Rabu, 15 Februari 2012

10 Perkara Bukti Lelaki Itu Rumit :.



1. Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya. Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.(Sebab itu jika dgn org yang tak kenal rapat, lelaki itu mengatakan saya ini sombong)

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya. Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.(ke pejabat saya seorang yang simple, tetapi untuk satu2 majlis (jika taw awal) atau interview saya seorang yang berbeza mengikut kesesuaian majlis).
...
3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.(saya gemar mendiamkan diri daripada berdebat, dengan tujuan berikan orang yang berdebat itu masa untuk berfikir...kerana mereka yang suka berdebat ini jarang berfikir secara waras).

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia cakap dia hebat.(Kepintaran tidak semestinya dapat dilihat, sebaliknya kerap kali dirasakan tanpa dilihat).

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian. Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.(Jika ini berlaku, saya seorang yang tidak tunduk kepada perasaan sebaliknya apabila melibatkan nama baik, maruah dan jati diri, saya akan berusaha melawan perasaan walaupun pada luaran org tidak tahu sedikit pun bahawa ada air mata di sebalik prinsip tersebut).

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan. Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya. (saya seorang pendengar yang setia, jika bukan untuk bantu selesaikan masalah..saya cuba bantu redakan ketegangan yang dihadapinya)

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh. Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.(make it simple for everything but still perfect...cerewet tidak semestinya sempurna ya!)

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.(saya tidak pernah menaruh sepenuh harapan terhadap janji yang diberikan oleh org sekeliling saya).

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam. Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar untuk dijaga hati.(saya mmg seorg yg sensitif dan mudah terasa dgn bahasa yang kasar... mujur suami saya tidak pernah sekalipun meninggi suara dgn saya malah sentiasa berlembut bila berbicara..dalam pada itu, ada juga tindak tanduk yang adakala mengguris hati..ouchh!)

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar.(mereka berhak untuk menyumpah kerana isu ini mmg tentang lelaki)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :