Selepas 6 tahun mencari pengalaman (duit pastinye) di sektor swasta, aku beralih arah makan gaji sebagai penjawat awam. Tempat pertama bertugas di Bahagian Perolehan, JLKN (Agensi di MinDef).
Seiring dengan kerjaya baru, aku juga dikurniakan rezeki mengandung anak kedua. Kalo tak silap, semasa aku lapor diri di MinDef, usia kandungan baru 5 minggu.
Seawal kerjaya ku di situ, aku diduga dengan jarak kediaman dengan pejabat. Masih ku ingat, ketika itu hway Mex masih belum ada jadi perlu melalui hway Sg. Besi - Seremban. Saban hari, keluar umah gelap..balik kerja juga gelap. Penat!! Tahun pertama berpuasa Ramadhan di JLKN, aku lebih byk berbuka terlebih dahulu di pejabat dan usai mengerjakan solat Maghrib, baru bertolak balik. Semua ni adalah untuk ngelakkan terperangkap dalam jem waktu petang.
Berbuka di pejabat masa tu merupakan salah satu kenangan manis di JLKN. Kami buka meja ping pong dan makan beramai2 makanan yang ditapau..kebiasaan dr pasar Ramadhan Kg. Baru.
Tentang bidang tugas pula, bahagian ini memang akan berurusan dengan pengguna dalaman jabatan dan juga para kontraktor. Jika ada orang yang memang berkeinginan untuk bertugas di bahagian ini, aku pula berbeza. Sebelum aku ditempatkan di bahagian ini, aku telah dimaklumkan oleh sepupu yang juga bertugas di situ bahawa Bahagian Komunikasi Korporat ada kekosongan. Aku lebih mengharapkan berada di situ kerana minat dengan bidang pemasaran. Malangnya desk officer HR masa itu mengatakan Bahagian Perolehan lebih memerlukan ketika itu.
Apa nak buat, sudah itu arahannya. Prinsip aku senang, alah bisa tegal biasa. Aku ingin menjadi seorang yang flexi...boleh ketepi mahupun ketengah. Setiap kerja yang diamanahkan, aku sedaya upaya melaksanakannya mengikut pengaturan masa bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pegawai atasan dan para pengguna. Aku beruntung kerana memiliki pegawai yang berintegriti begitu juga dengan para kakitangan lain di sini. Sungguh selesa bekerja di sini walaupun bahagian ini di antara yang menjadi percakapan negatif di kalangan masyarakat yang berniaga!
Kini selepas lebih 3 tahun berkhidmat disini, dan selepas 3 kali permohonan pertukaran dikemukakan... akhirnya aku berjaya mendapat posting di tempat baru. Kini aku dalam proses untuk menyerah tugas di tempat lama. Insyaallah, dalam bulan April aku akan mula bertugas di tempat baru. Terdahulu, sebaik mengetahui agensi baru tmpt aku akan bertugas,aku telah menyemak web agensi berkenaan. Melihat, kebarangkalian apa pula bidang tugas di tempat baru. Berdasarkan 'core business' agensi ini, ada 3 fungsi utama iaitu 2 lebih kepada teknikal dan 1 pengurusan. Salah satu fungsi adalah berkaitan sebaran am dan promosi! Wahh..adakah aku akan ditempatkan disitu? Maklumat untuk diakses agak terhad dan berdasarkan carta organisasi agensi itu,aku tidak nampak di bahagian mana unit ini berada. Bahagian yang ada lebih kepada teknikal; dasar dan Bahagian Khidmat Pengurusan.
Dan kemudiannya, apabila aku telah melapor diri siang tadi...aku di tempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang didukung oleh seorang Pengarah Gred 52. Perjawatan di sini amat berbeza dengan JLKN. Di BKP ini, semua urusan pentadbiran, pengurusan dan kewangan diletakkan di bawahnya. Mengikut perancangan dan keperluan semasa, aku mungkin ditempatkan di Caw. Pengurusan Kenaikan Pangkat & Tatatertib atau Pengurusan Aset & Stor. Namun, selepas melihat profil aku, pengarah berkata mungkin juga dia akan reshuffle bahagian itu dan meletakkan aku untuk urusan perolehan agensi! Arghh..jika diberi pilihan aku tak mau seh...lama sudah dalam bidang itu. Aku ingin pelajari bidang baru...'post' mengikut perancangan asal dh bagus bagi aku...
Walauapapun, aku hanya menurut perintah...tunggu sajalah bila mula bertugas nanti. Apa juga bidang tugas yang diberikan, aku akan cuba sebaik mungkin.
Cukup untuk kali ini...aku ingin memaksa mata ku tido...kerana lagi lama ngadap lappy ini, bertmbh sengal mata ku...
nite buddies!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan