mengharap menanti
Hadirlah menerangi
Kembali

Meniti Suratan - Yantzen

~~ MENITI SURATAN ~~
Dahaga kasih padamu
Tiada akhirnya
Dalam kepekatan malam
Kaulah bintang
Ku gapai jatuh
Untukmu sentuh
Namun bagiku hadirmu
Seminit menjadi penawar

Sampai bilakah kita ini
Asyiknya merindu sendiri
Ada kasih dan ada cinta
Tapi terhalanglah
Oleh insan alpa
Materialistik yang
Menghukum cinta
Sebegini...

Bebaskanlah kita ini
Di belenggu dunia

Andai hanyut bahtera
Kita rela di lautan gelora
Itulah rela
Kita berdua

Hadirlah kau kasih
Nyatakan cintamu
Doaku yang lama

Inginku bawamu
Bersama hasratku
Meniti suratan
Agar kenal kebahagiaan

Takdir kita kasih
Tuhan menentukan
Serah keimanan
Pasti sinar kebahagiaan

Jua kaulah insan suci
Wangian syurgawi
Pekat malam yang berlabuh
Aku teguh... di jiwa
Kau tiba jua...

Isnin, 24 Oktober 2011

~ BIARLAH RAHSIA : Ct Nurhaliza ~

Terbaik juga dari CT Nurhaliza....

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlalu
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia

Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia

Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia

~ SEDAR : Shima ~

Layan jap lagu Shima... ade masa i share link video lagu ni... layan je dulu lirik dia..sape taw lagu ne..nyanyi aje dalam ati... :)

 
Pergilah jauh
Andai itu yang kau mahu
Tidak ku halang
Jika benar pilihanmu
Tak guna diracun
Di benak perasaan
Kelak padahnya menyiksakan

Tidakkan teguh
Pertalian yang di bina
Andai jiwamu
Masih lagi nun di sana
Tak putus mengenang
Pada dia yang hilang
Di mana tempat ku sebenar

Aku sedar kewujudanku padamu
Tiada lebih dari itu
Hanya sekadar penampal ruang luka
Di saat dikau tak punya siapa

Kini masa terbukti
Kejujuran di hati
Pergi jangan dipandang
Mungkinkah di sana
Kau temu jalannya...

Khamis, 13 Oktober 2011

4 cara untuk mengelakkan terlebih makan

share from : http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=2449152246991663661

Sekiranya anda perhatikan, negara-negara yang mempunyai masalah obesiti  adalah daripada negara yang berpendapatan tinggi seperti USA dan bahagian Eropah. Ini disebabkan oleh kerana mereka tidak mempunyai halangan untuk menikmati makanan. Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk mengelakkan anda daripada terlebih makan?

(1) Dapatkan zat yang secukupnya dalam satu hidangan- Tubuh manusia memerlukan protein, karbohidrat dan lemak yang secukupnya untuk memberikan tenaga kepada badan. Dapatkan pakej lengkap ini dalam satu hidangan terutamanya pada waktu makan tengahari untuk mengelakkan anda daripada cepat berasa lapar.
 
(2) Kurangkan membeli atau menyimpan stok makanan ringan- Nafsu makan anda akan meningkat sekiranya melihat makanan yang terhidang. Makanan ringan yang hanya memerlukan penyediaan yang amat mudah akan lebih mempengaruhi anda untuk makan.

(3) Minum air- Pada waktu petang terutamanya selepas makan tengahhari, kebiasaannya anda akan berasa lebih cepat lapar. Ini disebabkan oleh tenaga anda telah banyak digunakan. Minum air suam atau teh panas untuk mengelakkan tubuh daripada terhidrasi dan secara tidak langsung akan membekalkan tenaga kepada anda.

(4) Makan mengikut masa- Rancang masa yang perlu anda makan. Ini secara tidak langsung akan melatih tubuh anda untuk mendapatkan makanan hanya pada waktu yang sepatutnya dan akan mengelakkan anda daripada terlebih makan.

 *check it out!!

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kuarters Kerajaan & Penghuninya_2

Keyboard i masih mahu berbicara tentang Kuarters Kerajaan dan sikap segelintir penghuninya. Bukan sekadar suka2 nak berbicara sikap negatif, cuma ingin dikongsi bersama untuk direnung dan difikirkan kewajaran sesama kita.

I beruntung kerana kuarters yang i tinggal mempunyai kemudahan parking yang mencukupi. Ada 2 tingkat yang berbumbung dan selebihnya di sekitar blok pun banyak kotak parking. 

Jika diikutkan memang mencukupi untuk penghuni bagi 2 blok tersebut. Namun, sikap segelintir penghuni...dah diberi kemudahan..nak lagi mudah... parking kereta/motor jika boleh nak sedekat-dekatnya dengan lif (gamaknya, kalo keta muat masuk lif...dibawaknya parking ke depan umah!). Yang mat/minah motor pulak..kotak parking untuk motor dah disediakan...kebanyakan berhampiran lif dan jika penuh ada juga di luar blok tapi tidak berbumbung. Dek kerana mahu mudah naik lif, ada segelintir yang parking betul2 atas tiles a.k.a depan lif. Mungkin sesuai dikategorikan mereka ini dah capai tahap 'baghal' (pinjam ayat P.Ramlee bole?)

I juga rasa agak kesian kerana terdapat penghuni yang tidak sedar bahawa dirinya dikurniakan kesihatan yang baik tubuh badan@fizikal. Mereka ini tanpa rasa bersalah, parking kereta di ruang yang dikhaskan untuk golongan kurang upaya (OKU). Sedangkan, ada je penguhuni yang berkerusi roda setiap pagi petang...pergi balik kerja. 1 blok, 2 je kotak parking untuk OKU...itu pun nak dibalun' oleh pihak yang sihat tubuh badan tetapi lemah akal fikiran.


