Khamis, 31 Mei 2012

SK II Kembali Lagi


Tengahari tadi aku g tangkap SK II [Toner + Mask + Essence].

Gigih nak perbaiki tona n struktur kulit [maklumlah... usia semakin bertambah]. 

Lagipun da jadik member since last year so, setiap kali beli kita pun dpt point... kumpul2 point boleh la redeem product SK II yang lain plak.

Naa... ini set yang aku amek kali ni :



Preparation untuk raya sama ne... [uishh... raya plak da!! Ye la, raya lagik 2 bulan lebih aje lagi kan... so pakai sekarang Insyaallah raya muka berseri2. Eceh!!!]

Wait n see, will update here after 2 weeks ya!! Check it out!!

Panggilan Temuduga COTI



Hari ne baru aku teringat, 28hb Mei 2012 keputusan samada layak atau tidak untuk pergi temuduga COTI da kluar. 

Maka, aku pun check le dan Alhamdulillah aku berjaya penapisan pertama. Aku perlu hadir sesi penapisan kedua iaitu temuduga pada 11 Jun 2011 [Isnin]

Komer nok taw dak [ceh, ayat Perak la pulok]... teman sekarang umpama demotivate n rasa serba serbi malas nak buat. Termasuklah nak pi temuduga ne. 

Lagipun 11hb dan 12hb tu ikut jadual aku kena g buat Naziran kat Opis Cawangan Key Ell. Dalam kepala otak nak pi opis KL lebih drpd nak g tebiu coz nak pi Full House + reround KLCC

Jadi sekarang 80% [ TAK nak pi tebiu] 
dan 
20% [ NAK g tebiu].

Ada masa lebih kurang 2 minggu ne, tengok le keadaan macamana. Tapi berdasarkan kemalasan nak membaca a.k.a study sal Korea ne, rasenya yg percent 80 tadi mungkin mencanak naik 95% kot nextweek...
wakakaka... fikir fikir..nana na nanaaaaaa....

Awal tahun ritu aku ade pegi tebiu nak ke Korea jugak, Pertukaran Belia, tapi tak de rezeki..aku tak berjaya. citer lanjut di sini :





Rabu, 30 Mei 2012

TIKA DAN SAAT INI ~ MEDICINE


LAGU FAVOURITE MASA KECIL2 DULU... KALO BALIK KAMPUNG MAK DI SUNGAI BATU, PANTAI REMIS...PANJAT POKOK, KADANG2 BAWAH POKOK, NYANYI LAGU INI.



Tika begini mencari-cari
Sebuah cinta hilang
Saat begini ternanti-nanti
Bayangmu saYUNK...

Bertanya-tanya pada sang bunga
Mengapa layu jua
Bertanya-tanya dihujung rindu
Kau pun berlalu

1
Ku ulangi pertemuan
Walau hanya mendakap sisa cinta
Bersama rindu yang terdampar
Saat ini aku sendiri menangisi
Pemergianmu kekasih
Dan cuba memujuk rindu
Yang pedih tercalar
Di sudut ingatanku
Airmataku kau renang bahagia

( ulang 1 )

Tika begini aku sendiri
Kau menyepikan diri
Saat begini kau padu janji
Kasih yang baru
Kumasih sendiri...


Terpukau Seribu Rindu ~ S.L.A.M


Kering dan lesu mataku
Bila kurenung matahari yang gerhana
Hilanglah punca dan arah
Untuk kukembali menyulam keindahan
Tempias dijendela
Bagai memberitahu
Aku kehilanganmu
Ooo... yeah...

Lemah dan longlai langkahku
Bila ku kutip sisa cinta yang tertinggal
Masakah ada kasihmu
Untukku kembali menggapai kebahagiaan

Desiran bayu senja
Sampaikan kepadanya
Hanya dia kudamba
Ooo... yeah...

Tak kusangka keghairahan
Memukau seribu rindu
Akhirnya kutewas kernanya
Maaf kanlah kekasih
Kesalahan diri ini
Membiarkan kau sendiri
Oh... sayang


Satukan Hati Kita ~ S.L.A.M






Usah kau berpura-pura
Sembunyi cinta dalam hati
Sucikan prasangkamu
Sabarku ada batasnya

Singkirkan dusta singkirkan lara
Suburkan jiwa
Penuh insani
Tak perlu kau bandingkan
Di antara cintaku dan kekasihmu
Diriku tetap aku
Yang punyai naluri
Cinta yang tersendiri
Yang penting kejujuranmu
Menyakinkan cinta

Tidak ku undur diri
Ku kejar hingga ke mati
Biarlah sakit di mata
Di hati suburnya mewangi
Singkirkan dustamu
Singkirkan laramu
Satu hati kita
Merahkan cinta

Satu Jalan Satu Pegangan ~ S.L.A.M




Asam di gunung, ikan di laut
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya

Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia

Hmmmm... dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi... nafas
Diam terhenti

Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa

Kau dan aku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi
Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya... Tuhan... menentukan

Kita diajar mengenal satu
Yang kunyanyikan sejak dulu
Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh... oh...

Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi... ke syurga...

Jumaat, 25 Mei 2012

Kota Kinabalu Sabah [13 Mei 2012 - 16 Mei 2012]

Hello semua...

Lama tak hapdet blog ne. Agak bizi dengan urusan kerja di luar.

13 Mei 2012 - 16 Mei 2012 sekali lagi aku ade urusan kerja di Kota Kinabalu, Sabah. Seperti biasa menginap di hotel pilihan hati di Le Meridien. Kali ne kami tinggal sebilik bertiga. Bilik sama mcm sebelum ne, sea view.

Jumpe Bella kah? Harus jumpe sebab nak sampaikan roti Gardenia kesukaan dia ~ Butterscotch tuu [memang sedap pun roti ne, keluaran terbaik Gardenia rasanya]. Kami jumpe malam kedua aku di sana dan macam biasa Bella belanja makan seafood. Cuma kali ni agak jauh dari bandar KK, iaitu di Kampung Beringgis [restoran atas air gitu]. Sayangnya dua org opismate tak follow sbb diorg kurang sihat + penat round Pasar Philipines pas balik keje petang tu.

Selasa petang, kami round lagi area Le Meridien termasuk Waterfront. Banyak kali datang sini, tapi ini kali pertama taw ade restoran tepi laut yang exclusive dan halal iaitu Aesha. Jadi next time jika datang KK lagi, ini akan menjadi tempat wajib.

Maleh pulak nak taip byk2..jadik, layan gambo2 aje la ye?


Teh tarik Jonker Walk @ KLIA (Nak G Melaka Jauh kan)

Bye Bye Key Ell

Sajian dalam MAS (Serving kurang exclusive dari dolu2)

"Boooolan Madu di awan biroooo"

Ready for landing - KKIA

Bella bawak makan kat sini "Kampung Beringgis"

Deco yang agak klasik
Open air...bawahnya muara

Ini aku snap dari waterfront..cantik kan?

Ciptaan Allah SWT yang tiada tolok bandingnya


Tersengih dalam kepenatan..berjalan2...

Halal Food @ Waterfront

Matahari semakin terbenam sepenuhnya

Kiri gambar tu adalah Sutera Harbour. Satu hari nanti nak jugak try stay sini!!

Malam last, sempat turun bercappucino plus layan live band di Le Meridien Lounge

Kaw punya 'coffee'

Selamat tinggal KK, dak taw bila mau turun sini lagi :)

KKIA yang semakin jauh..............

Tenang melihat langit kebiruan

Tak pasti ni area mana, tapi cer tgk di laut sana...cantik!!

KLIA..i'm back!!

Hasil tangkapan di pasor (kali ni menonong aje beli ikan basah n cr antor kedai untuk packing..pepandai sendiri dan BERJAYA bawak balik Ikan yang teda di Semenanjung ini)

Erfan wif Man U Jersey dan Nejad wif Chealsea Jersey nye (Beli kat KK gitu, mcm la Semenanjung teda..opss!! Jersey ne dr Singapore ya!)

Perfume n Body lotion aku punye la... dua botol lagi untuk Encik Somi, upah jaga hero2..hehe [sowi..ada gambar 18sx sket kat kotak tuh]...ini sambor kat KKIA.


Itulah citernye, lambat apdet kat blog ne... ikan2 pun da selesai dikorbankan [aku amek skit je, bagi kat adik di Bangi n Salak Tinggi sama untuk depa merasa]. Takat kami 4 beranak tak terhabis ikan2 tu [dalam gambor tu tgl yang pas bagi ngan adik2 aku la].





Khamis, 10 Mei 2012

Sesaat Kau Datang -Ramlah Ram ft SleeQ


Ramlah Ram a.k.a KAK MELAH. Antara artis lama yang masih bertahan dan mampu lagi mengeluarkan lagu baru yang hits! Nah, layankan.....




Verse 1

Sesaat Kau Datang……..
Sesaat Kau Hilang………
Kemunculan dirimu…..
Penuh misteri………..

Verse 2

Kau Mendekat…
Kau Menjauh….
Kau tinggalkan diriku…
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku……….

Verse 3
(Alif)


Its not that i dont love you
I just dont want to hurt you
I cant let go of all the good times we share together

(Syarif)
I hate to be cold but i got to let you go

Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha….Ha…..Ha…Ha.…Ha…..Ha…

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 4

(Alif and Syarif)

Nothings easy girl
Nothings easy girl
Aint nothings easy i hope you understand me girl
Nothings easy girl
Aint nothing in this world
Could ever compare to what we had
Whats gone

Repeat Chorus:
Sungguh kejamnya dirimu….
Mengkhianati cinta yang ku semat dijiwa..
Kau hancurkan segala harapan…
Kau remukkan cinta yang telah kita bina…..
Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..Ha..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela……..
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati…
Tapi ku ikhlas melepaskanmu…
Karena aku manusia biasa…..

Verse 5

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku Harap ada karma
Yang datang kepadamu……kepadamu

Khamis, 3 Mei 2012

Kelahiran dan Si Ibu Berpantang


Kebelakangan ini, beberapa orang kenalan telah mendapat cahayamata baru. Ada yang melahirkan anak sulung dan ada juga yang da sedia ada pengalaman. Jadi info ini mungkin berguna untuk dijadikan panduan bersama.

disalin dari http://kamiltri.tripod.com/adat_selepas_bersalin.htm untuk dikongsi bersama...

Adat Selepas Bersalin
 
    JAGAAN selepas seseorang ibu yang bersalin amat penting bagi mempercepatkan proses pemulihan. Selepas seseorang ibu bersalin dia sepatutnya pulih seperti sediakala, iaitu dari segi kesihatan rohani juga mentalnya, kejelitaannya serta bentuk badannya.


    Setelah selamat melahirkan anak, ibu dan bayi hendaklah ditempatkan ataupun diasingkan dalam sebuah bilik atau ruang khas daripada ahli keluarganya yang lain. Dalam tempoh pantang si ibu dilarang berjalan atau membuat sebarang kerja yang berat. Semasa dalam pantang kesihatan ibu dan bayi dijaga dengan rapi. Semua kerja penjagaan bayi diuruskan oleh ibu kepada wanita yang bersalin atau orang yang dibayar khas untuk menjaga ibu dan bayi. Tukang urut akan datang selama hari berpantang untuk dan menjaga, memandikan, menyapu minyak ubat, Kapur dan limau pada perut si ibu. Selain itu tukang urut juga akan memasangkan bengkung pada perut ibu yang baru bersalin.

PEMULIHAN SECARA TRADISIONAL  


    Ubat-ubatan selalunya disediakan oleh bidan kampung untuk memulihkan semula kesihatan ibu. Kini ubat-ubatan boleh dibeli ubat tradisional. Kebanyakan ubat tersebut diperbuat  daripada akar-akar kayu yang dimasak dan airya diminum. Jamu dan majun adalah ubat tradisional yang kerap dimakan oleh ibu bersalin. Ia diperbuat daripada akar kayu, rempah dan dicampur dengan manisan lebah atau minyak sapi.
 
Bertangas (Aku Buat...)


    Perubatan secara tradisional masih mendapat perhatian ramai dinegara ini kerana ia terbukti bermanfaat. Salah satu amalan baik untuk ibu yang baru bersalin ialah 'bertangas'.
      Tujuan utama bertangas ialah untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan juga mengeluarkan kekotoran daripada badan ibu bersalin. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah daun senduduk dan sabut kelapa. Asap daripada bahan tersebut diasapkan pada selurnh anggota badan ibu. Amalan ini jika dilakukan pada setiap hari selama masa pantang dapat memberi kesegaran kepada tubuh ibu tersebut. Kulit ibu akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diresapi oleh asap bahan tangas itu.
 
Bertungku  (Aku Buat... skrg pun if ade terangkat barang berat, aku akan bertungku. Ikut keperluan la, tak de la selalu. Tapi dalam pantang,memang hari2 hingga genap 44 hari)


    Satu lagi amalan tradisi yang perlu dilakukan oleh ibu dalam pantang ialah bertungku. Ia dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri.
      Bahan yang dijadikan tungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besarnya. Batu ini perlu dipanaskan terlebih dahulu. Setelah panas, batu tungku tadi hendaklah dibalut dengan kain. Kemudian ia diulitkan pada anggota tubuh badan wanita berkenaan terutama bahagian perut.
      Bertungku dikatakan boleh menghindarkan kulit perut serta anggota tubuh lain daripada menjadi berkedut-kedut. Bertungku dan bertangas ketika dalam pantang memang mendatangkan manfaat. Bagaimanapun dalam amalan tradisional, wanita yang menggunakan tungku panas boleh mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Kesakitan dapat dikurangkan dengan meletakkan tungku.
 
Berbengkung (Pun Aku Buat Jugak dan Kain Bengkung Masih Elok Disimpan, sekarang ne ade jugak pakai sekali sekala, saje :))  )


    Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita melayu selepas mereka bersalin. Amalan berbengkung biasanya dilakukan dalam masa pantang selama kira-kira 44 hari. Berbekung dapat memberi sokongan kepada otot-otot perut dan mengendurkan otot-otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga memberi keselesaan kepada wanita selepas melahirkan anak.
   Wanita yang berbengkung memerlukan kain kira-kira 10 meter panjang dan 45 cm lebar. Kain ini dijahit supaya kelihatan kemas ketika dipakai. Untuk memakai bengkung, wanita berkenaan memerlukan seorang pembantu bagi melilit kain bengkung di sekeliling anggota paha, punggung dan perutnya.
   Sebelum bengkung dipakai, minyak ubat atau kapur bercampur asam limau disapukan pada perut wanita tersebut. Ini bertujuan untuk mengecutkan anggota perut seperti sediakala dan supaya perut tidak dimasuki angin.
 
Berurut  (Aku Buat Jugak)


    Berurut selepas bersalin masih diamalkan oleh kebanyakan wanita Melayu. Walaupun urut adalah perbuatan yang pasif, namun ia memberi keselesaan kepada otot-otot badan yang menjadi tegang semasa proses kehamilan. Berurutjuga dikatakan dapat menyegarkan badan yang lemah tetapi ia tidak dapat memperkukuhkan saraf dan otot badan.
    Biasanya urut dilakukan setelah disapu dengan minyak ubat. Ini bertujuan untuk melicinkan pergerakan semasa proses mengurut dan badan juga tidak terasa sakit. 
 
Makan Ubat/Jamu (Aku Buat Jugak...Sampai sekarang masih mengamalkannya, cuma jenis jamu harian sekarang tak sama dgn jamu org dalam pantang. Ingat lah wahai kaum pompuan, cantik bukan hanya pada badan yang kurus, sebaliknya badan yang sihat luar dan dalam. Pernah dengar ayat "jaga perut suami (makan minum), jaga tempat tidur suami (maknanya bukan jaga bilik tidur aje bg shantek sokmo...tapi..haa, pk sendiri la eh), di sinilah pentingnya jamu dalam kehidupan wanita.

     Selepas bersalin kebanyakan wanita Melayu akan memakan jamu atau majun. Jamu boleh dibeli atau diramu sendiri daripada akar kayu dan rempah ratus. Ramai wanita makan jamu selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan badan mereka. Kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak.
    Oleh itu mereka memakan jamu bagi memanaskan badan dan memberi keselesaan kepada badan. Tetapi bagi ibu yang menyusukan anak mereka, memakan jamu atau majun dikatakan akan mengganggu penyusuan. Ini boleh menyebabkan bayi mendapat cirit-birit.  
 
PANTANG LARANG MAKANAN SELEPAS BERSALIN 


    Seseorang ibu yang melahirkan anak akan dijaga selama 44 hari (pantang dengan suami mahu 100 hari tahu??). Masa ini juga dikenali sebagai masa berpantang dan ibu yang baru bersalin akan dikenakan beberapa pantang larang. Dalam tempoh ini kesihatan ibu dijaga dengan begitu rapi. Di antara makanan-makanan yang dilarang semasa dalam pantang adalah seperti berikut:


1. Makanan yang boleh menyebabkan gatal seperti udang, sotong, ayam dan lain-lain.
2. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran, buah-buahan, teh dan lain-lain.
3. Makanan yang tajam seperti nanas, air tebu dan sebagainya.
4. Makanan yang berangin seperti nangka, pulut, petai, ubi kayu dan sebagainya.
5. Makanan yang beracun atau berbisa seperti pisang, roti yang dicampur dengan ibu roti dan sesetengah jenis ikan seperti pari, terubuk dan sebagainya.
6. Makanan yang berminyak seperti santan, kacang, minyak masak dan sebagainya.


    Makanan ibu semasa dalam pantang perlu dijaga supaya tidak menjejaskan kesihatan ibu terutama ibu yang menyusukan anak. Jika hal ini tidak diambil berat, kesihatan anak juga turut terjejas umpamanya anak terkena ruam panas, kembung perut dan sebagainya.
    Selain itu makanan sejuk boleh menyebabkan kebas, pening, sakit urat saraf, sesak nafas, sakit sendi, kejang-kejang otot, kancing gigi dan turun darah.


 
PANTANG LARANG LAIN  


    Selain daripada makanan terdapat pantang larang lain yang bersangkutan dengan ibu yang baru bersalin. Pantang larang ini diadakan untuk kebaikan ibu itu sendiri.
    Sewaktu berjalan hendaklah secara perlahan dan cermat. Bendul tidak boleh dilangkah. Ini kerana dikhuatiri ibu jari kaki tersepak bendul yang boleh menyebabkan tumpah darah atau tersungkur. Tumpah darah yang berterusan boleh membawa maut.
    Jangan mengangkat benda-benda yang berat kerana ia boleh memudaratkan ibu.    Jauhkan daripada sesuatu yang boleh menyebabkan rasa terkejut. Ini boleh mengakibatkan darah naik ke kepala dan ini boleh menjejaskan kesihatan ibu.
 
PANTANG LARANG BAGI BAYI/KANAK-KANAK 
  
    Terdapat beberapa pantang larang bagi bayi dan kanak-kanak yang diamalkan oleh masyarakat Melayu yang masih berpegang pada adat (ada yang tiada rasionalnya, sila abaikan). Di antara pantang larang yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:


1. Bayi tidak boleh dicium sewaktu tidur, terutama pada ubun-ubun juga pada pusatnya. Ini dikatakan akan memendekkan umurnya.
2. Tapak tangan bayi juga tidak boleh dicium. Ini dikatakan akan menyebabkannya apabila besar nanti suka meminta-minta pada orang lain.
3. Bayi tidak boleh didukung atas bahu kerana dikatakan apabila besar akan melawan cakap ibu bapa.
4. Sisa makanan bayi tidak boleh dimakan oleh ibu atau bapa kerana dipercayai anak itu akan melawan  cakap tua/ibu bapanya.
5. Rambut bayi tidak boleh disikat, nanti giginya tumbuh jarang.
6. Dilarang memicit mulut bayi, nanti bayi tidak mahu makan.
7. Kain lampin bayi juga tidak boleh direndam, nanti perut bayi menjadi kembung.
8. Kain lampin bayi juga tidak boleh diperah selepas dibasuh, nanti bayi kerap menggeliat.
9. Bayi tidak boleh diletak atas lutut, nanti bayi mendapat sakit perut.
10. Kepala bayi tidak boleh dilangkah kerana dipercayai malaikat sedang mengawasinya.


Ok, semoga sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan ya!!

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :