Agak bersawang jugak la blog aku ne. Lama tak citer2 kat sini kan?
Agak bizi la weh...baru aje selesai beberapa tugasan penting di pejabat dan juga urusan rumah baru kat BBST tu.
Urusan umah Ixora tu, baru je selesai pasang grill, kipas, lampu dan langsir. Maklumlah, kami buat urusan tu Sabtu/Ahad je. Jadi berleretan la penat sepanjang minggu + hari bekerja (tak amek cuti lagi walaupun dok plan...tak menjadi2,hukss).
Ok la, bila aktiviti seharian padat..macam aku, keja di opis, balik umah sambung kerja2 umah...begitu la rutinnya. Semua itu membuatkan aku jadik penat dan lesu. Jadi aku perlu cari aktiviti sukan untuk tambah stamina. Eceh, stamina pulak!
Kat opis ade gym, cuma tak berkesempatan nak pegi. Lagi pun tak de geng pompuan nak gi, gym tu ghamainye lelaki. Akukan pemalu, hikss!!! Konon.
Jadi semalam aku pun join opismate main bola jaring. Sukan yang dah lama sangat aku tinggal. Sebenarnya, kami baru nak set up team untuk jabatan.
Dedulu masa skolah aku memang aktif sukan. Bola baling dan bola jaring kedua2nya aku main untuk sekolah dan daerah. Cumanya bola baling lebih cemerlang sebab team skolah kami jadi JOHAN untuk sekolah2 Perak (kami wakil Daerah Larut Matang dan Selama). Bola jaring pun sama, kami wakil daerah cumanya tak menang la...hehe.
Position aku kalo bola baling, aku main 'defend' dan kalo bola jaring Wing Attack (WA) atau WD (Wing Defend) sesekali C pun main jgk. Tapi, jangan suh aku jd GS atau GA sebab aku memang failed kalo nak suh shoot. Ampun!
Itu antara perihal aku dalam bersukan di sekolah. masa kat poli pun main jugak tp tak aktif.
Jadi semalam, memang rasa badan lebih segar. Betullah, bila bersukan badan kita akan rasa lebih sihat. Balik semalam Maghrib, aku sempat pusing kain, masak dan iron baju untuk seminggu depan (baju encik suami je la..sebab baju dia susah iron kan). Baju dia aku kena iron awal sebab dah taw wiken akan bizi dgn hal umah Ixora tu. Baju aku, Erfan dan Nejad tak pe, senang iron dan amek masa sekejap je.
Insha Allah, jika tiada urusan lain2 aku akan turun padang tetiap minggu. Nak bwk budak2 pun boleh sebab padang luas dan ada tempat depa nak bermain. Sebelah court bola jaring ada court bola tampar. Semalam kelab booking bola tampar untuk tim lelaki (depa ne ramai sungguh, maklumlah budak2 teknikal yang selalu buat inspection...kena aktif yedak?)
Ok, itu sahaja update dari aku kali ne. Check it out babe!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan