JellyPages.com

Help me by click this >>>

Wednesday, 21 March 2012

TEMUDUGA PROGRAM PERTUKARAN BELIA MALAYSIA - KOREA


Hellow semua!!!

Dah dapat agak ape story untuk entry hari nee? Hallaaa, tak surprise uolss...

iyee...nak story pasal tebiu semalam :)

Seperti biasa, untuk urusan2 tertentu aku akan menitikberatkan dressup agar bersesuaian dengan urusan tersebut. Untuk tebiu semalam, aku telah membeli (beli baru tawww..spesel tuk tebiu ne...hihi) sepasang KEBARUNG (Kebaya Longgar : Kebaya + Kurung). Warna purple polos dipadankan dengan kain corak batik. Makna kata bertemakan warna purple lembut. Kenapa pilih kebarung? Secara peribadi, tebiu ini untuk Pertukaran Belia Malaysia - Korea. Jadi, untuk 'menjual' diri kepada panel seharusnya kita menonjolkan pakaian tempatan kita. Betul tak? I hope, this is extra point to me. HOPE!!

Waktu pendaftaran dibuka pada 1.30 pm - 2.00 pm. Seperti biasa aku seorang yang pentingkan ketepatan masa dan aku berada di sana 10 minit lebih awal. 

Masa naik lif, saing dengan seorang brader dari Melaka. Ramah pulak mamat neh, tapi dalam ramahnye dia...membuatkan aku kurang gemar isi perbualannya. Kenapa? Awal2 lagi diwar-warkan, katanya JPA nak 15 orang aje tapi panggil tebiu ni 600 orang. Jadi, nipis sangatlah peluang kitaorg ne. SO WAT BRADER???

Kalo dah jejak kaki kat sini, ape kisahkan sangat 600 orang tu. Hadap je lah. Kenapa nak kasik orang lain lemah semangat? Ada la candidates pangkat adik2 mcm mengeluh..rasa mcm nak balik la..mcm x semangat nak tebiu la..sebab peluang tipis sangat. DERR... tgklah, tak supportive langsung. Aku seperti biasa sesama kawan yang baru kenal di situ hanya boleh berkata...kita dah terpilih untuk temuduga dan dah datang pun...apa salahnya cuba aje dan try to do the best. Jika ada rezeki, tak kemana. Jika tak de rezeki, kalo yg datang tebiu hanya 50 orang pun, tak dapat jgk kamu. Haih!! (Motivasi untuk diri sendiri jgk ne). Sekurang-kurangnya kamu da mencuba dan mempunyai pengalaman tebiu begini. Ye dak??

Sesi tebiu kali ini, masuk secara berkumpulan yang terdiri daripada 4 orang. Panel 2 orang. Keempat2 kitaorg adalah pompuan hoccay. 
Panel sowang lelaki sowang pompuan.

Permulaan, sesi perkenalkan diri. Di sini panel tidak menetapkan bahasa yang perlu digunakan untuk perkenalkan diri. Untuk makluman, aku memilih kedudukan yang selamat iaitu tengah2 dengan tujuan aku bukan menjadi orang pertama menjawab soalan (anda akan lebih yakin selepas melihat orang lain bercakap dan anda juga mempunyai masa untuk berfikir jawapan yang sewajarnya). Calon pertama memulakan sesi pengenalan diri dengan Bahasa Melayu. Jadi semua folo berbahasa Melayu dan panel juga menggunakan bahasa Melayu.

Selepas sesi pengenalan diri, masuk kepada soalan pertama. Lebih kurang gini soklannya : Apakah keistimewaan atau kekuatan yang ada pada masyarakat Korea sehingga mereka berjaya seperti sekarang. calon pertama..dan kedua jawab dulu. Aku sebagai orang ketiga yang perlu menyambung pendapat kedua2 calon tersebut. Pastinya aku tidak mahu jawapan yang sama dengan mereka kerana aku inginkan point untuk diri sendiri. Jawapan aku adalah SIKAP (kat sini panel yg lelaki tu kata 'GOOD'..waa..suka aku!!). Then aku explain la sikap dan tahap disiplin ketika bekerja dan taat setia mereka terhadap pemimpin dan memberi juga contoh realiti sikap mereka.

Kemudian ada soalan, dengan merujuk kepada kemajuan yang ada pada Korea, apakah yang ingin kamu bawakan kepada perkhidmatan awam di negara kita. Seperti tadi, aku juga menjadi calon ketiga menyambung jawapan calon pertama dan kedua. Aku menggunakan data populasi negara Korea (lebih 49 juta) dan saiz perkhidmatan awam mereka (800 ribu), populasi Malaysia (lebih 28 juta) dan saiz perkhidmatan awam 1.2 juta. Untuk itu, kita perlu menyemak semula dasar pengkhususan dan pembahagian tugas dikalangan penjawat awam agar setiap perjawatan mempunyai peranan, tugas dan pengisian yang sewajarnya. [Lebih kurang gini la aku jawab..tak henggat ayat asal camne..hihi]. Untuk jawapan aku kali ini, kedua2 panel tidak mencelah atau bersuara sebaliknya mendengar dan sekali sekala mengangguk. Harap mereka bersetuju dengan pendapat aku... HOPE!!

Ada juga soalan : Apakah teknologi Korea yang anda tahu. Soklan ni aku jadi calon kedua untuk jawab. Bersetuju dengan jawapan calon pertama, cuma aku tambah teknologi dalam pembinaan. Tujuan jawab pembinaan kerana aku mahu masukkan sedikit fakta iaitu terdapat 2 projek mega di Malaysia yang menggunakan kepakaran dan teknologi Korea. Jambatan Pulau Pinang (Syarikat Hyundai & UEM) dan Menara Berkembar Petronas (Syarikat Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction).

Seterusnya ada soalan : Adakah Bahasa Inggeris penting dalam kemajuan yang diperolehi oleh Korea. Soalan ni untuk 2 orang saja, calon yg dok tgh2.. Calon sebelah aku jawab dulu..bla bla bla. Panel kelihatan tidak berpuashati dengan jawapan calon pertama tadi kerana melihat caranya, dia inginkan jawapan YES or NOT (English penting atau tidak). Then my turn, + - gini lah jawapan aku : sekarang Kerajaan Korea sedang mempergiatkan usaha agar masyarakat Korea boleh menguasai Bahasa Inggeris. [masa ni sekali lagik panel bersetuju dengan aku dengan berkata YA, BETUL...SEKARANG BARU KOREA MEMBERI PENEKANAN TERHADAP PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS]

Aku sambung lagik, "Walaupun Korea telah membangun atas bahasa mereka sendiri tetapi Bahasa Inggeris tetap mempunyai kepentingannya yang tersendiri terutama dalam proses penyelidikan dan perbandingan teknologi dari negara2 barat. Namun Bahasa Korea itu tetap menjadi keutamaan dalam mempertahankan jati diri serta dijadikan sebagai kekuatan untuk melindungi teknologi yang dibangunkan. Bla bla la...(lebih kurang la). Tapi panel masih kelihatan macam tak puas hati dengan jawapan aku yang tidak memberi jawpan YES or NO. Haih...macam lawyer pulak panel ni. 

Kemudian dia pun secara ringkas menerangkan, Korea melakukan semua perkara menggunakan Bahasa Korea termasuk semasa membuat penyelidikan dan pelaporan. Cuma sekarang sahaja Bahasa Inggeris diberi penekanan dan itupun selepas negara mereka telah maju. [Dalam ati aku tertanya juga, jawapannya juga tidak ada yes or no. Jika Bahasa Inggeris tidak berkepentingan kenapa sekarang Korea nak rakyatnya menguasai bahasa omputeh tu... dan lagi, dalam dialog2 citer Korea banyak jugak diorang berselang seli bahsa Korea + Inggeris. Malah dalam lagu pun yang dijual peringkat antarabangsa yang hits juga yang ada compuran bahasa Inggeris seperti lagu Never Say Good Bye dan Nobody. Tapi, panel ni dah ade experience ke Korea..pastinya dia lebih arif tentang ini].

Seterusnya ada sesi Bahasa Inggeris. Aku kena soklan : Apakah anda seorang yang terlibat dalam aktiviti sukan... topik yang simple dan common dalam kehidupan aku, jadik dapat la jwb dengan lancar. Mentioned pasal jadik handball n netball player for district n state masa kat skolah dulu... n now just joining Golf n Squash...bla bla.. Bila sebut GOLF both of panel agak teruja untuk tahu bagaimana aku boleh terjebak dalam golf world...so citer la apa yang patut.

Sehingga yang aku ingat, perkara utama yang yang diperkatakan seperti di atas lah. Publish kat sini untuk share dengan semua. Mungkin next time ade yang nak jadikan rujukan bila hadiri sesi tebiu gini.

For myself, i really HOPE berjaya dalam temuduga ni. Ye lah, nak pergi Korea dengan duit sendiri ntah bile. kalo setakat nak g jenjalan sorang mampu la, tapi pasti tak sanggup tinggal family. Berlainan jika pergi atas program Kerajaan ni. Aku dah usaha dalam membuat persediaan hadapi tebiu tersebut, malah semasa tebiu jugak aku dah buat yang terbaik. Tinggal kini, aku hanya boleh berdoa dan tawakal. Keputusan itu adalah yang terbaik kerana ia ketentuan dari Allah SWT. Jika dah ditetapkan rezeki untuk ku, pasti dapat. Sebaliknya jika bukan rezeki aku..perlu lah redha dan tidak putus asa untuk mintak lagik tahun depan. Namun, jauh disudut hati....sebagai manusia biasa pastinya aku BERHARAP sangat untuk berjaya. Kalian doakanlah buat aku ya! Thanx...

A lots of thanx jugak pada orang sekeliling aku yang sangat supportive dengan memberi kata-kata semangat malah ada yang SANGAT YAKIN aku boleh perform masa tebiu n YAKIN aku dapat. Aminn!!! Jika benar dapat, pastinya ada cenderahati dari Korea khusus untuk kamu...hihi.



LUPA NAK HAPDET : KEPUTUSAN TEMUDUGA INI SAYA TIDAK BERJAYA MAA...TAK PE, SAYA AKAN CUBA LAGIK NTI :)

22 comments:

  1. cuba citer sket ttg golf tu...sya pun teruja juga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru pasan ade komen kat sini...kalo citer sal golf panjang citer nye..pendek kan citer...nak jd geng tee off ke? Dialu-alukan...hehee

      Delete
  2. poyo sangat..pasal tu tak berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. poyo eh? biase la, mebi terlebey exicited. tapi yakin tak berjaya bcoz rezeki tu Allah yg tentukan...kita usaha aje..ye dak?

      Delete
  3. dear ummi, next week sy pon akan ke interview program ini... thanks bg pengalaman, like ummi, sy pon tak mengharapkan dpt join program ini, cuma nak cari pengalaman dan jika ada rezeki, mana la tau. cuba sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye..yang penting kita usaha (pegi jgn kosong sgt..wat sket homework), dah usaha...doa jgn lupa..selebihnya tawakal. ingat rezeki itu Allah yang tentukan..

      Delete
  4. Tq di atas serba sedikit panduan...temuduga dalam 2hari lagi...berjaya atau tidak..sekurang-kurangnya kita mencuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sooowi sgt late reply...yeah!! at least kita mencuba!

      Delete
  5. Thanks for sharing session.. esok my turn.. abih ler.. x wat paper preparation pun... hadap jekr ler... ada rezeki alhamdulillah.... thanks again

    ReplyDelete
  6. Chyralis Comel...amacam u punya interview..ok ker?

    ReplyDelete
  7. agak terlewat untuk saya komen disini. tapi tq ya sebab sikit banyak pengalaman awak dapat membantu sikit untuk persediaan saya pula. inshallah jika rezeki itu untuk kita ada lah tu. semoga 2014 ni berjaya untuk saya. tidak berharap sangat, cuba yg terbaik. tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. orite sis...memang perlu cuba at least sekali untuk get da experience...but kalo kental, cuba dan cuba lagi..all da best

      Delete
  8. thanks for the tips dear....

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk perkongsian ini... dup. dap...nebes plak sye.. 3 jun ni nk p intebiu yg same.. harap2 jgn la speaking melebih.. ape yg nk study ek?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lim tara. Sy interview 5.6. Lusa. Panel ty apa arinj? Bg la tips.. neves giler..

      Delete
    2. oic....Tim Lara n shafinaz shahidan pun g.... saya pun dpt dah g pun smlm 3/6.... Tim Lara kene sesi bila? Saya sesi pgi Bilik A.... nebes giler tpi at least try d best n amek pengalaman itu yg penting... yg lain rezeki tuhan.....

      Delete
    3. Hehe. Smpi awl sbb xtahu jalan maklumlah utara. 1st cuba nasib+cari pengalamanan.. kali dpt alhamdulillah rezeki. Shahril zairi mcmane interview? Ok?

      Delete
    4. waaa...tahniah awal2 sebab korang berjaya pegi interview. *bkn semua yg apply dpt g tebiu taw..hikss**

      shafinaz tebiu hr ne kan? all da best sis..inshaallah, jika terbaik untuk kamu, rezeki memihak pd kamu kali ni. AMin

      Delete
  10. tq.. for this entry.. saya pun nk p interview ni.. 4 jun nnti.. huhu... tq sangat ... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welkam...dah lepas tebiu..doa n tawakal ye...

      Delete