Hello semua!
Entri kali ni nak citer pasal cita-cita zaman dahulu kala.
Zaman sekolah dulu menjadi satu trend kita ade Buku Biodata (BK). Ingat tak? Kemudian kita bertukar-tukar sesama kawan, junior dan senior untuk isi biodata diorg dalam BK kita. Salah satu kandungan biodata yang wajib adalah cita-cita.
Cita2 i masa sekolah dulu 1 : Polis [sebab suka dgn pakaian seragam tu n also sbb terpengaruh dengan citer polis2 Hong Kong]. 2: Jurutera Elektrik [sebab selalu ikut abah wiring, pasang lampu dan pasang plug..panjat sana sini..haih mcm anak lelaki i ne taw]. 3: Wartawan [suka tebiu2 orang dan tingin nak masuk tv...kihkih].
Cita2 pertama x berjaya bukan kerana x dapat..tapi pas abis study minat nak jadik polis mcm tak de da...so tak apply pun...pulok!
Cita2 kedua Jurutera Elektrik. Tidak kesampaian sebab x berjaya dapat course yang berkaitan. Ye la, walaupun SPM pangkat satu, tapi bukan aliran sains kan...mana nak dptnye. Jadi skill yg ada apply dalam kehidupan seharian aje la...takat nak usik2 plug or suis or barang letrik yang minor problem tu masih boleh la... hehe.
Cita2 ketiga, wartawan. Cita2 ne sampai sekarang pun masih ada saki baki minat ke arah tu. Tapi, umor pun da ningkat...payah juger la nak capai... so kat sini just nak share experience yang related dalam usaha nak jadik wartawan..eceh ceh.
Tahun 2002.
Grad end of 2001. Jadi year 2002 ni giat untuk carik kerja. Masa tu dpt offer sambung study kt Universiti Sabah. Tapi x mo da sambung masa tu [banyak faktor...biarlah rahsia..ngee].
Macam2 kerja i cuba kat KL ne. Kat KFC pun penah keja taw. Terjebak dalam Forex pun penah taw..taw, taw?
Tak lupa... 2 kali audition untuk RTM dan TV3.
Audition di TV3 untuk Pembaca Berita. Masa tu dibuat secara terbuka. Memang berpusu-pusu yang datang mencuba nasib, termasuklah mak cik ne. Menonong aje pegi. Di sana bermacam2 gaya orang. Dari faktor grooming memang i kalah la weh, no preparation pakai je ape ade plus make up ala kadar. Tapi nekad pegi n hadap jugak semata2 nak dptkan pengalaman.
Kekdahnya senang aje, introduce diri dan baca teks yang sedia diletakkan atas meja berhadapan dengan panel. Untuk teks Bahasa Melayu, i kena panel Sharifah Shawati. Cantik dia weh! Untuk teks Bahasa Inggeris i kena dengan Anne Raj. Memang i x berjaya dalam audition ne, tapi pengalaman itu sangat bermakna dan dapat berdepan dengan personaliti yang educated begitu pasti sangat bermakna. Audition ne tak de la mcm audition program realiti yang ada skrg...simple aje.
Kemudian, audition untuk Pengacara Program Jakim untuk RTM. Audition ni berkonsepkan bual bicara. Semasa menanti turn, kita akan pilih mana2 candidate lain untuk berpasangan dengan kita. Kemudian, bila tiba masanya kita dikehendaki duduk santai berdua dan terus camera roll pd kita yang senang berbual bicara. Seorang berperanan sebagai pengacara dan seorang lagik sebagai tetamu. Audition ne pun i tak berjaya. Cuma pengalaman itu tetap satu kenangan yang manis.
Selepas tu, tak pernah da pegi mana2 audition. Bukan kerana give up cuma masa tu da ada kerja dan fokus aje pada kerja yang ada.
Sehingga kini, i sgt suka jika ada kawan2 terutamanya yang muda belia pegi mencuba nasib dalam bidang tu [untuk yang ada minat kot situ je la]... i akan sokong 100%. Tak salah uols pegi mencuba, mana tahu jika ade rezeki kan?
Untuk i? Hurmm...mungkin perlu kuburkan aje minat tu...umor pun da nak cecah 32 tahun [aih, kecik pulak font dia, tapi ade kaler ok la kan?hehe]. Kebanyakan syarat umur yang ditetapkan adalah bawah 30 tahun. Haha....
Mok cik da tua, nak...cuma jiwa je muda..kihkih.
Ok... just 4 sharing. Uols pulak mcmane? Tercapaikah cita2 kamu orang?