Isnin, 21 Mac 2011

Selamat Berjuang

http://www.youtube.com/watch?v=BYSECy_wWtE&feature=related

Lagu kenangan satu ketika dahulu... dan kini dimainkan semula tika kenangan baru dicipta yang mana melalui perpisahan aku mula merasai rasa kasih dan sayang...

Perjalanan Kerjaya Ku

Selepas 6 tahun mencari pengalaman (duit pastinye) di sektor swasta, aku beralih arah makan gaji sebagai penjawat awam. Tempat pertama bertugas di Bahagian Perolehan, JLKN (Agensi di MinDef).

Seiring dengan kerjaya baru, aku juga dikurniakan rezeki mengandung anak kedua. Kalo tak silap, semasa aku lapor diri di MinDef, usia kandungan baru 5 minggu.

Seawal kerjaya ku di situ, aku diduga dengan jarak kediaman dengan pejabat. Masih ku ingat, ketika itu hway Mex masih belum ada jadi perlu melalui hway Sg. Besi - Seremban. Saban hari, keluar umah gelap..balik kerja juga gelap. Penat!! Tahun pertama berpuasa Ramadhan di JLKN, aku lebih byk berbuka terlebih dahulu di pejabat dan usai mengerjakan solat Maghrib, baru bertolak balik. Semua ni adalah untuk ngelakkan terperangkap dalam jem waktu petang.

Berbuka di pejabat masa tu merupakan salah satu kenangan manis di JLKN. Kami buka meja ping pong dan makan beramai2 makanan yang ditapau..kebiasaan dr pasar Ramadhan Kg. Baru.

Tentang bidang tugas pula, bahagian ini memang akan berurusan dengan pengguna dalaman jabatan dan juga para kontraktor. Jika ada orang yang memang berkeinginan untuk bertugas di bahagian ini, aku pula berbeza. Sebelum aku ditempatkan di bahagian ini, aku telah dimaklumkan oleh sepupu yang juga bertugas di situ bahawa Bahagian Komunikasi Korporat ada kekosongan. Aku lebih mengharapkan berada di situ kerana minat dengan bidang pemasaran. Malangnya desk officer HR masa itu mengatakan Bahagian Perolehan lebih memerlukan ketika itu.

Apa nak buat, sudah itu arahannya. Prinsip aku senang, alah bisa tegal biasa. Aku ingin menjadi seorang yang flexi...boleh ketepi mahupun ketengah. Setiap kerja yang diamanahkan, aku sedaya upaya melaksanakannya mengikut pengaturan masa bersesuaian dengan kehendak dan keperluan pegawai atasan dan para pengguna. Aku beruntung kerana memiliki pegawai yang berintegriti begitu juga dengan para kakitangan lain di sini. Sungguh selesa bekerja di sini walaupun bahagian ini di antara yang menjadi percakapan negatif di kalangan masyarakat yang berniaga!

Kini selepas lebih 3 tahun berkhidmat disini, dan selepas 3 kali permohonan pertukaran dikemukakan... akhirnya aku berjaya mendapat posting di tempat baru. Kini aku dalam proses untuk menyerah tugas di tempat lama. Insyaallah, dalam bulan April aku akan mula bertugas di tempat baru. Terdahulu, sebaik mengetahui agensi baru tmpt aku akan bertugas,aku telah menyemak web agensi berkenaan. Melihat, kebarangkalian apa pula bidang tugas di tempat baru. Berdasarkan 'core business' agensi ini, ada 3 fungsi utama iaitu 2 lebih kepada teknikal dan 1 pengurusan.  Salah satu fungsi adalah berkaitan sebaran am dan promosi! Wahh..adakah aku akan ditempatkan disitu? Maklumat untuk diakses agak terhad dan berdasarkan carta organisasi agensi itu,aku tidak nampak di bahagian mana unit ini berada. Bahagian yang ada lebih kepada teknikal; dasar dan Bahagian Khidmat Pengurusan.

Dan kemudiannya, apabila aku telah melapor diri siang tadi...aku di tempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang didukung oleh seorang Pengarah Gred 52. Perjawatan di sini amat berbeza dengan JLKN. Di BKP ini, semua urusan pentadbiran, pengurusan dan kewangan diletakkan di bawahnya. Mengikut perancangan dan keperluan semasa, aku mungkin ditempatkan di Caw. Pengurusan Kenaikan Pangkat & Tatatertib atau Pengurusan Aset & Stor. Namun, selepas melihat profil aku, pengarah berkata mungkin juga dia akan reshuffle bahagian itu dan meletakkan aku untuk urusan perolehan agensi! Arghh..jika diberi pilihan aku tak mau seh...lama sudah dalam bidang itu. Aku ingin pelajari bidang baru...'post' mengikut perancangan asal dh bagus bagi aku...

Walauapapun, aku hanya menurut perintah...tunggu sajalah bila mula bertugas nanti. Apa juga bidang tugas yang diberikan, aku akan cuba sebaik mungkin.

Cukup untuk kali ini...aku ingin memaksa mata ku tido...kerana lagi lama ngadap lappy ini, bertmbh sengal mata ku...

nite buddies!!


Jumaat, 4 Mac 2011

One Day - Gary Moore

I've seen that look somewhere before
Your sorrow's like an open door
You've been this way for much too long
Somebody must have done you wrong
But one day the sun will shine on you
Turn all your tears to laughter
One day your dreams may all come true
One day the sun will shine on you
I've seen that look so many times
I know the sadness in your eyes
Your life is like a wishing well
Where it goes, only time will tell
One day the sun will shine on you
Turn all your tears to laughter
One day your dreams may all come true
One day the sun will shine on
Say goodbye to the lonely nights
Say goodbye to the Northern Lights
Say goodbye to the cold north winds
Say goodbye to the autumn leaves
One day the sun will shine on you
Turn all your tears to laughter
One day your dreams may all come true
One day the sun will shine on you

One Day - Gary Moore




I've seen that look somewhere before
Your sorrow's like an open door
You've been this way for much too long
Somebody must have done you wrong
But one day the sun will shine on you
Turn all your tears to laughter
One day your dreams may all come true
One day the sun will shine on you
I've seen that look so many times
I know the sadness in your eyes
Your life is like a wishing well
Where it goes, only time will tell
One day the sun will shine on you
Turn all your tears to laughter
One day your dreams may all come true
One day the sun will shine on
Say goodbye to the lonely nights
Say goodbye to the Northern Lights
Say goodbye to the cold north winds
Say goodbye to the autumn leaves
One day the sun will shine on you
Turn all your tears to laughter
One day your dreams may all come true
One day the sun will shine on you

Kolestrol Yang Membahayakan

PARAS kolesterol sepatutnya diperiksa sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun bagi setiap orang yang berusia 20 tahun ke atas.
Ujian saringan yang biasanya dilakukan ialah ujian darah yang dipanggil profil lipoprotein.
Para pakar menyarankan bahawa lelaki berusia 35 tahun dan ke atas manakala wanita 45 tahun dan ke atas harus menjalani saringan bagi masalah lipid.

Ujian profil lipoprotein ini termasuk mengukur:

LDL (kolesterol lipoprotein densiti rendah juga dikenali sebagai kolesterol 'jahat') lHDL (kolesterol lipoprotein densiti tinggi juga dikenali sebagai kolestrol 'baik').



Triglycerides (lemak yang ada dalam darah daripada makanan yang kita makan. Lebihan kalori, alkohol atau gula dalam badan juga ditukar kepada triglycerides dan disimpan dalam sel-sel lemak di seluruh badan) Semua keputusan ujian darah ini diukur dalam bentuk nombor.
Di bawah adalah bagaimana kita menafsirkan jumlah kolestrol.



  • Kolesterol LDL
    Kolesterol LDL boleh terkumpul pada dinding pembuluh darah dan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung. Sebab itu kolesterol LDL dirujuk sebagai kolesterol 'jahat'. Lebih rendah kolesterol LDL adalah lebih baik untuk kesihatan.



  • Kurang 100 optimum (kedudukan paling baik)


    100 - 129 hampir optimum/atas optimum


    130 - 159 garis sempadan tinggi


    160 - 189 tinggi


    190 dan ke atas - sangat tinggi



    Jika anda mempunyai penyakit jantung atau berkaitan pembuluh darah, sesetengah pakar akan menyarankan agar paras kolesterol anda di bawah 70. Bagi mereka yang menghidap diabetes atau pelbagai faktor risiko serangan jantung matlamat rawatan ialah mencapai LDL kurang daripada 100.

    Kolesterol HDL
    Bagi kolesterol baik, HDL - lebih tinggi nombornya, lebih baik kesihatan anda. Ini kerana kolesterol HDL melindungi daripada serangan penyakit jantung dengan cara mengeluarkan kolesterol jahat dari dalam darah dan mengelakkan daripada berkumpul di pembuluh darah.

  • 60 dan ke atas - tinggi: Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.



  • Kurang daripada 40 bagi lelaki dan kurang bagi 50 bagi wanita - rendah: Dianggap satu risiko bagi penyakit jantung.


    Jumlah keseluruhan kolesterol diukur daripada kolesterol LDL, kolesterol HDL dan komponen lipid lain. Doktor menyarankan paras kolesterol mesti di bawah 200.Jumlah kolesterol :



  • Kurang daripada 200 amat baik


  •  

  • 200 - 239 garis sempadan tinggi



    • 240 dan ke atas - tinggi
    

    LATEST!!!

    TAK SEMPURNA : RIN MUZAFFAR. LAGU SELINGAN DRAMA LELAKIMU YANG DULU

    Assalamualaikum... Tuan Umah singgah umah da bersawang ni jap... No idea la nk update blog... Jom layan lagu Tak Sempurna ol...

    RAMAI SINGGAH SINI :