Selain daripada tu, majoriti kita tinggal di perantauan jauh daripada keluarga (walaupun masing2 dah berkeluarga). Jadi, sewajarnya kita berbaik2 dengan jiran...walaupun tak rapat cukup sekadar mengenali siapa jiran2 kita. 

I tak lihat jauh, i tengok di level kediaman i cukup. Ada 12 rumah di setiap level. Menjadi kebiasaan dari mula mendiami kuarters (lebih 3 tahun) i n hb berpakat dengan jiran sebelah untuk buat satu sesi makan2 dan berkenalan dengan jiran sama level. Kami set up 1 hari untuk adakan majlis tersebut. Bertempat diruang legar level rumah kami. 

Dari kad jemputan, sajian hingga la table set up...hanya kami 2 rumah ini yang sediakan. Penghuni lain hanya perlu datang saja. Pada hari majlis, ada juga jiran yang ringan tangan dan bermurah hati datang dengan membawa juadah untuk dikongsi bersama. Memang seronok, dapat berkenalan satu sama lain dan suami i pula tukang mengedarkan kertas kosong untuk mendapatkan maklumat nama dan no telefon jiran2 (kemudiannya hb akan taip proper dan edarkan semula kepada semua jiran..sebagai rujukan masing2. Mungkin diperlukan satu hari nanti). 

Daripada 12 rumah, yang hadir untuk sertai majlis tu hanya wakil dari 7 rumah saja. Selebihnya mungkin ada urusan lain atau tidak berminat (ada juga yang keluar rumah sambil terhendap-hendap menuju ke lif). Tapi, dalam hal ni...hak sendiri2 la... kita tidak boleh memaksa orang untuk terima salam perkenalan kita. Betul kan?

Rasanya cukup ini sahaja yang i nak 'highlight' sikap2 segelintir penghuni kuarters Kerajaan. Jika ada di kalangan pembaca berstatuskan penghuni kuarters, renungkan dan sama2 kita elakkan supaya tidak berada dalam golongan tersebut. Ingat ya, segelintir saja begitu... Yeah! Check it out!






Isnin, 3 Oktober 2011

Kuarters Kerajaan & Penghuninya

Lama juga tak kemaskini blog i ne.

Post kali ne lebih kepada nak bercerita tentang salah satu kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada penjawat awam iaitu rumah kediaman@kuarters.

I merupakan salah seorang penghuni kuarters. 

Kuarters Kerajaan hari ini bukan lagi bertaraf 'flat' atau rumah pangsa. Sebaliknya, dari segi rekabentuk, kemudahan awam seperti surau, 'parking', taman permainan kanak2 dan dewan orang ramai dah seperti bertaraf kondo. Bezanya harga yang dibayar untuk 'sewa' rumah Kerajaan ini jauh lebih murah dari kadar sewa kondo di luar sana.

Dalam murahnya harga sewa itu, ada juga penghuni 'murahkan' lagi nilai sivik mereka. Hendak salahkan siapa jika para tamu menegur persekitaran kuarters itu kotor? Ada yang akan menjawab, "Kerajaan dah lantik kontraktor untuk bersihkan..."

Yang sebetulnya, sivik individu begini teramatlah rendah dan memalukan. Jika di tempat awam bebas membuang sampah...di rumah sendiri gamaknya macam tongkang pecah! Lalu ke mereka ini untuk duduk lama di rumah yang biasa di anggap 'baiti jannati'? Lenakah mereka ini beradu di kamar seperti 'motel'  yang penghuninya baru 'check out'? Jika jawapan mereka 'Ya', sungguh..mental mereka berada dalam keadaan separa normal.

Tinggalkan rumah mereka ini, kerana itu hak peribadi mereka. Berbalik kepada persekitaran kuarters yang menjadi hak orang awam di situ. 

Pertama, lif dijadikan tempat meletak tin, plastik minuman yang tidak dihabiskan...ada juga sampah sarap lain seperti bekas polystrene makanan. Mungkin tak mahu bawak masuk dalam rumah kerana dalam rumah dah tak ade tempat lagi untuk diletakkan sampah. Disalahkan pula pihak pengurusan kerana tidak menyediakan tong sampah dalam lif. Bagi i sangat wajar tiada tong sampah dalam lif kerana jika ada tong sampah maka akan menimbun2 sampah di situ. Silap hari bulan, tekan lif untuk masuk buang sampah aje. Sangat menjijikkan!

Kedua, sikap segelintir penghuni yang suka menjinjit sampah dalam beg plastik yang tidak dibungkus dengan sempurna. Ada ketika sehingga terkeluar sampah sarap tersebut...air sampah menitik-nitik...jika terkeluar baunya sahaja boleh diterima kerana hidung kita boleh ditutup sementara waktu. Tapi kalo sampah bertaburan depan kita..mahu tutup mata dan berjalan hingga berlanggar dindingkah? Paling membuatkan panas hati, sibuk nak menjinjit beg sampah waktu pagi semasa orang bersesak dalam lif untuk ke pejabat. Mau rasa di'tampor' je manusia gini! 

Ketiga, ada juga yang malas nak berjalan ke tempat pembuangan sampah, lalu diletaknya beg sampah atas 'bonet' kereta. Kononnya mudah..sambil lalu boleh berhenti untuk buang sampah. Namun, ramai juga yang terlupa dan terus sahaja memandu dengan aksi 'konar' baringnya sehingga beg sampah tadi mencanak bertaburan di jalanan.

