Isnin, 28 Oktober 2013

Berbengkel


Salam pagi Jumaat.

Nak update ape hari ne? Ermmm...jom citer perihal bengkel yang baru berlalu.

Bengkel bermula Ahad 20.10.2013 dan berakhir 23.10.2013. Selaku urusetia *la sangat...of coz kena g awal. Tghari dtg opis dulu loading barang wif opismate. OTW ke Awana Genting, kami singgah makan kat Asam Pedas Sejati kat Kg Pandan Dalam. Lama siot tk pi sini, memang tibai kaw kaw le.

Sampai Awana dalam +- kul 3pm, start set up bilik, arrange pegawai2 check in bla bla bla.

Diringkaskan, bengkel ini berkaitan perancangan untuk menuju ke arah perkhidmatan KEJAT *semak kamus DBP apo menatang tu* Makna mudah, kecikkan saiz perjawatan dan trasnformasi budaya kerja untuk lebih efisien dengan sumber sedia ada. Bengkel ini turut menjemput JPA selaku pihak yang akan meluluskan/ medium meluluskan permohonan.

Alhamdulillah, wakil JPA yang datang bagi 'clear picture'/ guide yang mudah kami faham dan atur strategi. Bak kata JPA 'ada pulus, boleh lulus'. Selain tu, ade 'kwn' kat JPA juga sedikit sebanyak membantu melalui atas talian whatsapp...kuikui..tq boz.

Jadi hangpa korang kamu komer suma kat luar, kami berusaha gigih untuk memastikan dapat laksanakan transformasi perkhidmatan kami dengan tanpa mohon kos *$ tambahan malah mengurangkan lagi bilangan perjawatan di jabatan kami seterusnya siap ade penjimatan lagi. Baru la KEJAT...kalo bertambah $, orang sgala..itu KEJOT namanye ye. Korang borink kan aku membebel...jom layan gambor ajelah...


Antara pengarah2 negeri.bahagian

Ha...yg dok berckp tu org kuat re org kami...bos aku gak la kira.

budak jg slide yg muka borink nak mamf** tu, sape ntah..lupe, ngeee

ne masa pegawai kanan JPA bg talk. Berdasarkan talk dia, pyh la JPA nak lulus re org...tp pegawai kami ne otak teknikal, ligat aje pikior cr solution nak bg lulus jgk...N we got it!!!*strategi*

TKP yang memang aku respek..talented, ade karisma n smart. Nice guy! Kalo KP n TKP ne yg brief pada board nti aku yakin, kami mudah dpt kelulusan.

Ok, ne bos pompuan aku n yang nmpak rambut yg kemas tu bos aku jgk...

Aku ne tmptnya ke depan ke belakang...ne masa dok blkg cr bahan. Budak comei seblah aku tu Iqa, urusetia jgk. Menunduk tu En Hemi PTD 44 kami dan tepi skali Haji JO, kawan se E.O aku.

Ne pe ke hei plak ne...shoot gmbo sendiri. Ok, ne ustaz kat opis kami ne, bujang lagik...Zul namanye.*promo*

Selepas berpenat lelah... malam akhir kami ade dinner *special la sket* Ini meja paling blkg. Port baek nak mendekah ketawakan orang.


Yang comei gak ne Nurul, bkn urusetia tapi terjebak melaksanakan tugas2 urusetia. Cayalah dik oi.

Ko dah kenapa en hemi a.k.a toki'...?

Ok...ne last day bengkel. Happy sbb da nak blk umah dan yg penting hasil bengkel menunjukkan % nak lulus adalah besaw.



Alhamdulillah, teammate yang sanggup bersama susah payah bersengkang mata.

OK, nah...layan sket acara men'sumbang mambang'kan lagu...



*limited edition*oink oink oink*

Selasa, 1 Oktober 2013

Berjaya dapat PPA1M. Alhamdulillah.


Alhamdulillah. Segala puji-pujian milik Allah SWT.

Syukur atas kurniaan rezeki yang Allah kurniakan dan semoga rezeki yang aku, suami, keluarga dan sahabat2, rakan taulan mendapat keberkatan. Amin.

Oktober datang lagi!

Hari ne 1 Oktober 2013. Rezeki di awal Oktober apabila hari ne secara rasmi surat pemakluman tawaran pemilikan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia telah keluar. Allah telah beri rezeki buat aku untuk beli rumah dalam Putrajaya dengan harga yang agak murah daripada harga pasaran semasa.

Untuk Fasa 1, sebanyak 1263 cabutan undian PPA1M telah dibuat pada satu majlis yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan. Difahamkan, permohonan yang diterima adalah sebanyak 16,000 permohonan. Berikut antara gambar semasa sesi cabutan undi, sumber dari web Perbadanan Putrajaya.

Ada 3 kategori rumah ikut keluasan iaitu 1000, 1200 dan 1500kps.

Untuk Orang Kurang Upaya juga diberi keistimewaan. Kotak cabutan undi yang berlainan.

Ok...ne kotak undi aku. Ikut bajet aku je la, aku mohon 1000kps (RM150k - RM220k)

Alhamdulillah. Aku dapat rumah di Plot 17RK5 (Selasih), Presint 17. Jika tiada sebarang masalah, rumah Fasa 1 akan siap dalam tempoh setahun lagi. 

Jadi...tak gheti2 nak simpan duit??? Hok aloh, gheti memang gheti...cumanya, aku akui aku lemah tgk duit banyak2. Rasa kesian sgt kat duit tu kalo dok terperuk je, sebab tu aku selalu bwk dia g shopping mall. Tak dpt bwk g shopping mall, kedai runcit budak k-pop kat kuarters aku tu pun jadi...heeeeee!

 Tak pe, talian hayat aku ada....yang keja kat Kettha tuuuuu...hikss.**kenyit mata sket*

Ok, itu aje entri pemakluman ini. Kepada di luar sana, bila Kerajaan tawarkan peluang begini, cuba la mintak. Biarpun umum sedia maklum, beribu-ribu lemon mohon tapi jika Allah dah tetapkan rezeki kamu...Insha Allah dapat. Perlu usaha untuk itu. Kalo tak de rezeki, tak dapat...cuba lagi lain kali. Ingat rezeki Allah tentukan, namun kita perlu usaha untuk itu.

Kesian..eh, sekian. Time kaseyyy.

**Boleh dikira ini sebagai hadiah besday edisi 33 tahun**
*ceh, tak malu promo umur*pedulik!*





LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :