Alhamdulillah, awal tahun 2013 lalu kami dah boleh menduduki rumah yang suami aku beli di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi. Rumah teres dua tingkat.
Sebaik sahaja menerima kunci rumah bermulalah aktiviti hujung minggu yang agak memenatkan. Aliran tunai jugak agak laju menyusur.
Kami tidak berhajat lagi nak ubahsuai rumah sebab ia memakan belanja yang tinggi. Lagipun, ruang asal yang ada bagi aku da mencukupi. Bilik 4, tandas 3, dapur sederhana besar, ruang tamu yang ku kira sangat selesa adalah memadai untuk penuhi keperluan kami 4 beranak.
Part 1 ne aku nak list out perbelanjaan yang telah kami buat sehingga kini. Untuk rujukan sendiri dan mungkin panduan pada sesiapa yang nak masuk umah baru.
Jom kita check >>>>
Stor bawah tangga = RM500.00
Awning belakang rumah = RM1,800.00
Lampu Kalimantang, chandeliar, lampu dinding = RM500.00
Lampu ruang tamu dan master bedroom = RM200.00**
Kipas siling x 5 unit = RM900.00
Langsir + rails = RM700.00
Katil + tilam x 3 unit = RM2,100.00
Katil master bedroom + tilam = RM950.00**
Sofa 3 + 3 =RM1,400.00
Meja makan 8 seaters = RM1,400.00
Console table + cermin (meja make up ala hotel kunun) = RM390.00**
Kabinet dapur + hob + hood = RM4,049.00
Kunci (Solex + pedei ayam) = RM70.00
4 Set cadar = RM360.00**
Lain-lain keperluan * = RM250.00**
TOTAL (13.3.2013) : RM15,569.00
* Toiletries, penyapu, mop, air freshner etc
** aku bayor (lenlain, encik suami le bayor)
Banyak lagi yang belum beli dan antara yang wajib ade dan nak pi cari minggu2 seterusnya adalah :
Air conditioner
Rak TV
Pinggan mangkuk ayyun
Carpet (4 bilik, holding room, main hall, dining..mak oiii)
TV (main hall dan holding room)
Peti sejuk
Wardrobe x 4 bilik
Cermin bilik ayor x 3
Alas kaki x 6 pintu
Awning depan rumah (polycarbonate + steel)
Sinki dapor (Nak buat lain dari yg asal)
Jam dinding chantek x 4 ruang
Rak kasut
Ikutkan list tu, brapa lagi ye nak kena kuar duit...grrr.
Beli ikut kemampuan, sikit-sikit dan elak berhutang piutang ye dok? Stakat ne kami berbelanja guna duit simpanan yang ade, tarik sikit2 dan bonus dari duit simpanan. Belum lagi berhajat nak buat personal bagai. Kekdah kami berbelanja "ukur baju di badan sendiri".
Sedikit gambar2...
|
Meja makan untuk 8 orang |
|
Master Bedroom |
|
3 bilik tidur, semuanya letak katil yg sama begini |
|
Ruang Solat dalam bilik |
|
Ruang tamu...simple aje |
|
Cabinet TV
(in future nak tempah wall cabinet..skang bajet ngak ada dong...) |
|
3 bilik tidur, semuanya letak almari yg sama begini.
Kami tidak tgl permanent di sini, jadi lebih praktikal saiz mcm ne
tetamu yg dtg juga boleh guna sbb kami tak simpan brg dlm ne |
|
Cabinet dapur |
|
Lampu dan kipas siling bilik
(kumpul bajet tuk pasang air conditioner skang ne..hikss) |
|
Lampu di laluan tangga |
|
Lampu favourite aku...di ruang makan |
|
Lampu dan kipas siling kat hall...lampu kat kipas leh tukar 4 pencahayaan
(ngah kumpul bajet gak nak beli air conditioner + chandelier) |
Tambahan perbelanjaan terkini :
Carpet 3 keping = RM700.00
Tong Gas = RM75.00
Bantal = RM80.00
Rak TV = RM400.00
Almari 3 bilik = RM660.00