Jadi, mahu salahkan siapa jika orang luar melabelkan kuarters Kerajaan kotor? Tak perlu memikirkan apa kata orang...anda sendiri, selesakah melihat persekitaran begitu?

Untuk itu, kepada semua penghuni Kuarters Kerajaan..hargailah kemudahan yang telah disediakan. Apa salahnya plastik gula2 disimpan sementara dalam poket, pegang sementara apa2 barang anda yang berbentuk sampah dan apabila sampai di rumah buangkan di tempat yang sewajarnya.

Check it out!


Selasa, 6 September 2011

Kisah Perjuangan Kanang Anak Langkau

Sekadar mengambil beberapa artikel berkenaan 'legend' Kanang Anak Langkau. Semoga info ini dapat dikongsi bersama dan dapat juga memberi kesedaran kepada kita semua untuk menghargai nilai perjuangan pahlawan negara terdahulu.

Saya juga masih mengharap agar ada pihak yang akan mengeluarkan filem berkenaan Kanang Anak Langkau. Para produser mungkin tidak berminat kerana kerja mereka bersifat 'profit oriented'.

Namun, Kerajaan juga perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan bajet kepada pembikin filem untuk menghasilkan filem berkisar perjuangan pahlawan negara. Tidak keterlaluan jika saya katakan, Kerajaan wajar menyediakan 'bajet tahunan' untuk projek sebegini selaras dengan sambutan bulan kemerdekaan setiap tahun.

Nah... hayati info ini untuk kesedaran bersama...




PW I Kanang Anak Langkau

 
901378 Sarjan Kanang anak Langkau (Bersara dalam pangkat Pegawai Waran I) telah mengetuai Platun Gempur Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja yang telah ditugaskan untuk menjejak serta memusnah segerombolan musuh di kawasan gerakan yang sebelumnya telah menembak mati seorang anggota Pasukan Keselamatan di kawasan Tanah Hitam, Perak.

Di atas kecekalan dan keberanian beliau akhirnya telah berjaya mengesan arah musuh melarikan diri. Bagaimanapun keadaan tanah menjadi faktor penghalang kepada Platun tersebut melakukan penjejakan di samping tipu muslihat musuh yang tak putus-putus. Namun keberanian serta kecekapan beliau sebagai Ketua Platun sentiasa memberi semangat kepada anggota-anggota kumpulan penjejakan yang berjalan selama sebelas hari sebelum pertempuran yang pertama.

Setelah mengeledah selama beberapa hari di tempat anggota Pasukan Keselamatan ditembak mati sebelumnya, akhirnya beliau dapat mengesan arah sebenar musuh melarikan diri. Pada 19 Febuari 1980 jam 3 petang setelah membuat penjejakan dengan penuh berhati-hati, platunnya telah mengesan kedudukan musuh yang berada dihadapan dan tidak jauh dari kedudukan mereka. Disebabkan kedudukan di lereng bukit mereka tidak menyedari yang mereka sudahpun berada di kawasan musuh.

Perkara ini hanya disedari setelah Sarjan Kanang berjalan ke hadapan dan melintasi tali perhubungan dari tempat pengawal musuh ke kumpulan besarnya. Pengawal musuh pada masa itu hanya berada kira-kira 8 meter dari kedudukan beliau. Sarjan Kanang dan pelatunnya terus melepaskan tembakan ke arah sebelah kanan dan melancarkan serangan. (Setelah serangan dilakukan baru mereka menyedari bahawa lereng bukit di bahagian bawah). Dengan tidak hilang akal, Sarjan Kanang menoleh dan menghalakan senjatanya ke arah kedudukan musuh.
Akhirnya mereka berjaya mematahkan serangan musuh. Walaupun musuh menyelamatkan diri namun serangan yang dilancarkan tidak sia-sia. Lima mayat musuh terbujur walaupun Sarjan Kanang terpaksa menerima hakikat kehilangan seorang anggotanya dan seorang lagi cedera parah.

Hasil dari petempuran ini beliau telah dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Sebelum ini Sarjan Kanang anak Langkau telah dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) hasil daripada keberaniannya membawa kumpulan tinjau khas mengekori dan membuat penjejakan ke atas musuh di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak pada tahun 1979.

Beliau telah berhasil melancarkan satu serangan ke atas kedudukan musuh dan berjaya membunuh lima orang musuh. Sarjan Kanang berasal dari Semanggang, Sarawak. Beliau menyertai pasukan Sarawak Rangers pada 21 April 1962 sebagai seorang Iban Tracker dan memasuki Rejimen Renjer Diraja apabila ia ditubuhkan.
Beliau telah bersara dalam Pangkat Pegawai Waran I. Kini Kanang anak Langkau SP PBG merupakan pemegang anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang masih hidup.


KANANG ANAK LANGKAU
PAHLAWAN negara ini menerima dua pingat keberanian tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB). Di mana beliau sekarang? Lama sungguh tidak membaca cerita mengenainya.


Saya terjumpa buku Kanang - Cerita Seorang Pahlawan (1991) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ketika sedang menyusun rak buku. Buku tulisan Mejar (B) Maznan Noordin ini dibeli semasa jualan gudang DBP dengan harga RM2. Bagi saya alangkah ironinya - RM2 terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan tingginya nilai buku ini dan lebih tinggi nilainya dengan nyawa yang dipertaruhkan oleh pahlawan ini.

- Kanang masuk tentera secara kebetulan.


- Sewaktu dengan Pasukan 42 Komanto Tentera British, beliau pernah menyelamatkan pegawai pemerintahnya daripada maut.

- Beliau hampir ditawan oleh tentera Siliwangi sewaktu zaman konfrantasi.
- Beliau dikerah menyertai satu operasi pada hari perkahwinannya.

- Setiap kali beliau terlibat dalam pertempuran dengan musuh beliau bermimpi didatangi oleh seorang pak haji.

- Dalam Gerakan Setia 8/79 pasukannya bertempur pada Hari Gawai, hari gembira bagi masyarakat Iban.

- Bagi mengelak terkena badi, beliau terpaksa memakan otak salah seorang pengganas yang dibunuhnya.

- Dalam Gerakan Khas Setia pada wal 1980, beliau telah mendapat kecederaan parah kerana keberaniannya merempuh pertahanan musuh bagi menyelamatkan rakan-rakannya.

- Akibat kecederaannya, selama seminggu beliau tidak sedarkan diri, sebulan pula berada dalam Unit Kawalan Rapi dan setahun di wad biasa.
Kata Kanang: "Si Kanang ini merasa sudah terlalu banyak disirami kemuliaan hingga sukar pula dia bernafas di alam nyata."

Catatan:
* SP: Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa - Allahyarham Jalil Ibrahim adalah satu-satunya orang awam yang pernah dianugerahkan pingat tertinggi negara SP. Sehingga kini hanya Kanang anak Langkau telah dianugerahkan kedua-dua pingat keberanian PGB (1980) dan SP (1981)- Dianugerakan oleh Agong waktu itu - Sultan Pahang Sekarang.




Rajagopal - Saksi kesengsaraan Kanang

PENGALAMAN melihat isi perut wira negara Pegawai Waran I Kanang Anak Langkau
terburai akibat ditembak oleh pengganas komunis tidak mungkin dilupakan oleh bekas anggota Tentera Darat daripada pasukan Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) ini.

Beliau yang berada pada posisi yang paling dekat dengan Kanang ketika kejadian itu berlaku masih dapat membayangkan betapa ngerinya melihat darah yang membuak-buak keluar dari celahan urat perut ketuanya yang terburai.


Hasrat beliau untuk mendekati dan membantu ketuanya itu bagaimanapun terhalang oleh tembakan menggila yang dilepaskan dari senjata pihak musuh yang sememangnya sudah dari awal menantikan kedatangan pasukan mereka.

"Melihat keadaannya yang berlumuran darah dan tidak bermaya waktu itu, saya ingat dia (Kanang) sudah habis (mati) tapi umur dia masih panjang,'' kata Pegawai Waran II, S. Rajagopal menceritakan antara pengalaman ngeri sepanjang berkhidmat sebagai anggota 8 RRD.

Mengimbau kembali peristiwa itu, Rajagopal berkata, kejadian serang hendap berlaku ketika pasukan 8 RRD yang diketuai oleh Kanang (Sarjan pada masa itu) mengetuai satu pasukan menjejak dan mengesan musuh dalam Ops Setia Khas pada tahun 1978.

Kejadian berlaku ketika pasukan yang mempunyai rekod cemerlang dalam operasi mengesan dan menjejak musuh itu sedang menuruni sebatang denai di sebuah bukit yang dikelilingi cerun curam di bahagian kiri dan kanannya di Tanah Hitam, Chemor, Perak.

"Ketika kami sedang mengikut jejak yang terdapat di denai ini, tiba-tiba saya terdengar letupan dan melihat salah seorang anggota perubatan,
Koperal Salleh yang berada di belakang terpijak jerangkap samar sehingga putus kaki,'' katanya.

Rajagopal memberitahu, ketika anggota lain termasuk beliau dan Kanang berpaling ke belakang sambil menundukkan diri, pasukan mereka pada masa itu berada di kawasan terbuka terus dihujani peluru musuh.


Dalam keadaan kelam kabut itu, kata beliau,
Kanang akhirnya terkulai akibat terkena tiga das tembakan daripada musuh.

Sebutir peluru dari arah belakang singgah ke jantungnya sebelum menembusi dadanya .
Beberapa saat kemudian, dua lagi tembakan dari depan dengan setiap sebutir peluru mengenai saluran kencing dan merosakkan buah pinggang kirinya .


"Akibat tembakan itu Kanang terpaksa dirawat selama setahun di hospital dan bagi saya itulah pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sepanjang berkhidmat sebagai anggota 8 RRD yang kini dikenali sebagai 8 RRD Para,'' kata Rajagopal ketika ditemui di rumahnya di Taman Senawang Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


Rajagopal yang dipanggil dengan panggilan `anak' oleh Kanang memberitahu, pertempuran dengan pengganas komunis itu merupakan pertempuran ketiga yang disertai oleh beliau bersama dengan Kanang yang disifatkannya sebagai jurulatih dan gurunya.

Beliau yang juga bekas Ketua Jurulatih Risik Balas di Pusat Latihan Perisikan Angkatan Tentera Malaysia berkata, dirinya adalah antara anggota 8 RRD yang paling banyak bersama dengan Kanang dalam pertempuran dengan komunis.

Selain pertempuran kecil, antara pertempuran besar yang pernah ditempuhinya bersama Kanang ialah ketika kumpulan tinjauan khas 8 RRD ditugaskan mengesan dan menjejak musuh di Hutan Simpan Korbu, Sungai Siput, Perak.

Dalam operasi yang diketuai oleh Kanang bersama lebih 30 anggota 8 RRD itu, pasukan terbabit berjaya menjejaki dan membunuh lima pengganas komunis.

Atas keberanian dan kehebatan yang ditunjukkan oleh pasukan itu, Kanang dikurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB), manakala Rajagopal menerima Pingat Kepujian Perutusan Keberanian (PKPK).


Jasa Kanang tumpas musuh terus dikenang
(Petikan Akhbar Utusan Tahun 2004)
KESEJAHTERAAN hidup yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini seharusnya menjadi penyuntik semangat untuk generasi muda insaf dan terus berusaha mempertahankannya, kata pahlawan negara, Kanang anak Langkau.


Bekas Pegawai Waran I berusia 61 tahun itu, berkata generasi muda negara kini beruntung kerana tidak menghadapi ancaman peperangan dan pemberontakan seperti yang sedang berlaku di beberapa negara di dunia.

Berbanding rakyat di negara lain seperti di Palestin, Lubnan dan Iraq, anak muda malahan remaja terpaksa menggalas senjata dan berjuang demi mempertahankan diri dan meneruskan kehidupan, katanya.

S
ekarang di Malaysia aman, janganlah buat pekerjaan tidak baik seperti hisap dadah, merompak dan membunuh. Bentuklah satu kehidupan sejahtera. Anak yang masih sekolah, jangan hampakan ibu bapa, belajarlah bersungguh-sungguh. Tuntut ilmu supaya jadi orang pandai.

K
alau tidak pandai belajar, bukan orang lain yang menyesal tapi diri sendiri susah. Peluang tidak datang selalu, gunakanlah sepenuhnya,katanya ketika ditemui di rumahnya di Sri Aman, Sarawak sempena Hari Pahlawan, semalam.

Kanang, adalah satu-satunya wira negara yang masih hidup dan dianugerahkan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB) sebagai mengenang jasa dan pengorbanannya.


Seorang renjer yang terkenal dengan moto
Agi Idup Agi Ngalaban (berjuang selagi masih hidup) Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul.

Merenung tajam kepada akhbar di sisi yang menyiarkan berita serangan Israel ke atas Lubnan, Kanang bukan saja marah tetapi mual dengan berita peperangan yang menjadi paparan media massa akhir-akhir ini.


Mengingati peritnya detik peperangan, Kanang mengimbas zaman beliau berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bertugas di perbatasan untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh khususnya komunis.

Zaman 1960-an sehingga awal 80-an, Malaysia yang masih menghadapi ancaman komunis dan anasir subversif memerlukan anggota ATM sentiasa bertungkus lumus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara tercinta.

Berasal dari Kanowit, Kanang yang dilahirkan pada 2 Mac, 1945 dan mempunyai kepakaran meneroka dan memburu di hutan, menganggotai ATM pada 1961 sebagai Iban Tracker.

Pada awal 1962, Kanang menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor, selama tiga bulan sebelum beliau berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang berpangkalan di Johor.

Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, Kanang adalah antara anggota pasukan pertama di hantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan askar Indonesia.

Kanang pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya menjadi kumpulan
Trackers profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment ATM.

Kanang, yang mempunyai semangat kepahlawanan tinggi untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh, berjuang bermati-matian walaupun kecederaan parah dialami hampir meragut nyawanya.

Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer yang diketuai Kapt Johnson anak Meling dibantu oleh Kanang yang ketika itu berpangkat Sarjan ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD beberapa hari sebelumnya.


Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh sehingga menyebabkan beliau cedera parah di perut dan belakang. Dia bersabung nyawa untuk terus hidup dan berada di hospital 14 bulan.

Mengenang jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan kecederaannya itulah Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1987. Kanang berkata, lukanya kembali berdarah apabila membaca berita peperangan.

Bagaimanapun, Kanang bersyukur darah perjuangan yang ada ditubuhnya kini mengalir di dalam anak bongsunya Langgi, 24, yang kini berkhidmat dengan Regimen Diraja Artilari (Royal Artillery Regiment) di Temerloh.

Bercerita tentang hidupnya kini, Kanang seakan ingin menebus kembali masa lampaunya yang sering tidak dapat bersama isteri tercinta kerana kesibukan bertugas demi mempertahankan kedaulatan negara.

Bagi pahlawan negara ini, tiada apa yang lebih berharga kini selain bersama-sama meniti kehidupan dengan Helen Latai anak Intie, 57, yang selama ini puas berkorban dan sentiasa menjadi pendorong semangat berjuang demi negara.

Sambil merenung wajah isteri yang duduk di hadapannya, beliau berkata, sepanjang 26 tahun beliau berkhidmat dalam ATM, isteri dan keluarganya sering ditinggalkan, bukan sehari dua, malah berbulan-bulan demi tugas di perbatasan.

Sempena Hari Pahlawan semalam, kata Kanang pengiktirafan kepada perwira bukan hanya sekadar memberi pingat atau anugerah tetapi juga mendapat pengiktirafan daripada masyarakat keseluruhannya.


Updated :  Datuk Kanang Anak Langkau meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pukul 1.45 pagi, 3 Januari 2013.

Isnin, 8 Ogos 2011

Kuih Tradisional Melayu

I merupakan seorang penggemar kuih tradisional Melayu. Antara kuih kegemaran Tepung Torak; Kuih Koci Pulut Hitam; Cucur Badak; Kuih Limas/Tepung Pelita; Kuih Koleh Kacang; Kuih Cara dan Kuih Popia Goreng Cili/ Basah.

Banyak lagi yang lain...yang maleh nak naip kat sini...

Bulan puasa gini, i memang suka makan kuih2 sebagai juadah berbuka. tak de nasik atau makanan heavy lain pun tak pe...kuih dpt 3-4 ketul da kenyang.

I bukan takat taw makan je taw... ada la beberapa jenis kuih lama yg i taw buat sendiri seperti Buah Melaka; Badak Berendam; Limas/Tepung Pelita; Cucur Badak; Karipap dan Cucur Keria. 

Yang dari dulu sampai sekarang tak pandai2 juger buat..laaahai..malu nak cakap..CEKODOK PISANG! i suka naa kuih ne tp x pandai buat. Orang kata senang je buat 'coq kodok'...mungkin ramai taw buat tp x ramai yang 'pandai'... hanya tangan org lama jugak yg buat sedap... cucurnya byk pisang tapi bila goreng molek je bulat n berbucu garing dan yang penting..tak makan minyak! Kat luar tu mmg bole jumpe byk cekodok pisang. Tapi, kalo byk pisang...bila picit boleh nitis minyaknye...kalo x makan minyak..bulat2 comel..bila rasa..soda plak yg banyak!Hmmm... buat sendiri memang da byk kali..tp x jadi..huhu...

ok la...kalo sesapa de tips nak buat cekodok spt kriteria yg i suka..sila komen ya!Thanx...


Jumaat, 22 Julai 2011

Masa Lapang Bersama Teman-teman

Teman atau Bahasa Korean : ì¹œêµ¬ (Bunyi Lebih Kurang :Chego). Aku seorang yang sayangkan teman-teman ku. Kerana bagi aku, teman itu satu kurniaan Tuhan yang menceriakan perjalanan hidupku baik semasa suka mahupun duka.

Kembali mengenang teman-teman ketika berkerja di salah sebuah syarikat swasta (percetakan). Antara teman ku paling rapat seperti Wahida (Yda); Intan Syafinaz dan Asrul Imry. Boleh katakan kami akan lunch bersama setiap hari. Borak tentang kehidupan masing-masing, gelak ketawa..suma tu dapat kurangkan tekanan kerja. Tambahan pula ketika itu, suamiku wajib berkursus 6 bulan dan jarang sangat balik ke rumah. Antara port lepak kami yang famous seperti Food Court Giant Batu Caves. Jika petang selepas habis waktu pejabat kadang-kadang kami pekena Satay Minang di Green Wood. Kadang2 aku balik amek Erfan (duduk dengan babysitter) join sama. Waahhhh...rindunye!! Lama sangat tak merasa satay minang!Sluurrppp!!

Wahida... seorang yang cekap bekerja dan hasil kerja yang kemas. Dia melalui banyak juga tekanan dari bos pada permulaan hinga ntah berapa kali menangis. Tapi lama-kelamaan bos nampak sayang pulak kat dia...hahaha..Tapi sekarang Wahida dah ada kerjayanya sendiri di MARA.

Intan... ini anak buah bos. Intan seorang yang sangat penyabar. Semua tekanan kerja dia pandai channel ke lain..dan yang pasti kerja dia siap. Minta saja bila2 masa unuk dia stayback. Pasti boleh.

Asrul Imry. Orangnye hensem..ala2 artis Bollywood gitu. Dia ne belajar lain, keja lain. Sekarang x pasti dia kerja kat mana. Tapi yg pastinya, dia antara teman rapat aku dulu. Pernah suamiku x dpt temankan aku jumpe wakil insuran di Taman Tasik Titiwangsa (lokasi Iswara hilang), dia lah yang bawa aku ke sana. Bila dh hampir selesai baru suamiku sampai, masa tu kesian jugak ngan dia..aku balik ngan suami ku, dia pulak balik sorang...but fren..i'm very appreciated. Selepas aku bertukar kerja di syarikat lain dan perlu oustation ke pantai timur..umah mak Asrul ini la aku lepak. Hingga aku juga terbiasa memanggilnya 'Ma' mcm adik beradiknya yang lain. Afaf Amera adik bongsunya. Kini, aku tak berhubung dengan dia tapi kadangkala ada jugak bertegur sapa dengan adiknya di FB.

Semasa 1st service dalam gomen (di KL) pulak, antara yang pernah rapat seperti Alin, Jay dan Emilda. Tempat lepak kami di cafe aje. Cuma Jumaat lunch hour aje kami kerap lajak ke Ampang Park.

Itu antara teman-teman lama yang akan sentiasa aku kenang.

Dan sekarang, di pejabat sekarang...aku juga mempunyai teman-teman seperti itu. Syukur Tuhan, kerana memberi kurniaan ini sekali lagi.

Rahezan, Yuice, Nur Rosma antara teman2 rapat ketika ini. Mereka memang penghibur hati. Lebih kurang dalam tempoh 4 bulan bersama, aku terasa amat senang dengan mereka. Bila suamiku sibuk dengan urusannya samada tentang kerja atau leisure dengan teman2nya, aku ada teman2 ini yang bersamaku.

Rahezan... seorang yang sangat berpotensi untuk melangkah ke arah kerjaya yang lebih tinggi. Berkelayakan cuma belum tiba rezekinya lagi. Tapi jika dilihat, dia lebih layak berbanding pegawai2 muda 'fresh graduate' yang terus masuk keja. Dia juga seorang yang independent. Sememangnya wanita skrg perlu begitu, tak perlu bergantung sangat pada suami.

Yuice...ini kira pangkat adik2. Orang Perak..samer teman ler!! Dia mempunyai keazaman yang tinggi untuk develope kerjayanya. Bukan hanya melalui sektor sedia ada tetapi juga bidang lain yang kelihatan lebih mencabar. Sebagai teman aku menyokongnya dari belakang. Nak tolong, mungkin tak dapat..jadi selayaknya sebagai teman...kami memberi kata semangat kepadanya. Selain itu, aku sangat suka mendengar dia bercerita..apa jua percakapanya sangat bersungguh2 dengan mimik muka dan gaya. Kadang2 ceritanya tak la menarik sgt pun, tp ekpresi dirinya membuatkan kawan2 layan je..

Nur Rosma... ini teman sebaya ku. Berasal dari Bumi Kenyalang. Dia juga ada gaya bercerita yang tersendiri. Kalo tak silap, tarikh lahirnya sama dengan tarikh my X-Bos. Adakala dia sangat bersahaja, tetapi sikap bersahaja itu mencuit hati temannya ini. Dia ne, sama dengan Yuice..bab bergambar memang tak kalah taw!

Aktiviti kami, daily breakfast bersama...lunch..kami suka keluar dr Kompleks D tu...kalo panjang kaki..ke Bangi kami lajak. Hari Jumaat pulak masa rehat yang lama...jika ke Alamanda n ada xtra time pas makan, kami karaoke. Percaya tidak? 1st time aku masuk pusat karaoke taw!! Hingga kini sebenarnya aku masih malu2 menyanyi..ha ha...tapi sikap sporting and happening diorang ne yang best tu... suka sangat aku nengok diorang nyanyi...


Dan beberapa kali juga aku ajak diorang dtg makan2 kat umah. Best weh bila dpt lepak kat umah ngan kengkawan.

Ok la..aku rasa penat plak menaip neh...lenkali la sambung.. chow!!

Ahad, 3 Julai 2011

HOBI & AKTIVITI DEDULU YANG SEGAR DIINGATAN


Lama tak update blog neh.
So, malam neh mau kasik update dalam 2 ke 3 tajuk.

Sekarang masuk bab hobi pulak. Zaman kecik dulu, hobi ngemas n ngubah kedudukan perabot dalam umah. Pusing sana kejap pusing sini. Mak abah memang selalu bising. Tapi nak buat macam mana. Dah suka.

Pastu, petang lepas skola.. kalo taw abah kena panggil untuk buat 'wiring' umah orang..laju je ngikut. Suka mende teknikal neh! Memula ikut tlg bawak barang je..melangut tgk abah buat keja sorang.

Lama kelamaan... abah pun lembut ati ngajar 'wiring'... so, kalo nak taw...tak kurang 5 buah umah kat taman tu yang aku 'wiring'kan umah diorang. Ade jugak yang di luar taman tu aku ikut abah...contohnya umah kampung (papan) area Batu 9... 'Wiring' untuk pasang lampu, pasang suis, 3 phase plug n lenlain yang berkaitan. Dulu, wiring neh pakai cover pvc yang nipis tu...actually penat n panas weh..memanjat sampai ketinggian siling umah. Tapi dh minat nak buat camno? Dek kerana xtvt neh le, aku agak terkenal dikalangan pak cik2 mak cik2 kat taman nun...

Hobi lain masa skola, suka nuleh cerpen. Guna typewriter manual je..kakak punye. Cerpen-cerpen tu staple@ binding pastu letak kat kelas. Kadang2, member pas plak ke member kelas lain...ha ha..

Itulah antara hobi ku. Kalian nye hobi masa kecik ape plak?


Impian Zaman Kanak-kanak

Setiap orang pasti mempunyai impian.
Dari zaman kanak-kanak hingga ke alam dewasa.

Masa kecik2 dulu memasang impian bila besar nanti nak ada keta sendiri sebab suka tengok pompuan drive keta dalam citer kat TV. Alhamdulillah, kira impian tercapai. Cuma hanya ada satu impian@ mungkin lebih bersifat keinginan untuk memiliki hadiah teddy bear besar... yang sehingga kini belum tercapai.

Jika diikutkan, bole aje beli sendiri sekarang neh. Tapi, dah keinginan nak 'hadiah'..tak kan nak beli hadiah untuk diri sendiri. Mungkin itu sekadar impian kecil bagi sesetengah orang... tapi pada aku...aku masih menyimpan keinginan itu.

Dari mula kawan dengan suami ku dia tahu keinginan ku itu..cuma maklumlah..dia tu amat 'penyimpan' terutamanya tika itu masih bergelar student... so dari nanti ke nanti.. ia kemudiannya hilang begitu sahaja.

Adakala, sekarang pun masih juga bertanya direct je..mana teddy bear yg dijanjikan tu... jawapannya senang aje... dia dah bagi teddy bear 2 tu (Erfan n Nejad)...hmmm... maka terkubur saja la impian kecil tu. Mungkin padanya, dengan usia kami yang telah mencecah 30-an ini tak perlu lagi benda mcm tu. Namun, jauh disudut hati... impian kecil yang disimpan sedari zaman kanak-kanak itu mempunyai nilainya sendiri dan harapan untuk mencapainya masih ada.



Comelkan? Tapi x der la sebesar neh... So, buddies? Cuba kalian imbas semula apakah impian@ keinginan masa zaman kanak2 yang masih belum tercapai...

~end~

Ahad, 29 Mei 2011

25 Mei 2011 ~ 29 Mei 2011

25 Mei 2011 (Rabu)

Aku kembali ke Bangunan Zetro sebagai bukan kakitangan agensi di situ. Berjumpa dengan kawan2 di sini seperti mendapat injection vitamin. Ramai yang menegur, kononnya makin kurus n makin comel!! Aww..malu i...(betol ker)..ha ha...

Selepas berborak beberapa ketika dengan kawan2, aku berpeluang untuk membuka x-PC aku. Tujuannye satu je, nak amek file lagu yang aku rekod sebelum tinggalkan JLKN. Lagu tu aku rekod dalam keta menggunakan tape recorder Bro Basri... Menggunakan minus one lagu Bila Cinta (Lagenda Budak Setan) dan aku ubah lirik mengikut maksud situasi ku pada masa itu. Kononnye, lagu tu nak diemelkan pd adik2 di situ..tp bila dgr byk kali..rasa malu plak..jadi aku simpan je..(cuma cc aje yg sempat dengar kerana aku mtk komen dia antara 2 record tu yg mana better)... dan aku terlupa pulak nak delete.. jadi ketika ini aku berpeluang le save dlm thumbdrive dan di PC tu aku delete ler....so dah SELAMAT...ha ha

Selain daripada itu, aku juga berpeluang bertemu dengan si kembar yg debab mebab!! Kali neh byk pegang si kakak...dan tak banyak nangis seperti dulu.. mood baik kot...

Kemudian pegi lunch di kedai Asam Pedas Melaka claypot yang kaw bersama x-Bos...pergh!!Siap tapau seketul untuk suami ku...ye la, pasni x taw bila lagi nak g situ..kalo x de hal, x de nye nak menapak pegi..

Dan petang, rehearsal untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Aku bersyukur atas kurniaan rezeki ini. Bagi yg tak dapat, bukan bermakna mereka tidak cemerlang... tetapi ada juga yang lebih cemerlang dari ku. Cuma, mungkin bukan rezeki lagi atau terdapat kesilapan teknikal yang memang disengajakan..ops?? Apa pun terima kasih kepada x-Bos ku dan juga rakan sekerja yang selama ini menyokong dan membantu dalam proses kerja ku sepanjang aku di sana.

26 Mei 2011 (Khamis)

Pagi, berlangsungnya Majlis APC. Alhamdulillah, wang imbuhan juga dh clear dalam akaun. Lunch pulak, kebetulan ada sedikit jamuan diadakan sebagai penghargaan kepada seorang lagi staf pero yang akan posting keluar. Selesai lunch, aku pergi ke ''Singapore'' untuk membeli camera digital. Bukan apa, nak guna wang imbuhan td kepada mende alah yang nampak le.. jd di situ aku membelanjakan sebahagian daripada duit itu.

Dan petangnye aku kembali ke Putrajaya dengan membawa pulang bersama pelbagai perasaan... yang mana selain Allat SWT, hanya aku yang memahami dan merasainya...


28 Mei 2011 (Sabtu)


Kami 4 beranak berada di Taiping, Perak untuk menghadiri kenduri anak Pak Lang. Pagi, suami ku bersama mertua ku bergegas ke Selama untuk menziarahi bapa mertua ipar ku yang sedang sakit tenat. Kemudian, tengahari, kami g kenduri.

Petang, bila budak2 n ayah budak tidur keletihan.. aku ke salon.. waahh..suami ku dh lama request nak aku potong rambut pendek paras bahu... dan kali ni aku potong paras bahu dan..kasik extra skit..rebonding gitu!! Proses amek masa lebih kurang 3 jam. Dan bila dh selesai, suami ku memang excited nak tgk hasilnye... bila aku sampai n bukak tudung...waahh..dia tgk ala2 terpegun seh!!! Eleh..suka la tu! Cuma bila aku tanya dia berapa markah..dia kata 100 markah... Tapi anak sulung ku menyampuk, "abang bagi ummi 1000 markah"!! Huh..tak nak kalah ngan ayahnye...

29 Mei 2011 (Ahad)

Kembali ke Putrajaya... OTW n dalam keta..encik suami mintak x yah pakai tudung n pakai spek itam..waahh..request tu..ha ha...ye la..dh dlm keta...kasik can le...

Petang, pergi ke tapak Pehimpunan 1 Juta Belia, untuk bertemu dengan sepupu suami yang dh lama tak jumpe..aku sangat rindu pd dia.. alhamdulillah, bertemu kembali juga akhirnye...

OK, cukup untuk kali ni... hanya story mory..gambar x de ye..gambar masa APC..hu hu sadish sket..Nejad main enpon terdelete a fews picture yang aku sayang.. x pe la, takdir...

~ end ~







Selasa, 17 Mei 2011

Zaman Kanak-kanak

Aku juga ingin berkongsi permainan atau medium hiburan semasa zaman kanak-kanak. Bagi yang berumur seangkatan ku pasti mempunyai sedikit memori tentang gambar2 ini :




Anak Patung Kertas

















Malas pulak nak tulis mende alah setiap gambor tu..tapi yang seangkatan usia aku pasti taw ler..

2 be continue...

Kuala Lumpur Dahulu dan Sekarang

Kuala Lumpur... mengikut no. IC, aku merupakan anak negeri WPKL. Tapi, kedua orang tua ku jati Perak. Justeru, pastinya aku lebih merasai jiwa Perak kerana keluargaku di Perak dan aku dibesarkan di sana.

Jom mengimbas beberapa gambar KL dahulu...


Ampang Park


Bukit Aman


Dataran Merdeka


Hospital Kuala Lumpur


Jalan Bukit Bintang




Kampung Baru



KL 1880



KL 1900



KTM Sebelum 1910


Masjid Negara





Bangunan Parlimen



Gambar Kanan : Tanah lapang adalah tapak KLCC



Federal Office Store?



Stadium Merdeka

Cukup setakat ini dulu gambar2 lama Kuala Lumpur... dan sedikit gambar KL sekarang :


KTM Sekarang




Masjid Jamek Sekarang



Ampang Park Sekarang


Ok...semoga bertemu lagi di lain part untuk bercerita tentang KL atau mungkin Perak...

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :