Sahur buka, sahur buka...da 7 Ramadhan.
Macamane puasa tahun ne?
Untuk aku sekeluarga, masa terasa agak pantas sebab ulang alik 2 umah..Putrajaya, Salak Tinggi.
Tahun ne jugak Nejad belajar puasa. Untuk tempoh 7 hari, Nejad puasa hari skolah aje bcoz...ticers galakkan belajar puasa (tapi sahur nye dlm jam 7.30 ke 8.00 pagi la...nama pun belajar. masa berbukanya sama, iaitu Maghrib). Wiken, dia tak puasa...jam 10.00 pagi dia dah laungkan 'azan' dengan niat nak buka puasa. Layankan je...biar dia puasa dengan kemahuannya. Baru 5 tahun kot.
Baju raya? Hmm...tahun ne tema untuk raya pertama Biru. Warna pilihan Nejad. Baju raya kedua pulak, pueh aku memusing...pegang sana belek sini...akhirnya purple jugak jd pilihan hati. Baju kasual, biasa la...macam2 kaler dan tahun ne Erfan n Nejad pilih sendiri, dah tak nak ummi ayah pilih yang sama ngan Nejad mcm tahun sebelum2nye.
Menu berbuka? Buat masa ne masih sama macam tahun lepas. Ala kadar aje. Aku macam biasa berbuka memadai dengan kuih muih dan air segelas..dah kenyang. Tapi untuk hero2 aku sediakan nasik. Ada masa aku balik petang, masak (dengan bantuan Chef Erfan..nak kasik dia ghalit). Ada masa aku tapaw je kat kantin. Kat kantin opis ne, dalam jam 12.00 th gitu macik2 da mula jual sesambil masak lauk yang nak bwk ke PARAM (Pasar Ramadhan).Jadi, tak perlu la aku nak ke Param, aku cekaw kat kantin dulu. Kalo aku nak masak kat umah, aku just tapaw kuih muih aje. Senang kot.
Buat masa ne, baru sekali aku g param. Sabtu lepas...memang tak masak langsung bcoz nak bg peluang anak2 wat pilihan menu sendiri. Bagi sorang RM10. Kira bajet 4 beranak dalam RM40 la. Tapi sudahnya, total perbelanjaan adalah genap RM50. Hehehe...
Ahad nye pulak, dek kerana tak puas ati briyani + kambeng kat param yang kureng sedap katanya, encik hb request masak sendiri kat umah. Apo laie, kami ngajak sekali adik2 aku dan kira meriah la jgk. Aku wat briyani + dalca daging + dekat2 nak berbuka wat roasted lamb. Adik aku plak bawak si Nora bawak puyuh golek (home made gitu by Chef Kimi..iyeker) dan si Ain bwk Murtabak + Popia Basah. Then, buat terawih berjemaah.
Sehingga +- seminggu Ramadhan, begitulah kisahnya... Mohon maaf kepada sekalian sahabat semua sekiranya ada salah silap yang pastinya saya tak sengajakan. Semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna penghayatannya.
** Sedang merancang program umah terbuka yang akan dibuat di Taman Ixora. Ade bajet mau wat special sket.
jom layan sket gambar2 Ahad lepas :
Proses marinate 'lamb' |
Nasi Briyani in da making |
Bahan2 untuk wat Dalca Daging |
40 minit sebelum berbuka... |
Panaskan Puyuh Roasted |
Terawih berjemaah... |
Alhamdulillah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan