Jumaat, 11 Julai 2014

Kuih Raya 1 : Mini Popia Suci Dalam Debu

4G : Gulung, Gunting, Goreng, Gaul

Kita start upload citer kuih muih untuk Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi. 

Mini Popia Suci Dalam Debu adalah pilihan pertama yang aku dah buat dalam bulan puasa tahun ni. Sebab? Selain mudah *4G, ia juga best dijadikan kudap2 lepas terawih. Tak sempat tunggu raya doh!

Resepinya :

Sebungkus kulit popia

Sebiji putih telur = dijadikan gam penghujung gulungan popia

Nestum + gula pasir + horlicks = kisar halus

Caranya :

Gulung popia memanjang jadi macam rokok resedung tu.

Bila gam gulungan tadi dah kering, boleh gunting kecik2 saiz yang diingini.

Goreng popia yang dah gunting tadi.

Gaul dgn bahan kisar halus (nestum + gula pasir + horlicks)

SIAP!!!

Sape berminat boleh try ye. All da best!




Kek Marble UmmiErfaNejad


Salam Jumaat semua. Moga kita semua sihat bertenaga menjalani ibadah puasa hari ini dan hari berikutnya. Amin.

Semalam aku berkesempatan wat kek marble. Tetiba teringin nak makan kek panas2 fresh from oven. So start kul 5.45 pm gitu aku mulakan xtvt mengadun bahan2 kek. Adunan tu aku pukul secara manual aje macam orang dolu2 wat kek/ bahulu. Alhamdulillah jadi aje.

Ini la alat pemukulnye. Pukul dlm mangkuk nasik je pun.

Kalo dolu2 masa zaman anak dare, kat umah mak pakai had ne.

Dah siap adunan, cuma kurang seri sbb x de kaler merah.

Dapat dua bekas ne.

 Kul 7.10 pm gitu dah siap!!!

Bukan nak puji diri tapi serius sedap kek kali ni aku wat. Mungkin sebab lapor ke Wallahu'alam lah. Aku berbuka dalam 2 potong kek ne + 2 cawan teh tarik panas2. Burpp!!! Alhamdulillah. Kenyang....

Jom usha resepi yang aku intai dari internet n aku alter sket2 :

250 gm tepung gandum
150 gm gula castor
240 gm marjerin Daisy (aku beli sebekas yg 240 gm, tinggalkan sket utk sapu kat bekas kek)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovellette
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur ayam
1 sudu makan susu pekat manis

Caranya :

Pukul marjerin + gula sampai sebati

masuk sebiji demi sebiji telur dan pukul sebati

masukkan ovellette, esen vanila, susu pekat manis

masukkan tepung gandum (campur sesiap baking powder) sket2 dan sebatikan

asingkan beberapa bekas n masuk pewarna pilihan sendiri
susunla tingkek demi tingkek

*bila da siap adunan panaskan oven suhu 170 dalam 3 minit. 

*masukkan bekas kek tadi dengan suhu yang sama set time 40 minit (suhu atas bawah)
 
*dah siap..biarkan 5 minit kena udara, baru telangkupkan dan sedia untuk dihidang.... Alhamdulillah.

Ok, jika ada yang berminat dengan kekdah aku masak kek yang simple ne...cuba lah! All da best!

Wasalam.



Rabu, 9 Julai 2014

FRESHKON DISPOSABLE CONTACT LENS ~ MY CHOICE


Hai korang! Hari ne dah masuk 11 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah.

Kepala aku agak ting tong sket sekarang, jadi aku nak citer sal preparation sambut raya lah. Al kisah baju raya aku blum beli lagi...baju hb n kids da setel 2 bulan b4 puasa lagi. Y aku tak beli sekali? Jawapannya, tetiap tahun memang aku akan beli asing2...aku pi sensorang n ralit sket nk memilih. 

Ok, this entry bukan nak citer sal baju raya tapi nak citer sal mata.

Mata??? Ye lol, mata nak shantek jugek.

Ekceli memang da ade stock contact lens yang aku beli bulan Jun hari tu. Ade 3 kotak tapi baru guna sekotak. Aku jarang pakai contact lens. Biasa aku pakai bila ada majlis tertentu aje

Jenama pilihan hati dari dulu hingga kini adalah FRESHKON! Nape? Sebab :

1. Mudah pakai;
2. Color cantik2;
3. Selesa (x terasa ade menda asing lam mata); dan
4. Tahan lasak (lembut tp x mudah koyak).



Ade banyak pilihan color yang lenlain cuma favourite colors aku Brilliant Brown dan Magnetic Grey.

Wearing Magnetic Grey.



Jadi untuk hari raya nanti boleh le jenjalan tanpa pakai spec mata. Uols yang berminat nak melawa sket kat mata tu g usha contact lens kat web >>> FRESHKON

Bye!!!



Rabu, 21 Mei 2014

KUDUS SINAR MU - SITI NURHALIZA



one of my favourite song...berayun2 dengar time sedeh :(

KUDUS SINAR MU

Usah ditanya di hamparan mana
Tika terlena melata berkelana
Sesayup angkasa pun pergi
Selembah turuni
Di mana berdiri
Mata tutup tak berhati

Bagai bahtera kemudi diuji
Garis tertentang imbanglah haluannya
Berulang renung lapis langit
Nipisnya ragaku
Bukalah kelopak kudus sinarmu

Dia kekasih kasihnya memutih
Dia tercinta hadirnya tiap tika
Luhurnya teguh paut hati berkata
Sanubari idam pelukannya

Bagai bertemu rahsia
Penawar gelita
Hadir dalam damai titis... siramnya
Sinar kealpaan bak pelangi
Indah penuh warna
Dusta noda mata

Jika selaut cinta
Tulislah kalimatnya
Pastikan surut
Meski selaut jua

Serlah cendala jiwa
Insankan seharusnya
Jaharkan syahdu
Detik sesaat itu

Bagai satu cerita
Tafsirlah sebaliknya
Cuba mencari makna
Apakah hakikatnya



**Dunia hanya satu persinggahan, akhirat juga kekal abadi. Moga kembali aku kepadaNya dengan cukup bekalan untuk kekal di sana**



Jumaat, 2 Mei 2014

Minum MILO Anda Jadi Sihat Dan Kuat!


Salam petang Jumaat uolss.

Dah kenape isu MILO pulak pepetang ne.

Saje je sbb tetiba tingatkan si bongsu...Nejad. Milo ne kegemaran dia...sket2 nak melo...nak melo... hari2 melo melo melo. Ok la kan...kalo lambat buat, dia pi buat sendiri. Itu la Nejad.

Jom tengok sejarah milo... #sumberdarimforumcari.

Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat dan malt. Dikeluarkan oleh syarikat Nestle, minuman ini berasal dari Australia  tetapi kini dikilangkan di berbagai-bagai negara, termasuk Singapura, Filipina, New Zealand, India, Vietnam, Afrika Selatan, Jamaica, Jepun, Chile, Thailand, Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kenya, Syria, dan Ghana.

Minuman Milo dinamai sempena nama Milo dari Croton, ahli olahraga Yunani yang terkenal kerana kekuatan legendanya.


Milo dicipta pada tahun 1934 selepas amat banyak penyelidikan oleh Thomas Mayne. Pada asalnya, ia dikeluarkan dari sebuah kilang yang terletak di Smithtown, berhampiran dengan Kempsey, New South Wales, Australia.

Pada tahun 2004, Nestle meraikan hari ulang tahunnya yang ke-70.






Selasa, 8 April 2014

BERTAMU DI KALBU - JACLYN VICTOR




*lagu ne memang layan. ade sorang opismate aku bawak lagu ne masa karok memang superb...slurppp*

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma di naluri

 
Chorus

 
Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia
Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ulang Chorus

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu




Selasa, 4 Februari 2014

Di Pintu Syurga ~ Dayang Nurfaizah (OST Ariana Rose)

Hello...


Nak update sket je, minggu ne citer Ariana Rose last ye tengtawan...huhuhu.

Rajin nengok citer bersiri? Idok eh, kenkadang je...kalo jln citer best n pelakonnya tak kayu..layan jgk la. Mcm sebelum ne citer Lap U Mr Arrogant.

Ariana Rose ne aku layan dah separuh jalan...bile tgk cam best je, aku pun marathon tgk dr episod mula kat tenet ne ha...

Yang best lagi...lagunye...jom layan. Zassss!!!





Link lagu Di Pintu Syurga ~ OST Ariana Rose


Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya
Hilanglah sepi

(Korus)
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih

Ulang Korus

Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga

Komposer: Tam Spider
Lirik: Iman Imran


Dia yang pertama, InshaAllah...yang terakhir jua. Amin.


LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :