Sabtu, 20 Ogos 2016

Aku Dan Sukan...

Assalamualaikum.

Happy Saturday ye... sonok naw cuti yedok?

Pepagi melayan Hypp Sport HD... ade relay 4x100 Men. Nk ckp pe lagi kalo da ade Usain Bolt. Yang siannye US le da angkat bendera sbb no.3 sekali disqualified.

Mlm tadi berjaga tgk final regu lelaki.... gila fight. Tapi bkn rezeki kita. Still proud for Silver.

Balik pada tajuk...

Aku mmg minat sports... masa sekolah kalo balapan aku main 100m, 4x100m, 4x200m.

Utk wakil sekolah n daerah aku main Bola Jaring n Bola Baling. Paling cemerlang Gold utk Bola Baling antara sekolah2 Negeri Perak.

Banyak main...blajar kurang. Mujur la last2 SPM dpt Pangkat 1  jgk...boleh sambung blaja. Kalo tak... mak kata org masuk minang nk bg kawen je.

Skrg pun.masih minat sukan... sekali skala turun badminton, squash, golf(jarang sgt sbb x de geng fomfuan.kalo g pun berdua dgn hb je. So mmg lama da x trn). Futsal n netball ade jgk join tp bkn selalu..futsal utk 2016 mmg x pnh main.

Futsal ni best..tp masalah utama aku skrg mudah cramp kt paha.

Skrg jd kurang aktif sukan sbb ni la...paha cpt cramp n mudah sakit kepala. Awal this year ms lwn Bola Jaring pun...lps 2 games aku telan uphamol...x jln..amek ponstan. Baru ok..masuk padang blk.

Main badminton pun dok langut sana langut sini....lg cpt sakit kpala.

Aku x sure la sal ape. Kalo mslh ni bole solve kompom sgala mak nenek sukan aku masuk kt opis tu.

Jadi sape yg bole bantu aku solve prob ni sila la tampil ke hadapan. Menggigil aku tgk poster sana sini sinun xtvt opis/komuniti buat...huhuhu...

ok la...hr ni kita akn layan final badminton plak..DLCW. Yg pntg LinDan dah kalah. Wpun saje nmpk LinDan saje nk bw ke RubberSet. Tapi yg salute DLCW fight gile2 n hv to challenge Chen Long plak.

K bai...Assalamualaikum.

Jumaat, 19 Ogos 2016

PUISI CINTA VERSION HAIZA (GEGAR VAGANZA)



Ini antara lagu kegemaran UMMIERFANEJAD. Jom layan version Haiza masa Gegar Vaganza.

Suaramu…
Gemersiknya bak buluh perindu
Cuba kau lagukan
Cuba kau dendangkan
Mengisi di ruang kamarku


Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku


( korus )

Tiada terkata
Seindah bahasa
Nak ku huraikan
Nak ku belaikan dirimu
Akan ku syairkan katamu
Akan ku madahkan janjimu
Menjadi coretan gurindam
Puisi cinta…


Akan ku ukirkan senyummu
Akan ku lukiskan tawamu
Menjadikan susunan warna
Potret indah…


Senyummu…
Menusuk dan membelai di kalbu
Cuba kau ukirkan
Cuba kau pamerkan
Menjadi hiasan hidupku…


( ulang dari korus )

Menjadi hiasan hidupku…

Isnin, 15 Ogos 2016

Madah Tiada Helah

Jom kita bermadah tiada helah jap :

... Hati, mudah benar rasa sayang
... Selain saudara, rakan taulan juga
... Memberi selagi mampu
... Menagih jauh melangit
... Hati memandang intan belaka
... Kaca nan sedikit ketepikan
... Mengharap berhargalah satu ikatan

... Hati, mudah dirasa sukar dijangka
... Mata kasar kata biasa
... Mata hati melihat torehan bisa
... Dan jika manis tiada rasa
... Masam juga tiada makna
... Usah ditanya mengapa hanya Tawar...

TAWARAN HEBAT DISKAUN 50%!!!

SAPE CEPAT DIA DPT, APA BARANG? PM CEPAT! #SENGAL

LAI LAI KETONG....

Roti Ala Subway

Assalamualaikum.

Nk test hapdet kot hpone sat na...

Apa isu?

Isu byk... malaih nak layan ja kot!

Jom citer sal makan.

Aku suka mkn roti... mcm2 jenis roti. Paling suka The Loaf dan Subway.

citer sal Subway... nk promo dekat Pasar Tani Bandar Baru Bangi ade pakcik jual mcm2 jenis roti. Termasuk roti panjang ala Subway.


Sila la beli kompom x nyesal. Sedap weh. Makan camne? Neh nk bg cara mudah mkn roti ala Subway :

1-Beli roti ala Subway
2-Beli Sosej/Chicken Fillet/Sosej Peperoni (mcm yg letak atas pizza tu...ada jual kt Sri Ternak Pasar Borong Selangor)
3-Beli Cheese (yg petak mkn dgn beger tu)
4-Beli salad n tomato
5-Belah tengah roti
6-tabur (no.2)
7-tabur (no.3)
8-masukkan dlm microwave/oven (pusing 3 min-suhu tinggi)
9-tabur (no.4)
10-tabur sos ikut kegemaran. Siap!

Tengok 10 langkah tp pejam mata leh buat kan?

Update :


contoh roti RM3/sebatang. Beli kat Pasar Tani BBB hari Ahad.

Cheese Slices biasa beli Mothers Choice

Sosej Peperoni (Kat Pasar Borong Selangor ade jual borong)

Combine semua jadi cenggini. Perghhh sodap!



Jumaat, 12 Ogos 2016

Jujur Dan Amanah Dalam Bekerja

Assalamualaikum.

Bekerja Dalam Islam

Islam memandang bahwa bekerja merupakan satu kewajiban bagi setiap insan. Karena dengan bekerja, seseorang akan memperoleh penghasilan yang dapat memenuhi kebutuhan hidup dirinya dan juga keluarganya serta dapat memberikan maslahat bagi masyarakat di sekitarnya. [Kredit to Rizka Maulan].

Antara ganjaran apabila bekerja mengikut syariat :
  • Terhindar dari azab neraka
Dalam sebuah riwayat dikemukakan, "Pada suatu saat, Saad bin Muadz Al-Anshari berkisah bahwa ketika Nabi Muhammad SAW baru kembali dari Perang Tabuk, beliau melihat tangan Sa'ad yang melepuh, kulitnya gosong kehitam-hitaman karena diterpa sengatan matahari. Rasulullah bertanya, 'Kenapa tanganmu?' Saad menjawab, 'Karena aku mengolah tanah dengan cangkul ini untuk mencari nafkah keluarga yang menjadi tanggunganku." Kemudian Rasulullah SAW mengambil tangan Saad dan menciumnya seraya berkata, 'Inilah tangan yang tidak akan pernah disentuh oleh api neraka'" (HR. Tabrani)


Aku...

Aku pun manusia biasa yang banyak lagi kelemahan. Benar ada ketika masa bekerja diselitkan tentang urusan peribadi. Namun, kebiasaannya aku akan ganti untuk buat kerja 'lebih' tanpa menuntut OT. Aku harap dapat diganti mana2 masa kerja aku yang terkurang agar gaji yg diterima berkat. Wallahu'alam.

Aku juga berharap... teman di sekeliling juga sama begini.

Mungkin ada yang ambil mudah soal ini, sama ada secara sedar atau tidak... secara sengaja atau tidak. Sejauh pemerhatian, tidak semua boleh terima teguran dengan hati yang terbuka. Malah boleh menjejaskan keharmonian silaturrahim jika tidak kena pada masa | tempat | orangnya. Untuk itu, berdoa sahaja yang boleh kita lakukan agar semua sahabat kita dilembutkan hati untuk mengambil berat soal gaji, rezeki dan keberkatan.

Lumrah kehidupan memang begini. Sama-samalah kita baiki diri masing2 dari semasa ke semasa.

Moga pengakhiran hayat kita membawa bekalan yang cukup.

Wallahu'alam.


LATEST!!!

TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

RAMAI SINGGAH SINI :