Teman atau Bahasa Korean : 친구 (Bunyi Lebih Kurang :Chego). Aku seorang yang sayangkan teman-teman ku. Kerana bagi aku, teman itu satu kurniaan Tuhan yang menceriakan perjalanan hidupku baik semasa suka mahupun duka.
Kembali mengenang teman-teman ketika berkerja di salah sebuah syarikat swasta (percetakan). Antara teman ku paling rapat seperti Wahida (Yda); Intan Syafinaz dan Asrul Imry. Boleh katakan kami akan lunch bersama setiap hari. Borak tentang kehidupan masing-masing, gelak ketawa..suma tu dapat kurangkan tekanan kerja. Tambahan pula ketika itu, suamiku wajib berkursus 6 bulan dan jarang sangat balik ke rumah. Antara port lepak kami yang famous seperti Food Court Giant Batu Caves. Jika petang selepas habis waktu pejabat kadang-kadang kami pekena Satay Minang di Green Wood. Kadang2 aku balik amek Erfan (duduk dengan babysitter) join sama. Waahhhh...rindunye!! Lama sangat tak merasa satay minang!Sluurrppp!!
Wahida... seorang yang cekap bekerja dan hasil kerja yang kemas. Dia melalui banyak juga tekanan dari bos pada permulaan hinga ntah berapa kali menangis. Tapi lama-kelamaan bos nampak sayang pulak kat dia...hahaha..Tapi sekarang Wahida dah ada kerjayanya sendiri di MARA.
Intan... ini anak buah bos. Intan seorang yang sangat penyabar. Semua tekanan kerja dia pandai channel ke lain..dan yang pasti kerja dia siap. Minta saja bila2 masa unuk dia stayback. Pasti boleh.
Asrul Imry. Orangnye hensem..ala2 artis Bollywood gitu. Dia ne belajar lain, keja lain. Sekarang x pasti dia kerja kat mana. Tapi yg pastinya, dia antara teman rapat aku dulu. Pernah suamiku x dpt temankan aku jumpe wakil insuran di Taman Tasik Titiwangsa (lokasi Iswara hilang), dia lah yang bawa aku ke sana. Bila dh hampir selesai baru suamiku sampai, masa tu kesian jugak ngan dia..aku balik ngan suami ku, dia pulak balik sorang...but fren..i'm very appreciated. Selepas aku bertukar kerja di syarikat lain dan perlu oustation ke pantai timur..umah mak Asrul ini la aku lepak. Hingga aku juga terbiasa memanggilnya 'Ma' mcm adik beradiknya yang lain. Afaf Amera adik bongsunya. Kini, aku tak berhubung dengan dia tapi kadangkala ada jugak bertegur sapa dengan adiknya di FB.
Semasa 1st service dalam gomen (di KL) pulak, antara yang pernah rapat seperti Alin, Jay dan Emilda. Tempat lepak kami di cafe aje. Cuma Jumaat lunch hour aje kami kerap lajak ke Ampang Park.
Itu antara teman-teman lama yang akan sentiasa aku kenang.
Dan sekarang, di pejabat sekarang...aku juga mempunyai teman-teman seperti itu. Syukur Tuhan, kerana memberi kurniaan ini sekali lagi.
Rahezan, Yuice, Nur Rosma antara teman2 rapat ketika ini. Mereka memang penghibur hati. Lebih kurang dalam tempoh 4 bulan bersama, aku terasa amat senang dengan mereka. Bila suamiku sibuk dengan urusannya samada tentang kerja atau leisure dengan teman2nya, aku ada teman2 ini yang bersamaku.
Rahezan... seorang yang sangat berpotensi untuk melangkah ke arah kerjaya yang lebih tinggi. Berkelayakan cuma belum tiba rezekinya lagi. Tapi jika dilihat, dia lebih layak berbanding pegawai2 muda 'fresh graduate' yang terus masuk keja. Dia juga seorang yang independent. Sememangnya wanita skrg perlu begitu, tak perlu bergantung sangat pada suami.
Yuice...ini kira pangkat adik2. Orang Perak..samer teman ler!! Dia mempunyai keazaman yang tinggi untuk develope kerjayanya. Bukan hanya melalui sektor sedia ada tetapi juga bidang lain yang kelihatan lebih mencabar. Sebagai teman aku menyokongnya dari belakang. Nak tolong, mungkin tak dapat..jadi selayaknya sebagai teman...kami memberi kata semangat kepadanya. Selain itu, aku sangat suka mendengar dia bercerita..apa jua percakapanya sangat bersungguh2 dengan mimik muka dan gaya. Kadang2 ceritanya tak la menarik sgt pun, tp ekpresi dirinya membuatkan kawan2 layan je..
Nur Rosma... ini teman sebaya ku. Berasal dari Bumi Kenyalang. Dia juga ada gaya bercerita yang tersendiri. Kalo tak silap, tarikh lahirnya sama dengan tarikh my X-Bos. Adakala dia sangat bersahaja, tetapi sikap bersahaja itu mencuit hati temannya ini. Dia ne, sama dengan Yuice..bab bergambar memang tak kalah taw!
Aktiviti kami, daily breakfast bersama...lunch..kami suka keluar dr Kompleks D tu...kalo panjang kaki..ke Bangi kami lajak. Hari Jumaat pulak masa rehat yang lama...jika ke Alamanda n ada xtra time pas makan, kami karaoke. Percaya tidak? 1st time aku masuk pusat karaoke taw!! Hingga kini sebenarnya aku masih malu2 menyanyi..ha ha...tapi sikap sporting and happening diorang ne yang best tu... suka sangat aku nengok diorang nyanyi...
Dan beberapa kali juga aku ajak diorang dtg makan2 kat umah. Best weh bila dpt lepak kat umah ngan kengkawan.
Ok la..aku rasa penat plak menaip neh...lenkali la sambung.. chow!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan